📖 00 Al Quran adalah hidayah petunjuk

PERPUSTAKAAN TAUHID • SUMBER STATIK META AI
← Kembali ke Pintu Sumber

Halaman ini dibina tanpa JavaScript supaya kandungan sumber boleh dibaca secara terus oleh pelayar dan AI yang menyokong capaian web.

🟡 Belum disahkan sepenuhnya

·

ID C001

Maklumat status sumber

Bahan ini terdapat dalam koleksi, tetapi provenance/bibliografi atau naskhah asal belum disahkan sepenuhnya.

Label ini menerangkan status rujukan; ia tidak mengubah kandungan asal halaman.

AL-QURAN ADALAH HIDAYAH PETUNJUK ALLAH

ADA ORANG YANG TIDAK BOLEH BERBAHASA ARAB TETAPI DIKURNIAKAN OLEH ALLAH BOLEH MEMBACA AL-QURAN

﴿ Kitab Suci itulah hidayah petunjuk Allah ﴾ • Az-Zumar:23

Hidayah Petunjuk

Al-Quran Dalam Bahasa Arab

Orang Yang Dipimpin Allah

Jalan Yang Lurus

Benteng Allah

Zikrullah & Jiwa Tenang

Bunuhlah Diri Kamu

Rahsia & Amalan

Bukan Dari Syaitan

AL-QURAN ADALAH HIDAYAH PETUNJUK

39.Surah Az-Zumar ayat 23

Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci Al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara); yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab Suci itulah hidayah petunjuk Allah; Allah memberi hidayah petunjuk dengan Al-Quran itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya.

2.Surah Al-Baqarah ayat 2

Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;

11.Surah Hūd ayat 2

(Al-Quran yang demikian sifatnya diturunkan oleh Allah) supaya janganlah kamu menyembah sesuatupun melainkan Allah. (Katakanlah wahai Muhammad):

"Sesungguhnya aku diutus oleh Allah kepada kamu, sebagai pemberi amaran (kepada orang-orang yang (ingkar), dan pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang (beriman).

AL-QURAN DIDALAM BAHASA ARAB - JIKA ALLAH TURUNKAN AL-QURAN KEPADA SETENGAH ORANG YANG TIDAK TAHU MEMBACA ARAB, MEREKA TETAP JUGA TIDAK MAHU PERCAYAKAN BACAAN ITU DARIPADA TUHAN..

DAN PENJELASAN DARI ALLAH BAHAWA AL-QURAN TIDAK SEKALI-KALI DITURUNKAN OLEH SYAITAN

26.Surah Ash-Shu`arā' ayat 192

Dan sesungguhnya Al-Quran (yang di antara isinya kisah-kisah yang tersebut) adalah diturunkan oleh Allah Tuhan sekalian alam.

26.Surah Ash-Shu`arā' ayat 193

Ia dibawa turun oleh malaikat Jibril yang amanah.

26.Surah Ash-Shu`arā' ayat 194

Ke dalam hatimu, supaya engkau (wahai Muhammad) menjadi seorang dari pemberi-pemberi ajaran dan amaran (kepada umat manusia).

26.Surah Ash-Shu`arā' ayat 195

(Ia diturunkan) dengan bahasa Arab yang fasih serta terang nyata.

26.Surah Ash-Shu`arā' ayat 196

Dan sesungguhnya Al-Quran (tersebut juga perihalnya dan sebahagian dari pengajaran-pengajarannya) di dalam Kitab-kitab ugama orang-orang yang telah lalu.

26.Surah Ash-Shu`arā' ayat 197

(Tidakkah mereka yang musyrik sedarkan kebenaran itu) dan tidakkah menjadi satu keterangan kepada mereka bahawa pendita-pendita ugama Bani lsrail mengetahui akan kebenaran Al-Quran itu?

26.Surah Ash-Shu`arā' ayat 198

Dan sekiranya Kami turunkan Al-Quran kepada setengah orang yang bukan Arab, yang tidak tahu membaca Arab,

26.Surah Ash-Shu`arā' ayat 199

Kemudian ia (dikurniakan Tuhan dapat) membacakannya kepada mereka, mereka tetap juga tidak mahu percayakan bacaan itu daripada Tuhan.

SIAPAKAH ORANG YANG TIDAK BOLEH BERBAHASA ARAB TETAPI DIKURNIAKAN OLEH ALLAH BOLEH MEMBACA AL-QURAN

MEREKA IALAH ORANG YANG TELAH DIPIMPIN OLEH ALLAH

Siapakah orang yang akan dipimpin oleh Allah mengikut sepertimana yang telah Allah firmankan...

Penjelasan Allah seperti didalam firmanNya

4.Surah An-Nisā' ayat 66

Dan sesungguhnya kalau Kami wajibkan kepada mereka (dengan perintah)

"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"

NESCAYA MEREKA TIDAK AKAN MELAKUKANNYA, KECUALI SEDIKIT DARIPADA MEREKA

Dan sesungguhnya kalau mereka amalkan nasihat pengajaran yang telah diberikan kepada mereka, tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih meneguhkan (iman mereka).

4.Surah An-Nisā' ayat 67

Dan (setelah mereka melakukan seperti yang dikehendaki oleh Allah), tentulah Kami akan berikan kepada mereka - dari sisi Kami - pahala balasan yang amat besar;

4.Surah An-Nisā' ayat 68

DAN TENTULAH KAMI PIMPIN MEREKA KE JALAN YANG LURUS.

4.Surah An-Nisā' ayat 69

Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat).

Orang yang sedang melakukan perintah Allah

"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"

YANG DILAKUKAN MENGIKUT SEPERTIMANA YANG DIKEHENDAKI OLEH ALLAH

76.Surah Al-'Insān ayat 29

Sesungguhnya (segala keterangan yang disebutkan) ini, menjadi peringatan; maka sesiapa yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah ia mengambil jalan yang menyampaikan kepada keredaan Allah (dengan iman dan taat).

76.Surah Al-'Insān ayat 30

Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya).

MAKSUDNYA APA YANG DILAKUKAN TERSEBUT TELAH DILAKUKAN MENGIKUT DARI FIRMAN ALLAH YANG MANA SATU...

Mereka sebenarnya sedang memohon kepada Allah

1.Surah Al-Fātiĥah ayat 6

‎اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ

Tunjukilah kami jalan yang lurus.

1.Surah Al-Fātiĥah ayat 7

‎صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ

Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

PENJELASAN DARIPADA ALLAH TENTANG SATU JALAN YANG LURUS YANG TIDAK BOLEH DISESATKAN OLEH IBLIS DAN TETAP DIDALAM PENELIHARAAN ALLAH

Firman Allah

15.Surah Al-Ĥijr ayat 39

Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,

15.Surah Al-Ĥijr ayat 40

"Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik".

15.Surah Al-Ĥijr ayat 41

Allah berfirman: "Inilah satu jalan yang lurus, yang tetap Aku memeliharanya.

BENTENG @ KOTA ALLAH

Berkata Ali RA.. Rasulullah bersabda... Allah berfirman............; Sesungguh AKU lah ALLAH ,, Tiada Tuhan selain AKU... Barangsiapa BERTAUHID kepadaKu niscaya masuklah ia kedalam benteng Ku,,, Dan barangsiapa yang masuk bentengKu.. niscaya terselamatlah dia dari SiksaKu...

(H R . Syirazi)

15.Surah Al-Ĥijr ayat 42

"Sesungguhnya hamba-hambaKu, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang-orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri).

17.Surah Al-'Isrā' ayat 65

Sesungguhnya hamba-hambaKu (yang beriman dengan ikhlas), tiadalah engkau (hai iblis) mempunyai sebarang kuasa terhadap mereka (untuk menyesatkannya); cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad) menjadi Pelindung (bagi mereka).

Didalam surah dan ayat yang lain Allah telah berfirman

38.Surah Şād ayat 82

Iblis berkata: " Demi kekuasaanmu (wahai Tuhanku), aku akan menyesatkan mereka semuanya, -

38.Surah Şād ayat 83

" Kecuali hamba-hambaMu di antara zuriat-zuriat Adam itu yang ikhlas".

FIRMAN ALLAH YANG MENJELASKAN IKHLAS IALAH BERSIH DARIPADA SEBARANG SYIRIK

29.Surah Al-`Ankabūt ayat 65

Dalam pada itu, apabila mereka naik bahtera (lalu menemui sesuatu bahaya di laut), mereka memohon pertolongan kepada Allah dengan doa yang tulus ikhlas kepadaNya. Kemudian setelah Allah menyelamatkan mereka (naik) ke darat, mereka berlaku syirik kepadaNya.

FIRMAN ALLAH DIATAS MENUNJUKKAN TULUS IKHLAS LAWANNYA SYIRIK

ALLAH YANG AKAN MEMBERI PETUNJUK HIDAYAH KE JALAN YANG LURUS

81.Surah At-Takwīr ayat 25

Dan sebenarnya Al-Quran itu bukanlah perkataan Syaitan yang kena rejam.

81.Surah At-Takwīr ayat 26

(Dengan yang demikian) maka ke manakah kamu hendak pergi (kiranya kamu masih menyeleweng dari jalan Al-Quran)?

81.Surah At-Takwīr ayat 27

Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh penduduk alam:

81.Surah At-Takwīr ayat 28

Iaitu bagi sesiapa dari kamu yang mahu tetap teguh di atas jalan yang betul (lurus)

81.Surah At-Takwīr ayat 29

Dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu (mengenai sesuatupun), kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam.

2.Surah Al-Baqarah ayat 142

Orang-orang bodoh (yang kurang akal pertimbangannya) akan berkata: "Apa sebabnya yang menjadikan orang-orang Islam berpaling dari kiblat yang mereka mengadapnya selama ini?" Katakanlah (wahai Muhammad): "Timur dan barat adalah kepunyaan Allah - (maka ke pihak mana sahaja kita diarahkan Allah mengadapnya, wajiblah kita mematuhiNya); Allah yang memberikan petunjuk hidayahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus".

2.Surah Al-Baqarah ayat 143

Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu. (Sebenarnya kiblat kamu ialah Kaabah) dan tiadalah Kami jadikan kiblat yang engkau mengadapnya dahulu itu (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar mengikut Rasul serta membenarkannya dan siapa pula yang berpaling tadah (berbalik kepada kekufurannya) dan sesungguhnya (soal peralihan arah kiblat) itu adalah amat berat (untuk diterima) kecuali kepada orang-orang yang telah diberikan Allah petunjuk hidayah dan Allah tidak akan menghilangkan (bukti) iman kamu. Sesungguhnya Allah Amat melimpah belas kasihan dan rahmatNya kepada orang-orang (yang beriman).

Didalam Surah Yūnus ayat 9 Allah telah memperjelaskan

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Tuhan mereka akan memimpin mereka dengan sebab iman mereka yang sempurna itu. (Mereka masuk ke taman yang) sungai-sungainya mengalir di bawah tempat kediaman mereka di dalam Syurga yang penuh nikmat.

22.Surah Al-Ĥaj ayat 23

Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam Syurga yang mengalir padanya beberapa sungai; mereka dihiaskan di situ dengan gelang-gelang emas dan mutiara, dan pakaian mereka di situ dari sutera.

22.Surah Al-Ĥaj ayat 24

Dan mereka diberi petunjuk kepada mengucapkan kata-kata yang baik, serta diberi petunjuk ke jalan Allah Yang Amat Terpuji.

Allah akan anugerahkan kepada orang-orang beriman dan beramal soleh dengan sifat-sifat terpuji iaitu sifat siddiq, amanah, tabliq, fatonah dan sifat kemanusiaan yang elok yang didalam bahasa 'Arabnya disebutkan dengan "MUHAMMADUN"

Inilah apa yang telah dijanjikan oleh Allah dan sudah pasti Allah tidak akan mungkir janji

JIKA TIDAK DIPIMPIN OLEH ALLAH, MANUSIA TIDAK MAMPU UNTUK MEMPEROLEHI PETUNJUK

Firman Allah

7.Surah Al-'A`rāf ayat 43

Dan Kami cabutkan segala dendam dan hasad dengki dari hati mereka, (di dalam Syurga) yang mengalir beberapa sungai di bawah (tempat) masing-masing, dan mereka pula bersyukur dengan berkata: "Segala puji tertentu bagi Allah yang telah memberi hidayah petunjuk untuk (mendapat nikmat-nikmat) ini, padahal Kami tidak sekali-kali akan memperoleh petunjuk kalau Allah tidak memimpin kami (dengan taufiqNya); sesungguhnya telah datang Rasul-rasul Tuhan kami dengan membawa kebenaran". Dan mereka diseru: "Itulah Syurga yang diberikan kamu mewarisinya dengan sebab apa yang kamu telah kerjakan".

URUSAN MEMBERI PANDUAN YANG MENERANGKAN JALAN YANG LURUS

16.Surah An-Naĥl ayat 9

‎وَعَلَى اللَّهِ قَصْدُ السَّبِيلِ وَمِنْهَا جَائِرٌۚ وَلَوْ شَاءَ لَهَدَاكُمْ أَجْمَعِينَ

Dan kepada Allah jualah tertentunya urusan memberi panduan yang menerangkan jalan yang lurus; dan di antara jalan-jalan yang dituju ada yang terpesong dari kebenaran; dan jika Ia kehendaki, tentulah Ia memberi petunjuk kepada kamu semua (yang menyampaikan ke jalan yang lurus itu).

NABI MUHAMMAD SAW HANYA MENYERU KEJALAN YANG LURUS

23.Surah Al-Mu'minūn ayat 73

Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) hanya menyeru mereka ke jalan yang lurus;

23.Surah Al-Mu'minūn ayat 74

Dan sesungguhnya orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat, sudah tentu tidak mengikuti jalan yang lurus itu

23.Surah Al-Mu'minūn ayat 75

Dan sekiranya Kami menaruh belas kasihan kepada mereka serta Kami hapuskan kesusahan yang menimpa mereka, nescaya mereka akan tetap terus meraba-raba dalam kesesatan mereka yang melampaui batas itu.

JALAN YANG LURUS IAITU JALAN ALLAH

42.Surah Ash-Shūraá ayat 51

Dan tidaklah layak bagi seseorang manusia bahawa Allah berkata-kata dengannya kecuali dengan jalan wahyu (dengan diberi ilham atau mimpi), atau dari sebalik dinding (dengan mendengar suara sahaja), atau dengan mengutuskan utusan (malaikat) lalu utusan itu menyampaikan wahyu kepadanya dengan izin Allah akan apa yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi keadaanNya, lagi Maha Bijaksana.

42.Surah Ash-Shūraá ayat 52

Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu (Muhammad) - Al-Quran sebagai roh (yang menghidupkan hati perintah Kami; engkau tidak pernah mengetahui (sebelum diwahyukan kepadamu): apakah Kitab (Al-Quran) itu dan tidak juga mengetahui apakah iman itu; akan tetapi Kami jadikan Al-Quran: cahaya yang menerangi, Kami beri petunjuk dengannya sesiapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) adalah memberi petunjuk dengan Al-Quran itu ke jalan yang lurus,

42.Surah Ash-Shūraá ayat 53

Iaitu jalan Allah yang memiliki dan menguasai segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Ingatlah! Kepada Allah jualah kembali segala urusan.

30.Surah Ar-Rūm ayat 6

Demikian dijanjikan Allah. Allah tidak pernah mengubah janjiNya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

10.Surah Yūnus ayat 44

Sesungguhnya Allah tidak menganiaya manusia sedikitpun, akan tetapi manusia jualah yang menganiaya diri mereka sendiri

Siapakah orang yang beriman dan beramal soleh?

DENGAN MENGINGATI ALLAH HATI MENJADI TENANG TENTERAM

Firman Allah

13.Surah Ar-Ra`d ayat 28

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.

ALLAH BERFIRMAN “WAHAI JIWA YANG TENANG, KEMBALILAH KEPADA TUHANMU DENGAN KEADAAN ENGKAU BERPUAS HATI...”

89.Surah Al-Fajr ayat 27

(Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): "Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! -

Didalam ayat ini Allah telah menerangkan bahawa orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata "Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya!

Manakala didalam Surah Ar-Ra`d ayat 28 Allah telah berfirman

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.

Dengan secara tidak langsung menerangkan kepada kita bahawa dengan mengingati Allah akan menjadikan seseorang itu sebagai seorang yang beriman dan beramal soleh.

Seterusnya Allah telah berfirman kepada orang yang beriman dan beramal soleh iaitu orang yang sentiasa ingat kepada Allah yang telah dilakukan mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah

Firman Allah

Surah Al-Fajr ayat 28

"Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) !

89.Surah Al-Fajr ayat 29

"Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia -

89.Surah Al-Fajr ayat 30

"Dan masuklah ke dalam SyurgaKu!”

BAGAIMANA NAK INGAT KEPADA ALLAH SEPERTIMANA YANG DIKEHENDAKI OLEH ALLAH

Firman Allah

2.Surah Al-Baqarah ayat 198

Tidaklah menjadi salah, kamu mencari limpah kurnia dari Tuhan kamu (dengan meneruskan perniagaan ketika mengerjakan Haji). Kemudian apabila kamu bertolak turun dari padang Arafah (menuju ke Muzdalifah) maka sebutlah nama Allah di tempat Masy'ar Al-Haraam (di Muzdalifah),

DAN INGATLAH KEPADA ALLAH DENGAN MENYEBUTNYA SEBAGAIMANA IA TELAH MEMBERIKAN PETUNJUK HIDAYAH KEPADA MU

dan sesungguhnya kamu sebelum itu adalah dari golongan orang-orang yang SALAH JALAN IBADATNYA.

Didalam surah Al-Baqarah ayat 198 Allah telah memperjelaskan sebelum daripada seseorang melaksanakan cara untuk mendatangkan ingat kepada Allah dengan cara yang telah Allah firmankan iaitu “DAN INGATLAH KEPADA ALLAH DENGAN MENYEBUTNYA SEBAGAIMANA IA TELAH MEMBERIKAN PETUNJUK HIDAYAH KEPADA MU” Apa yang telah dilakukan tersebut telah dilakukan dengan cara yang “SALAH JALAN IBADATNYA”

BAGAIMANA HENDAK MENYEBUT SUPAYA MENDATANGKAN INGAT KEPADA ALLAH?

Ini dapat dilakukan dengan melaksanakan sepertimana yang tersurat dan yang tersirat didalam firman Allah

73.Surah Al-Muzzammil ayat 8

Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.

Yang cara untuk melaksanakan perintah Allah yang tersurat dan yang tersirat didalam firman Allah seperti diatas boleh dilaksanakan sepertimana yang tersurat dan yang tersirat didalam sabda Rasulullah SAW

Saidina Ali Rodziallah hu'an hu Bertanya kepada Rasulullah bagaimana aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut.

- Pejamkan mata mu,

- Tongkat kan lidah mu ke langit2,

- sebutlah nama Allah sebanyak2 nya

17.Surah Al-'Isrā' ayat 110

Katakanlah (wahai Muhammad): "Serulah nama "Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia". Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau solatmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu.

20.Surah Ţāhā ayat 8

‎اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَۖ لَهُ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَىٰ

Allah! Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia, bagiNyalah segala nama yang baik.

7.Surah Al-'A`rāf ayat 180

‎وَلِلَّهِ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَىٰ فَادْعُوهُ بِهَاۖ وَذَرُوا الَّذِينَ يُلْحِدُونَ فِي أَسْمَائِهِۚ سَيُجْزَوْنَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah orang-orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-namaNya. Mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan.

Apa yang perlu dimuzakarahkan lagi ialah apa yang tersirat didalam firman Allah dan sabda Rasulullah saw untuk dipraktikkan

Perintah Allah “BUNUHLAH DIRI KAMU” ialah cara yang perlu dilakukan untuk bertaubat daripada melakukan sebarang perbuatan syirik sepertimana yang telah diperjelaskan oleh Allah didalam firmanNya

2.Surah Al-Baqarah ayat 54

Dan (kenangkanlah) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya:

"Wahai kaumku! Sesungguhnya kamu telah menganiaya diri kamu sendiri dengan sebab kamu menyembah patung anak lembu itu,

maka bertaubatlah kamu kepada Allah yang menjadikan kamu;

iaitu "BUNUHLAH DIRI KAMU".

Yang demikian itu lebih baik bagi kamu di sisi Allah yang menjadikan kamu, supaya Allah menerima taubat kamu itu. Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani".

Kaum nabi musa telah melakukan syirik dengan menyembah patong anak lembu. Perbuatan menyembah patung anak lembu adalah merupakan satu contoh dari perbuatan syirik..

Didalam firman ini Allah telah menerangkan bahawa Nabi Musa telah memerintahkan kepada kaumnya supaya bertaubat daripada melakukan perbuatan syirik tersebut melalui perintah “BUNUHLAH DIRI KAMU”

Dari Abdullah bin Mas’ud ia berkata :

Rasulullah saw membaca ayat,

39.Surah Az-Zumar ayat 22

Jika demikian, adakah orang yang telah dilapangkan Allah dadanya untuk menerima Islam, lalu ia tetap berada dalam cahaya (hidayah petunjuk) dari Tuhannya, (sama seperti orang yang tertutup mata hatinya dengan selaput kederhakaan)? Maka kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya, adalah dalam kesesatan yang nyata.

Kami para sahabat bertanya :

Ya Rasulullah bagaimana dadanya orang itu boleh lapang ?

Rasulullah menjawab :

Kalau cahaya Allah sudah masuk ke dalam hati seseorang, maka hatinya menjadi lapang dan luas.

Kami para sahabat bertanya :

Tandanya apa ya Rasulullah ?

Jawab Rasulullah saw :

Yaitu kembali kepada negeri yang kekal, meninggalkan dunia yang penuh tipuan. Dan mempersiapkan mati sebelum mati kita.

Nabi Besar Muhammad saw bersabda, "Wahai pencari rahsia! Mahukah kamu melihat orang mati yang hidup, berjalan dibumi seperti orang hidup tetapi jiwanya berada dilangit, kerana beliau telah diubah pindah sebelum mati dan tidak lagi diubahpindah setelah mati. Rahsia ini berada di luar sempadan fikiran, hanya diketahui melalui mati. Barang siapa hendak melihat orang yang mati berjalan di muka bumi, lihatlah Abu Bakar, seorang yang 'alim dan 'abid kerana beliau menjadi saksi yang benar terhadap Allah swt. Menjadi putera orang-orang yang di hidupkan semula."

MAKSUD DARIPADA PERINTAH ALLAH "BUNUHLAH DIRI KAMU"

Ialah seseorang itu mesti melakukan apa yang telah diperintahkan oleh Allah yang terkandung didalam Al-Quran, dan apa yang telah diperintahkan oleh Rasulullah saw yang terkandung didalam sabdanya, yang apabila dilaksanakan perintah Allah dan perintah Rasulullah saw yang tersebut akan menghilangkan keberadaan atau keakuan diri sendiri..

Salah satu perintah Allah yang boleh dilakukan ialah dengan melaksanakan apa yang tersurat dan yang tersirat didalam firman Allah

73.Surah Al-Muzzammil ayat 8

Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.

Yang pertama yang tersirat yang perlu dilakukan ialah dengan melakukan penumpuan dengan sebulat tumpuan terlebih dahulu, walaupun apa yang tersuratnya difirmankan sebutlah akan nama Tuhanmu dahulu...

Kepada apa yang hendak ditumpukan?

Untuk ini kita perlu merujuk kepada hadis Qudsi yang bermakna "INSAN ITU ADALAH RAHSIA AKU, AKU ADALAH RAHSIA INSAN, RAHSIA ITU ADALAH SIFAT AKU, SIFAT AKU BUKAN LAIN DARIPADA AKU"

Kita perlu tumpukan kepada sifat-sifat ketuhanan yang ternyata kepada badan diri kita (contoh sifat ada, sifat hidup, sifat tahu, sifat berkuasa, sifat berkehendak, sifat melihat, sifat mendengar, sifat berkata-kata dan lain-lain lagi)

Ini kerana Allah telah menjelaskan didalam hadis Qudsi menerangkan yang sifat Allah bukan lain daripada Allah

Dengan bahasa mudahnya bolehlah dikatakan sifat Allah itu adalah Allah itu sendiri...

Selama ini kita sedang merasakan yang sifat-sifat ketuhanan tersebut adalah sifat badan diri kita sendiri.

Setelah kita membaca firman Allah tentang sifat ketuhanan yang ada pada diri kita

34.Surah Saba' ayat 27

Katakanlah lagi:

"Tunjukkanlah kepadaku sifat-sifat ketuhanan yang ada pada makhluk-makhluk yang kamu hubungkan dengan Allah sebagai sekutu-sekutuNya. (Sedang merasakan sifat ketuhanan sebagai sifat diri sendiri dan sebagai sifat makhlok selain dari Allah)

Tidak ada pada sesuatu makhluk pun sifat-sifat itu,

bahkan yang mempunyai sifat-sifat ketuhanan ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".

Tahulah kita bahawa segala sifat ketuhanan yang ternyata pada badan diri kita adalah sifat ketuhanan Allah.

Walaupun telah lahir pada pengetahuan kita yang sifat ketuhanan yang ternyata pada badan diri kita ialah sifat ketuhanan Allah tetapi didalam perasaan kita masih lagi sedang merasakan sifat ketuhanan yang ada pada diri kita sebagai sifat diri kita sendiri..

Kita memperkatakan apa yang kita tahu ialah segala sifat ketuhanan yang ada pada badan diri kita adalah sifat ketuhanan Allah

Apa yang sedang dilakukan ialah sedang merasakan segala sifat ketuhanan yang ada pada diri kita ialah atau sebagai sifat diri kita sendiri...

Ini adalah keadaan yang sedang memperkatakan sesuatu yang tidak dilakukan kerana kita memperkatakan apa yang kita tahu iaitu segala sifat ketuhanan yang ternyata kepada badan diri kita adalah sifat ketuhanan Allah sedangkan apa yang sedang kita lakukan ialah sedang merasakan segala sifat ketuhanan yang ada pada kita sebagai sifat badan diri kita sendiri..

Jika dinilai dari sudut ilmu yang diketahui apa yang diketahui apa yang diperkatakan itu benar kerana telah memperkatakan sepertimana yang telah difirmankan oleh Allah

Sedang jika dipandang dari sudut apa yang sedang dilakukan adalah tidak betul kerana sedang dan masih merasakan segala sifat ketuhanan yang ada pada diri kita adalah sifat badan diri kita sendiri... Apa yang sebenar sedang berlaku ialah kita sedang memperkatakan dan bersangka-sangka sifat ketuhanan Allah yang sedang disangka sebagai keberadaan diri sendiri yang disangka pula sebagai keberadaan Allah dalam ertikata yang lebih mudah kita sedang memperkatakan sangkaan ada diri sendiri itulah ada Allah (keadaan syirik yang tersembunyi, lagi tersembunyi, lagi tersembunyi, lagi tersembunyi)

Sebab itu perlunya bagi setiap seorang itu melakukan sendiri jalan dan cara untuk menetapkan pegangan atau iktiqad dan tauhid atau jalan untuk mengenal Tuhan tanpa didahulukan dengan sangka-sangkaan kepada Allah..

Untuk melaksanakan apa yang tersirat didalam firman Allah

"Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan."

Kita perlu menumpukan dengan sebulat-bulat tumpuan kepada sifat ketuhanan yang ada pada badan diri kita...

Jangan dirasakan sifat ketuhanan yang dirasakan itu sebagai sifat diri kita sendiri dan jangan dianggap atau disangka sifat ketuhanan yang sedang dirasakan sebagai sifat Allah

Jadi sifat ketuhanan yang sedang dirasakan itu bukanlah yang sedang dirasakan sebagai sifat badan diri kita sendiri dan sifat ketuhanan yang sedang ditumpukan dengan sebulat-bulat tumpuan itu bukan yang sedang disangka sebagai sifat Allah

APA YANG PERLU DILAKUKAN SUPAYA SESEORANG ITU DAPAT MENUMPUKAN DENGAN SEBULAT-BULAT TUMPUAN KEPADA SIFAT KETUHANAN YANG BUKAN YANG SEDANG DIRASAKAN SEBAGAI SIFAT DIRI SENDIRI DAN YANG BUKAN YANG DISANGKA SEBAGAI SIFAT KETUHANAN ALLAH?

Didalam soal ini seseorang itu perlu menyedari yang ia tidak boleh merasakan sifat ketuhanan yang ada pada dirinya sebagai sifat dirinya sendiri dan ia tidak boleh menyangka sebagai sifat ketuhanan Allah

Apakah keadaan sedang menyangka sifat ketuhanan yang ada pada diri sendiri sebagai sifat ketuhanan yang sedang disangka sebagai sifat ketuhanan Allah?

Seseorang yang memperkatakan sifat ketuhanan yang ada pada dirinya adalah sifat ketuhanan Allah didalam keadaan ia sedang merasakan keberadaan dirinya sendiri.

Sebenarnya ia sedang merasakan sifat ketuhanan yang ada pada dirinya sebagai sifat dirinya sendiri tetapi ia memperkatakan bahawa sifat ketuhanan yang ada pada dirinya itu adalah sifat ketuhanan Allah.

Apa yang perlu disedari bagi sesiapa yang hendak menumpukan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang sedang dirasakan sebagai sifat diri sendiri dan yang bukan yang sedang disangka sebagai sifat ketuhanan Allah,

Ia tidak boleh memperkatakan yang sifat ketuhanan yang ada pada dirinya sebagai sifat ketuhanan Allah didalam keadaan ia sedang merasakan keberadaan dirinya sendiri.

Untuk tujuan ini seseorang itu perlu mengulang-ngulang perkataan “BUKAN AKU, BUKAN ALLAH” dengan memahami maksudnya..

Maksud “BUKAN AKU” yang disebut itu ialah ia tidak boleh merasakan sifat ketuhanan yang ada pada dirinya sebagai sifat dirinya sendiri.

Manakala maksud “BUKAN ALLAH” yang diulang-ulang itu membawa kepada maksud ia tidak boleh memperkatakan yang sifat ketuhanan yang ada pada dirinya adalah sifat ketuhanan Allah didalam keadaan ia sedang merasakan keberadaan dirinya sendiri.

Ulang-ulanglah perkataan “BUKAN AKU, BUKAN ALLAH” dengan memahami maksudnya sehingga sudah boleh menumpukan dengan sebulat-bulat tumpukan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang dirasakan sebagai sifat diri sendiri dan yang bukan yang sedang disangka sebagai sifat ketuhanan Allah.

Tanda seseorang itu sudah boleh menumpukan dengan sebulat-bulat tumpukan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang dirasakan sebagai sifat diri sendiri dan yang bukan yang sedang disangka sebagai sifat ketuhanan Allah ialah tidak lagi diperkatakan dengan lidah, tidak lagi bemain-main didalam lembah pemikiran dan tidak lagi terlintas didalam hati..

Apabila menyedari sifat ketuhanan yang bukan sedang dirasakan sebagai sifat badan diri kita sendiri dan yang bukan sedang disangka sebagai sifat Allah dengan sebulat-bulat tumpuan..

Setelah kesedaran yang sedang disedari dengan sebulat-bulat tumpuan itu sedang tertumpu kepada sifat ketuhanan yang bukan yang sedang dirasakan sebagai sifat badan diri kita sendiri dan bukan yang sedang dianggap atau disangka sebagai sifat ketuhanan Allah..

Maka sebutlah Allah dengan sebanyak-banyaknya... dan tujukan setiap sebutan Allah yang disebut itu kepada tumpuan dengan sebulat-bulat tumpuan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang dirasai sebagai sifat diri sendiri dan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang disangka sebagai sifat ketuhanan Allah, sehinggalah mendapat kemahiran menyebut Allah tersebut telah berlaku didalam satu masa yang sama dengan kesedaran yang sedang disedari dengan sebulat-bulat tumpuan yang sedang tertumpu kepada sifat ketuhanan yang bukan yang sedang dirasakan sebagai sifat badan diri kita sendiri dan bukan yang sedang dianggap sebagai sifat ketuhanan Allah

Setelah berlaku menyebut Allah dengan menumpukan sebulat-bulat tumpuan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang sedang dirasakan sebagai sifat badan diri sendiri dan yang bukan yang sedang disangka sebagai sifat Allah didalam masa yang sama iaitu ditempat pertemuan diantara menyebut Allah dengan sebulat-bulat tumpuan

Pada ketika inilah akan berlaku penyaksian dan pengakuan bahawa sifat ketuhanan yang bukan yang sedang dianggap sebagai sifat badan diri sendiri dan yang bukan yang sedang disangka sebagai sifat Allah adalah sifat ketuhanan Allah

Penumpuan dengan sebulat tumpuan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang sedang dirasakan sebagai sifat badan diri sendiri dan yang bukan yang sedang disangka sebagai sifat ketuhanan Allah ini akan menjadi sebagai penyaksian

Dan sebutan Allah yang sedang disebut itu pula akan menjadi sebagai pengakuan bahawa sifat ketuhanan yang bukan yang sedang dirasakan sebagai sifat diri sendiri dan yang bukan yang sedang dianggap sebagai sifat ketuhanan Allah itu adalah sifat ketuhanan Allah

Penyaksian dan pengakuan kepada sifat ketuhanan Allah ini akan berlaku setelah penumpuan dengan sebulat tumpuan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang sedang dirasakan sebagai sifat diri sendiri dan yang bukan yang sedang dianggap sebagai sifat ketuhanan Allah dengan menyebut Allah telah berjaya dilakukan pada satu masa yang sama..

Selagi belum berlaku kedua perkara yang dilakukan ini didalam satu masa yang sama selagi itu belum berlaku penyaksian dan pengakuan kepada sifat ketuhanan Allah seperti yang telah difirmankan didalam firmanNya.. pada Surah Saba' Ayat 27

"bahkan yang mempunyai sifat-sifat ketuhanan ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".

JIKA APA YANG DILAKUKAN DIPERINGKAT AWAL DENGAN MENYEBUT ALLAH DAHULU DARIPADA MENUMPUKAN DENGAN SEBULAT TUMPUAN KEPADA SIFAT KETUHANAN YANG SEDANG DISEDARI, INI JUGA TIDAK BOLEH BERLAKU KEDUA PERKARA DIDALAM SATU MASA YANG SAMA

Ini adalah apa yang perlu difahamkan untuk kita melakukan, setelah faham tentang bagaimana cara untuk melakukan maka bolehlah dilakukan mengikut apa yang tersurat dan apa yang tersirat didalam sabda Rasulullah saw

Saidina Ali Rodziallah hu'an hu Bertanya kepada Rasulullah bagaimana aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut.

- Pejamkan mata mu,

- Tongkat kan lidah mu ke langit2,

- sebutlah nama Allah sebanyak2 nya

- Dimana pejamkan mata - maksudnya menumpukan dengan sebulat-bulat tumpuan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang sedang dirasakan sebagai sifat badan diri sendiri dan yang bukan yang sedang dianggap sebagai sifat ketuhanan Allah

- Tongkatkan lidah kelangit-langit

- Sebutlah Allah sebanyak-banyaknya supaya dapat berlaku (menyebut Allah dengan menumpukan sebulat-bulat tumpuan kepada sifat ketuhanan yang bukan yang sedang dirasakan sebagai sifat diri sendiri dan bukan yang sedang didangka sebagai sifat ketuhanan Allah), pada satu masa yang sama

Pesanan

- Semasa menyebut Allah secara lisan iaitu diketika lidah tidak ditongkatkan kelangit-langit, pergerakan lidah tersebut akan membunyikan sebutan Allah pada lisan

- Apabila menyebut Allah diketika lidah telah ditongkatkan kelangit-langit, lidah tidak lagi boleh digerakkan semasa menyebut Allah tetapi ada satu anggota lahir yang lain yang akan bergerak sepertimana pergerakan lidak diketika menyebut Allah secara lisan. Anggota ini ada yang panggi dengan nama bulu roma tunggal dan ada juga yang panggil sebagai kunci nyawa.

- pergerakan anggota inilah yang menandakan sedang menyebut Allah yang tanpa suara, tanpa huruf dan tanpa kata-kata didalam hati

Pergerakan anggota yang bergerak dengan menumpukan sebulat-bulat tumpuan kepada sifat ketuhanan (yang disedari semasa memejamkan mata yang mana sifat ketuhanan tersebut yang bukan yang sedang dirasakan sebagai sifat diri sendiri dan yang bukan pula yang sedang dianggap sebagai sifat ketuhanan Allah) telah berlaku pada satu masa yang sama

Diketika inilah sedang berlaku penyaksian dan pengakuan kepada sifat ketuhanan Allah...

Ini latihan diperingkat awal yang perlu dilakukan...

Setelah mahir melakukan apa yang tersurat dan tersirat didalam firman Allah "Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan." Didalam atau pada masa yang sama, disinilah akan berlakunya penyaksian dan pengakuan kepada samada (zat, sifat, mama dan perbuatan) Allah.

Diketika ini binasalah segala (zat, sifat, nama dan perbuatan) yang ternyata pada makhlok, yang selama ini sedang dirasakan sebagai (zat, sifat, nama dan perbuatan) makhlok, kekallah (zat, sifat, nama dan perbuatan) Allah.

Dengan ini berlakulah sepertimana firman Allah

55.Surah Ar-Raĥmān ayat 26

Segala yang ada di muka bumi itu binasa

55.Surah Ar-Raĥmān ayat 27

Dan akan kekallah wajah (Zat) Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan:

3.Surah 'Āli `Imrān ayat 163

Mereka itu (yang menurut keredaan Allah, dan yang mendapat kemurkaanNya), mempunyai tingkatan-tingkatan (pahala atau dosa yang berlainan) di sisi Allah; dan Allah Maha Melihat akan segala yang mereka kerjakan.

2.Surah Al-Baqarah ayat 127

Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambil keduanya berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui;

34.Surah Saba' ayat 27

Katakanlah lagi:

"Tunjukkanlah kepadaku sifat-sifat ketuhanan yang ada pada makhluk-makhluk yang kamu hubungkan dengan Allah sebagai sekutu-sekutuNya.

Tidak ada pada sesuatu makhluk pun sifat-sifat itu,

bahkan yang mempunyai sifat-sifat ketuhanan ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".

7.Surah Al-'A`rāf ayat 180

Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah orang-orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-namaNya. Mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan.

7.Surah Al-'A`rāf ayat 181

‎وَمِمَّنْ خَلَقْنَا أُمَّةٌ يَهْدُونَ بِالْحَقِّ وَبِهِ يَعْدِلُونَ

Dan di antara orang-orang yang Kami ciptakan itu, ada satu umat yang memberi petunjuk dengan kebenaran, dan dengannya mereka menjalankan keadilan.

7.Surah Al-'A`rāf ayat 182

‎وَالَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا سَنَسْتَدْرِجُهُم مِّنْ حَيْثُ لَا يَعْلَمُونَ

Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, Kami akan menarik menarik mereka sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan), menurut cara yang mereka tidak mengetahuinya.

7.Surah Al-'A`rāf ayat 183

‎وَأُمْلِي لَهُمْۚ إِنَّ كَيْدِي مَتِينٌ

Dan Aku memberi tempoh kepada mereka; sesungguhnya rancangan balasanKu amatlah teguh.

27.Surah An-Naml ayat 88

Dan engkau melihat gunung-ganang, engkau menyangkanya tetap membeku, padahal ia bergerak cepat seperti bergeraknya awan; (demikianlah) perbuatan Allah yang telah membuat tiap - tiap sesuatu dengan serapi-rapi dan sebaik-baiknya; sesungguhnya Ia Amat mendalam PengetahuanNya akan apa yang kamu lakukan.

Firman-firman Allah telah memperjelaskan tentang zat, sifat, asma’ dan afa’al Allah.

Dengan ini bermakna yang berzat, yang bersifat, yang berasma’ dan yang berafa’al ialah Allah, selain daripada Allah yang tidak berzat, yang tidak bersifat, yang tidak bernama dan yang tidak berafa’al

Jadi bersalahan Allah bagi segala yang baharu seperti keterangan Allah didalam firman Allah pada surah Al-Ikhlas ayat 4

“Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".

Apa yang dibicarakan ini adalah salah satu daripada berbagai jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad tauhid yang boleh dilakukan sendiri untuk tetap berpegang dengan pegangan atau iktiqad tauhid

PENJELASAN DARI ALLAH BAHAWA AL-QURAN TIDAK SEKALI-KALI DITURUNKAN OLEH SYAITAN YANG TERKANDUNG DIDALAM

26.Surah Ash-Shu`arā' dari ayat 200 - 227

200. Demikianlah Kami masukkan perasaan (kufur ingkar) itu ke dalam hati orang-orang yang melakukan dosa - tidak percayakan Al-Quran.

201. Mereka tidak beriman kepada Al-Quran sehingga mereka melihat azab yang tidak terperi sakitnya,

202. Lalu azab itu datang menimpa mereka secara mengejut, dengan tidak mereka menyedarinya.

203. Maka (pada saat itu) mereka akan berkata (dengan menyesal): "Dapatkah kiranya kami diberi tempoh?"

204. (Kalaulah demikian keadaan mereka) maka patutkah mereka meminta disegerakan azab Kami?

205. Bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad)? Jika Kami berikan mereka menikmati kesenangan bertahun-tahun,

206. Kemudian mereka didatangi azab seksa yang dijanjikan kepada mereka,

207. (Tentulah) kesenangan yang mereka nikmati bertahun-tahun itu tidak dapat memberikan mereka sebarang pertolongan.

208. Dan tiadalah Kami membinasakan mana-mana negeri (yang telah dibinasakan itu), melainkan setelah diutus kepadanya lebih dahulu, Rasul-rasul pemberi amaran.

209. Memperingatkan mereka; dan Kami tidak sekali-kali berlaku zalim.

210. Dan Al-Quran itu pula tidak sekali-kali dibawa turun oleh Syaitan-syaitan.

211. Dan tidak layak bagi Syaitan-syaitan itu berbuat demikian, dan mereka juga tidak akan dapat melakukannya.

212. Sesungguhnya mereka dihalang sama sekali daripada mendengar wahyu yang dibawa oleh Malaikat.

213. Maka janganlah engkau (wahai Muhammad) menyembah tuhan yang lain bersama-sama Allah, akibatnya engkau akan menjadi dari golongan yang dikenakan azab seksa.

214. Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang dekat.

215. Dan hendaklah engkau merendah diri kepada pengikut-pengikutmu dari orang-orang yang beriman.

216. Kemudian jika mereka berlaku ingkar kepadamu, maka katakanlah: "Sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu lakukan!"

217. Dan berserahlah kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani,

218. Yang melihatmu semasa engkau berdiri (mengerjakan sembahyang),

219. Dan (melihat) gerak-gerimu di antara orang-orang yang sujud.

220. Sesungguhnya Dia lah jua yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

PENJELASAN DARI ALLAH TENTANG KEPADA SIAPAKAH SYAITAN SELALU TURUN

221. Mahukah, Aku khabarkan kepada kamu, kepada siapakah Syaitan-syaitan itu selalu turun?

222. Mereka selalu turun kepada tiap-tiap pendusta yang berdosa,

223. Yang mendengar bersungguh-sungguh (apa yang disampaikan oleh Syaitan-syaitan itu), sedang kebanyakan beritanya adalah dusta.

224. Dan Ahli-ahli syair itu, diturut oleh golongan yang sesat - tidak berketentuan hala.

225. Tidakkah engkau melihat bahawa mereka merayau-rayau dengan tidak berketentuan hala dalam tiap-tiap lembah (khayal dan angan-angan kosong)?

226. Dan bahawa mereka memperkatakan apa yang mereka tidak melakukannya?

227. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh (dari kalangan penyair-penyair itu), dan mereka pula mengingati Allah banyak-banyak, serta mereka membela diri sesudah mereka dianiaya. Dan (ingatlah), orang-orang yang melakukan sebarang kezaliman, akan mengetahui kelak, ke tempat mana, mereka akan kembali.

Didalam Surah Ash-Shu`arā' ayat 27 Allah telah memperjelaskan tentang pengecualian kepada orang yang menjadi tempat untuk syaitan turun iaitu orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka mengingati Allah banyak-banyak dan mereka akan membela duri mereka sesudah mereka dianiaya..

Didalam surah Al-Baqarah ayat 198 Allah telah memperjelaskan sebelum daripada seseorang melaksanakan cara untuk mendatangkan ingat kepada Allah dengan cara yang telah Allah firmankan iaitu “DAN INGATLAH KEPADA ALLAH DENGAN MENYEBUTNYA SEBAGAIMANA IA TELAH MEMBERIKAN PETUNJUK HIDAYAH KEPADA MU” Apa yang telah dilakukan tersebut telah dilakukan dengan cara yang “SALAH JALAN IBADATNYA”

Setiap orang mesti berusaha memperbaiki amalan yang telah dilakukan untuk mengingati Allah yang selama ini telah dilakukan dengan “SALAH JALAN IBADATNYA”...

Dengan kembali melakukan cara untuk mendatangkan ingat kepada Allah mengikut sepertimana firman Allah didalam surah Al-Baqarah pada ayat 198 iaitu

“DAN INGATLAH KEPADA ALLAH DENGAN MENYEBUTNYA SEBAGAIMANA IA TELAH MEMBERIKAN PETUNJUK HIDAYAH KEPADA MU”

Al-Quran adalah hidayah petunjuk.html — Dibina 100% daripada sumber asal tanpa meninggalkan walau satu patah perkataan

Design: Quranic Light • Emerald & Gold • Font: Amiri, Scheherazade New, Inter

Navigasi kembali ke perpustakaan

← Kembali ke Perpustakaan

AI_IKTIQAD_TAUHID_BUTTON

AI IKTIQAD TAUHID BUTTON START

🤖 BUKA AI IKTIQAD & TAUHID

Jika diminta, log masuk atau daftar ChatGPT dahulu. Selepas log masuk, projek AI Iktiqad & Tauhid akan dibuka.

AI IKTIQAD TAUHID BUTTON END

/AI_IKTIQAD_TAUHID_BUTTON

PT-UNIFORM-FOOTER-START

PERPUSTAKAAN TAUHID

Sumber AI: ChatGPT  •  Penyusun Perpustakaan: Adnan Al-Yani

PT-UNIFORM-FOOTER-END

↑ Kembali ke Indeks Tajuk