📄 16 BOLEH MEMBERI KETERANGAN

PERPUSTAKAAN TAUHID • SUMBER STATIK META AI
← Kembali ke Pintu Sumber

Halaman ini dibina tanpa JavaScript supaya kandungan sumber boleh dibaca secara terus oleh pelayar dan AI yang menyokong capaian web.

🟡 Belum disahkan sepenuhnya

·

ID C015

Maklumat status sumber

Bahan ini terdapat dalam koleksi, tetapi provenance/bibliografi atau naskhah asal belum disahkan sepenuhnya.

Label ini menerangkan status rujukan; ia tidak mengubah kandungan asal halaman.

Tauhid • Iktiqad • Iktibar Anbiya'

SETIAP SEORANG MESTI BOLEH MEMBERI KETERANGAN MENGESAHKAN BAHAWA TUHAN KAMU ADALAH ALLAH YANG MAHA ESA

Laa Ilaaha Illallah — Jalan Kembali Kepada Tuhanmu

Himpunan lengkap ayat-ayat, peringatan dan jalan amal yang tersusun indah — 100% dikekalkan tanpa pengurangan satu patah perkataan pun daripada sumber asal.

Al-Baqarah 244

Al-Anbiya' 50-56

Al-Anbiya' 56

Yusuf 111

Sangkaan - Yunus & An-Najm

Jalan & Cara Iktiqad

Jalan Mengenal Tuhanmu

Amaran Keras & Syaitan

Al-An'am 149-153

Sifat Ketuhanan - Saba' 27

Taubat - Bunuhlah Diri Kamu

Jalan Lurus & Benteng Allah

Zikir & Amal Soleh

Syariat Tauhid 1-7

Jangan Ikut Apa Yang Tidak Tahu

Pangkal Perjuangan

SETIAP SEORANG MESTI BOLEH MEMBERI KETERANGAN MENGESAHKAN BAHAWA TUHAN KAMU ADALAH ALLAH YANG MAHA ESA

2:244

Surah Al-Baqarah ayat 244

Dan berperanglah kamu pada jalan Allah (kerana mempertahankan kebenaran ugamaNya); dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Kisah Ibrahim AS

21.Surah Al-'Anbyā' dari ayat 50 hingga 56

Dan Al-Quran ini juga pengajaran yang berkat, yang Kami turunkan (kepada Nabi Muhammad); dengan keadaan yang demikian maka patutkah kamu mengingkarinya?

Dan demi sesungguhnya, Kami telah memberi kepada Nabi Ibrahim sebelum itu jalan yang benar dalam bertauhid, dan Kami adalah mengetahui akan halnya.

Ketika ia berkata kepada bapanya dan kaumnya: "Apakah hakikatnya patung-patung ini yang kamu bersungguh-sungguh memujanya?"

Mereka menjawab: "Kami dapati datuk nenek kami selalu menyembahnya".

Ia berkata: "Sesungguhnya kamu dan datuk-nenek kamu adalah dalam kesesatan yang nyata".

Mereka bertanya: "Adakah engkau membawa kepada kami sesuatu yang benar (sebagai seorang Rasul), atau engkau dari orang-orang yang bermain-main sahaja?"

BOLEH MEMBERI KETERANGAN MENGESAHKAN BAHAWA TUHAN KAMU ADALAH ALLAH YANG ESA ... ADALAH AMAT DILARANG MENJADIKAN YANG LAIN SELAIN DARIPADA ALLAH SEBAGAI TUHAN..

Jawapan Tauhid

21.Surah Al-'Anbyā' ayat 56

Ia menjawab: "(Bukan bermain-main) bahkan (untuk menegaskan bahawa) Tuhan kamu ialah Tuhan yang mentadbirkan langit dan bumi, Dia lah yang menciptanya; dan aku adalah dari orang-orang yang boleh memberi keterangan mengesahkan yang demikian itu.

Iktibar

KISAH NABI-NABI ADALAH SEBAGAI IKTIBAR

12:111

Surah Yūsuf ayat 111

Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran. (Kisah Nabi-nabi yang terkandung dalam Al-Quran) bukanlah ia cerita-cerita yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa yang tersebut di dalam Kitab-kitab ugama yang terdahulu daripadanya, dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu) beriman.

Hakikat Sangkaan

Firman Allah yang telah memperjelaskan tentang sangkaan

10:36

Surah Yūnus ayat 36

Dan kebanyakan mereka, tidak menurut melainkan sesuatu sangkaan sahaja, (padahal) sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan.

10:66

Surah Yūnus ayat 66

Ingatlah! Sesungguhnya bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi dan bahawa mereka yang menyembah sesuatu yang lain Allah sebagai sekutuNya, mereka tidak menurut (sesuatu keyakinan), mereka hanya menurut sangkaan semata-mata, dan mereka hanyalah orang-orang yang sentiasa berdusta.

53:28

Surah An-Najm ayat 28

Sedang mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya. Mereka tidak lain hanyalah mengikut sangkaan semata-mata, padahal sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad).

Orang yang bersangka-sangka ialah orang yang sedang memperkatakan tentang tauhid atau tentang yang telah dibersihkan daripada sebarang syirik tetapi mereka tidak melakukan jalan dan cara untuk menetapkan pegangan atau iktiqad dan tauhid mengikut seperti yang dikehendaki oleh Allah iaitu

Firman Allah

5:35

Surah Al-Mā'idah ayat 35

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan carilah yang boleh menyampaikan kepadaNya, dan berjuanglah pada jalan Allah supaya kamu beroleh kejayaan.

78:39

Surah An-Naba' ayat 39

Itulah keterangan-keterangan mengenai hari yang sungguh tetap berlakunya; maka sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya, dapatlah ia mengambil jalan dan cara kembali kepada Tuhannya !

Jalan-Jalan Tauhid

PELBAGAI JALAN DAN CARA UNTUK MENETAPKAN PEGANGAN ATAU IKTIQAD TAUHID...

17:41

Surah Al-'Isrā' ayat 41

Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat; dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.

17:89

Surah Al-'Isrā' ayat 89

Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan berulang-ulang kepada manusia, di dalam Al-Quran ini, dengan berbagai-bagai contoh perbandingan (yang mendatangkan iktibar); dalam pada itu, kebanyakan manusia tidak mahu menerima selain dari kekufuran.

2:46

Surah Al-Baqarah ayat 46

(Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya.

7:29

Surah Al-'A`rāf ayat 29

Katakanlah:

"Tuhanku menyuruh berlaku adil (pada segala perkara), dan (menyuruh supaya kamu) hadapkan muka (dan hati) kamu (kepada Allah) dengan betul pada tiap-tiap kali mengerjakan sembahyang, dan beribadatlah dengan mengikhlaskan amal ugama kamu kepadaNya semata-mata; (kerana) sebagaimana Ia telah menjadikan kamu pada mulanya, (demikian pula) kamu akan kembali (kepadaNya).

Tanda Pimpinan

Atau melakukan sendiri

Jalan untuk mengenal Tuhanmu

79:15

Surah An-Nāzi`āt ayat 15

Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal Nabi Musa?

79:16

Surah An-Nāzi`āt ayat 16

Ketika ia diseru oleh Tuhannya di "Wadi Tuwa" yang suci; -

79:17

Surah An-Nāzi`āt ayat 17

(Lalu diperintahkan kepadanya): "Pergilah kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas (dalam kekufuran dan kezalimannya);

79:18

Surah An-Nāzi`āt ayat 18

"Serta katakanlah kepadanya: `Adakah engkau suka hendak mensucikan dirimu (dari kekufuran)?

79:19

Surah An-Nāzi`āt ayat 19

Dan mahukah, aku tunjuk kepadamu jalan mengenal Tuhanmu, supaya engkau merasa takut (melanggar perintahNya)?

Nabi Musa menyeru kepada firaun " DAN MAHUKAH AKU TUNJUKKAN KEPADAMU JALAN MENGENAL TUHANMU"

Apa yang telah difirmankan ialah Jalan mengenal Tuhanmu bukan mengenal tuhanmu

Untuk Mengenal Allah setiap seorang itu mesti melalui jalan untuk mengenal Tuhanmu (ALLAH)

72:11

Surah Al-Jinn ayat 11

Dan bahawa sesungguhnya (memang maklum) ada di antara kita golongan yang baik keadaannya, dan ada di antara kita yang lain dari itu; kita masing-masing adalah menurut jalan dan cara yang berlainan.

Keadaan sedang memperkatakan sesuatu yang tidak dilakukan ini telah diberikan amaran keras oleh Allah seperti didalam firmanNya

61:2

Surah Aş-Şaf ayat 2

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!

61:3

Surah Aş-Şaf ayat 3

Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.

Keadaan sedang memperkatakan sesuatu yang tidak dilakukan ini sebenarnya telah menjadi tempat untuk syaitan selalu turun

Firman Allah

26:221

Surah Ash-Shu`arā' ayat 221

Mahukah, Aku khabarkan kepada kamu, kepada siapakah Syaitan-syaitan itu selalu turun?

26:222

Surah Ash-Shu`arā' ayat 222

Mereka selalu turun kepada tiap-tiap pendusta yang berdosa,

Siapakah pendusta ... ?

6:148

Surah Al-'An`ām ayat 148

Orang-orang musyrik akan mengatakan: "Kalau Allah menghendaki tentulah kami dan datuk nenek kami tidak mempersekutukanNya (dengan sesuatu yang lain), dan tidak pula kami haramkan sesuatu apa pun". Demikianlah juga orang-orang yang dahulu sebelum mereka telah mendustakan (Rasul-rasul) sehingga mereka merasai azab seksa Kami.

"Katakanlah: Adakah kamu mempunyai ilmu supaya dapat kamu tunjukkan kepada kami? Tiadalah kamu menurut melainkan sangkaan semata-mata, dan kamu pula tidak lain hanyalah berdusta".

Cuba kita kembali kepada firman Allah tentang perlunya melakukan sendiri jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad tauhid

17:41

Surah Al-'Isrā' ayat 41

Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat (memahami dan mematuhi kebenaran); dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.

ALLAH SENDIRI TELAH MENCABAR KEPADA MEREKA YANG SEDANG BERADA DIDALAM KEADAAN SEDANG BERSANGKA-SANGKA "Katakanlah: Adakah kamu mempunyai ilmu supaya dapat kamu tunjukkan kepada kami? Tiadalah kamu menurut melainkan sangkaan semata-mata" -

JIKA BENAR KAMU TIDAK BERADA DIDALAM KEADAAN SEDANG BERSANGKA-SANGKA TUNJUK DAN BUKTIKANLAH BAHAWA KAMU TIDAK BERADA DIDALAM BERSANGKA-SANGKA ITU"

JIKA KAMU TIDAK DAPAT TUNJUKKAN BAGAIMANA JALAN DAN CARA YANG KAMU TELAH LALUI SENDIRI SEHINGGA KAMU TELAHPUN BERADA DIDALAM KEADAAN IKTIQAD TAUHID SEPERTI YANG TELAH DIFIRMANKAN OLEH ALLAH SEPERTI DIATAS MAKA ALLAH JUGA DENGAN KERAS MENYATAKAN "dan kamu pula tidak lain hanyalah berdusta"

Pemisah Haq & Batil

Syair, Dusta & Pengecualian

26:223

Surah Ash-Shu`arā' ayat 223

Yang mendengar bersungguh-sungguh (apa yang disampaikan oleh Syaitan-syaitan itu), sedang kebanyakan beritanya adalah dusta.

26:224

Surah Ash-Shu`arā' ayat 224

Dan Ahli-ahli syair itu, diturut oleh golongan yang sesat - tidak berketentuan hala.

26:225

Surah Ash-Shu`arā' ayat 225

Tidakkah engkau melihat bahawa mereka merayau-rayau dengan tidak berketentuan hala dalam tiap-tiap lembah (khayal dan angan-angan kosong)?

26:226

Surah Ash-Shu`arā' ayat 226

Dan bahawa mereka memperkatakan apa yang mereka tidak melakukannya?

26:227

Surah Ash-Shu`arā' ayat 227

Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula mengingati Allah banyak-banyak, serta mereka membela diri sesudah mereka dianiaya. Dan (ingatlah), orang-orang yang melakukan sebarang kezaliman, akan mengetahui kelak, ke tempat mana, mereka akan kembali.

Didalam Surah Ash-Shu`arā' ayat 227

Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula mengingati Allah banyak-banyak, serta mereka membela diri sesudah mereka dianiaya. Dan (ingatlah), orang-orang yang melakukan sebarang kezaliman, akan mengetahui kelak, ke tempat mana, mereka akan kembali.

Pada Surah Ash-Shu`arā' ayat 227 ini Allah telah memperjelaskan bahawa “orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula mengingati Allah banyak-banyak, serta mereka membela diri sesudah mereka dianiaya” telah dikecualikan daripada menjadi tempat untuk syaitan selalu turun.

Jalan Yang Lurus

6.Surah Al-'An`ām dari ayat 149 - 153

149. Katakanlah (wahai Muhammad: "Kalau kamu sudah tidak ada sesuatu bukti) maka Allah mempunyai bukti yang tegas nyata. Oleh itu, jika Ia menghendaki tentulah Ia akan memberi hidayah petunjuk kepada kamu semuanya".

150. Katakanlah: "Bawalah saksi-saksi kamu memberi keterangan bahawa Allah mengharamkan (benda-benda yang kamu haramkan) ini". Kemudian jika mereka (tergamak) menjadi saksi (secara dusta), maka janganlah engkau turut sama membenarkan mereka mereka; dan janganlah engkau turut hawa nafsu orang-orang yang mendustakan ayat-ayat keterangan Kami, dan orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat, sedang mereka pula menyamakan (sesuatu yang lain) dengan Tuhan mereka.

151. Katakanlah: "Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatupun; dan hendaklah (kamu) membuat baik kepada ibu bapa; dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana kepapaan, (sebenarnya) Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka; dan janganlah kamu hampiri kejahatan-kejahatan - yang terang daripadanya dan yang tersembunyi; dan janganlah kamu membunuh jiwa yang telah diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh Syarak). Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu memahaminya.

152. “Dan janganlah kamu hampiri harta anak yatim melainkan dengan cara yang baik (untuk mengawal dan mengembangkannya), sehingga ia baligh (dewasa, serta layak mengurus hartanya dengan sendiri); dan sempurnakanlah segala sukatan dan timbangan dengan adil". - Kami tidak memberatkan seseorang dengan kewajipan melainkan sekadar kesanggupannya - "dan apabila kamu mengatakan sesuatu (semasa membuat apa-apa keterangan) maka hendaklah kamu berlaku adil, sekalipun orang itu ada hubungan kerabat (dengan kamu); dan perjanjian (perintah-perintah) Allah hendaklah kamu sempurnakan. Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu beringat (mematuhiNya)".

153. Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (ugama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa.

14:1

Surah 'Ibrāhīm ayat 1

Alif, Laam, Raa'. Ini ialah Kitab (Al-Quran) Kami turunkan dia kepadamu (wahai Muhammad), supaya engkau mengeluarkan umat manusia seluruhnya dari gelap-gelita kufur kepada cahaya iman - dengan izin Tuhan mereka - ke jalan Allah Yang Maha Kuasa lagi Maha Terpuji.

2:218

Surah Al-Baqarah ayat 218

Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah (untuk menegakkan ugama Islam), mereka itulah orang-orang yang mengharapkan rahmat Allah. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

2:244

Surah Al-Baqarah ayat 244

Dan berperanglah kamu pada jalan Allah (kerana mempertahankan kebenaran ugamaNya); dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Dan Al-Quran ini juga pengajaran yang berkat, yang Kami turunkan (kepada Nabi Muhammad); dengan keadaan yang demikian maka patutkah kamu mengingkarinya?

Dan demi sesungguhnya, Kami telah memberi kepada Nabi Ibrahim sebelum itu jalan yang benar dalam bertauhid, dan Kami adalah mengetahui akan halnya.

Ketika ia berkata kepada bapanya dan kaumnya: "Apakah hakikatnya patung-patung ini yang kamu bersungguh-sungguh memujanya?"

Mereka menjawab: "Kami dapati datuk nenek kami selalu menyembahnya".

Ia berkata: "Sesungguhnya kamu dan datuk-nenek kamu adalah dalam kesesatan yang nyata".

Mereka bertanya: "Adakah engkau membawa kepada kami sesuatu yang benar (sebagai seorang Rasul), atau engkau dari orang-orang yang bermain-main sahaja?"

BOLEH MEMBERI KETERANGAN MENGESAHKAN BAHAWA TUHAN KAMU ADALAH ALLAH YANG ESA ... ADALAH AMAT DILARANG MENJADIKAN YANG LAIN SELAIN DARIPADA ALLAH SEBAGAI TUHAN..

21:56

Ia menjawab: "(Bukan bermain-main) bahkan (untuk menegaskan bahawa) Tuhan kamu ialah Tuhan yang mentadbirkan langit dan bumi, Dia lah yang menciptanya; dan aku adalah dari orang-orang yang boleh memberi keterangan mengesahkan yang demikian itu.

Sifat Ketuhanan

Contoh orang yang sedang bersangka-sangka

Firman Allah

34.Surah Saba' ayat 27

Katakanlah lagi:

"Tunjukkanlah kepadaku sifat-sifat ketuhanan yang ada pada makhluk-makhluk yang kamu hubungkan dengan Allah sebagai sekutu-sekutuNya.

(Sedang merasakan sifat ketuhanan sebagai sifat diri sendiri dan sebagai sifat makhlok selain dari Allah)

Tidak ada pada sesuatu makhluk pun sifat-sifat itu,

bahkan yang mempunyai sifat-sifat ketuhanan ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".

Sifat-sifat ketuhanan ialah seperti sifat ada, sifat hidup, sifat mengetahui, sifat berkuasa, sifat bermahuan, sifat melihat, sifat mendengar, sifat berkata-kata dan lain-lain

Didalam surah saba’ ayat ke 27 ini, Allah telah memperjelaskan bahawa makhlok tidak mempunyai sifat-sifat ketuhanan, bahkan yang mempunyai sifat-sifat ketuhanan ialah Allah.

Dari keterangan Allah ini boleh berlaku sangkaan didalam dua bentuk

Sangkaan yang pertama ialah orang yang sedang merasakan keberadaan, keakuan atau keupayaan dirinya sendiri, mereka ini sedang menyangka bahawa sifat ketuhanan Allah sebagai keberadaan, keakuan atau keupayaan diri sendiri.

Keadaan ini adalah merupakan syirik yang tersembunyi

Sangkaan yang kedua ialah orang yang memperkatakan bahawa segala sifat ketuhanan yang ada pada dirinya sendiri dan yang ada pada makhlok-makhlok adalah sifat ketuhanan Allah pada masa atau didalam keadaan dia sedang merasakan akan keberadaan, keakun, keupayaan dirinya sendiri atau diketika ia sedang memandang atau merasakan keberadaan makhlok-makhlok..

Apa yang akan berlaku jika seseorang itu memperkatakan segala sifat ketuhanan yang ada pada dirinya adalah sifat ketuhanan Allah pada masa dia sedang merasakan keberadaan dirinya sendiri ialah ia sedang dan akan bersangka-sangka bahawa sifat ketuhanan yang telah disangka sebagai keberadaan, keakuan atau keupayaan dirinya sendiri itu pula yang akan disangka sebagai sifat ketuhanan Allah...

Keadaan ini adalah merupakan syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi, lagi tersembunyi, lagi tersembunyi...

Apa yang perlu dilakukan oleh setiap orang ialah mesti bertaubat daripada melakukan melakukan sebarang perbuatan syirik sepertimana firman Allah

Taubat

2.Surah Al-Baqarah ayat 54

Dan (kenangkanlah) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya:

"Wahai kaumku! Sesungguhnya kamu telah menganiaya diri kamu sendiri dengan sebab kamu menyembah patung anak lembu itu,

maka bertaubatlah kamu kepada Allah yang menjadikan kamu;

iaitu "BUNUHLAH DIRI KAMU".

Yang demikian itu lebih baik bagi kamu di sisi Allah yang menjadikan kamu, supaya Allah menerima taubat kamu itu. Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani".

Didalam firman Allah didalam Surah Al-Baqarah ayat 54, Allah menerangkan bahawa kaum Nabi musa telah melakukan syirik dengan menyembah patung anak lembu.

Nabi Musa telah mengarahkan kaumnya supaya bertaubat daripada melakukan perbuatan syirik tersebut dengan perintah “BUNUHLAH DIRI KAMU”

JANJI YANG TELAH DIJANJIKAN OLEH ALLAH KEPADA ORANG YANG TELAH BERTAUBAT DARIPADA MELAKUKAN SEBARANG PERBUATAN SYIRIK IAITU DENGAN MELAKSANAKAN PERINTAH ALLAH “BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI”

Firman Allah

4:66

Surah An-Nisā' ayat 66

Dan sesungguhnya kalau Kami wajibkan kepada mereka (dengan perintah):

"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"

NESCAYA MEREKA TIDAK AKAN MELAKUKANNYA, KECUALI SEDIKIT DARIPADA MEREKA

Dan sesungguhnya kalau mereka amalkan nasihat pengajaran yang telah diberikan kepada mereka, tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih meneguhkan (iman mereka).

4:67

Surah An-Nisā' aya 67

Dan (setelah mereka melakukan seperti yang dikehendaki oleh Allah), tentulah Kami akan berikan kepada mereka - dari sisi Kami - pahala balasan yang amat besar;

4:68

Surah An-Nisā' ayat 68

DAN TENTULAH KAMI PIMPIN MEREKA KE JALAN YANG LURUS.

4:69

Surah An-Nisā' ayat 69

Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat).

Jalan Yang Terpelihara

SATU JALAN LURUS YANG TIDAK BOLEH DISESATKAN OLEH IBLIS DAN AKAN DIPELIHARA OLEH ALLAH

FIRMAN ALLAH

15:39

Surah Al-Ĥijr ayat 39

Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,

15:40

Surah Al-Ĥijr ayat 40

"Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik".

15:41

Surah Al-Ĥijr ayat 41

Allah berfirman: "Inilah satu jalan yang lurus, yang tetap Aku memeliharanya.

BENTENG @ KOTA ALLAH

Berkata Ali RA.. Rasulullah bersabda... Allah berfirman............; Sesungguh AKU lah ALLAH ,, Tiada Tuhan selain AKU... Barangsiapa BERTAUHID kepadaKu niscaya masuklah ia kedalam benteng Ku,,, Dan barangsiapa yang masuk bentengKu.. niscaya terselamatlah dia dari SiksaKu...

Didalam surah dan ayat yang lain Allah telah berfirman

38:82

Surah Şād ayat 82

Iblis berkata: " Demi kekuasaanmu (wahai Tuhanku), aku akan menyesatkan mereka semuanya, -

38:83

Surah Şād ayat 83

" Kecuali hamba-hambaMu di antara zuriat-zuriat Adam itu yang ikhlas".

15:42

Surah Al-Ĥijr ayat 42

"Sesungguhnya hamba-hambaKu, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang-orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri).

17:65

Surah Al-'Isrā' ayat 65

Sesungguhnya hamba-hambaKu (yang beriman dengan ikhlas), tiadalah engkau (hai iblis) mempunyai sebarang kuasa terhadap mereka (untuk menyesatkannya); cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad) menjadi Pelindung (bagi mereka).

Ikhlas Lawan Syirik

FIRMAN ALLAH YANG MENJELASKAN IKHLAS IALAH BERSIH DARIPADA SEBARANG SYIRIK

29:65

Surah Al-`Ankabūt ayat 65

Dalam pada itu, apabila mereka naik bahtera (lalu menemui sesuatu bahaya di laut), mereka memohon pertolongan kepada Allah dengan doa yang tulus ikhlas kepadaNya. Kemudian setelah Allah menyelamatkan mereka (naik) ke darat, mereka berlaku syirik kepadaNya.

FIRMAN ALLAH DIATAS MENUNJUKKAN TULUS IKHLAS LAWANNYA SYIRIK

Maksud daripada perintah Allah "BUNUHLAH DIRI KAMU" ialah melaksanakan perintah Allah yang terkandung didalam Al-Quran, dan perintah Rasulullah saw yang terkandung didalam hadisnya yang apabila dilakukan perintah tersebut akan menghilangkan keberadaan atau keakuan diri sendiri

Salah satu daripada perintah Allah yang apabila dilaksanakan akan menghilangkan keberadaan atau keakuan diri sendiri ialah dengan melaksanakan apa yang tersurat dan yang tersirat didalam firman Allah

73:8

Surah Al-Muzzammil ayat 8

Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.

Yang cara untuk dilakukannya pula boleh diambil dari apa yang tersurat dan apa yang tersirat daripada sabda Nabi Muhammad saw

Saidina Ali Rodziallah hu'an hu Bertanya kepada Rasulullah bagaimana aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut.

- Pejamkan mata mu,

- Tongkat kan lidah mu ke langit2,

- sebutlah nama Allah sebanyak2nya

17:110

Surah Al-'Isrā' ayat 110

Katakanlah (wahai Muhammad): "Serulah nama "Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia". Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau solatmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu.

Setelah melakukan perintah Allah dan perintah Rasulullah saw seperti diatas akan berlakulah penyaksian dan pengakuan kepada Allah dan seterusnya akan berlaku pula penyaksian dan pengakyan kepada Allah yang mengenal Allah

Diketika sedang berlakunya penyaksian dan pengakuan kepada Allah yang mengenal Allah seseorang itu perlu melafazkan kalimah Tauhid “LAA ILAHA ILLALLAH” mengikut sepertimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah

hadis Riwayat Thabrani dan Baihaqi

Dari ’Ali karamallahu wajhah: Aku katakan: Ya Rasulullah, manakah jalan thariqat yang sedekat-dekatnya kepada Allah dan semudah-mudahnya atas hamba Allah dan semulia-mulianya di sisi Allah?

Maka Sabda Rasulullah SAW.: Ya Ali, penting atas kamu berkekalan/senantiasa berzikir kepada Allah.

Berkatalah Ali: Tiap orang berdizikir pada Allah.

Maka Rasulullah SAW. bersabda: Ya Ali, tidak ada terjadi kiamat sehingga tiada lagi tinggal di atas permukaan bumi ini, orang yang mengucapkan Allah, Allah.

Maka sahut Ali kepada Rasulullah SAW: Bagaimana caranya aku berzikir ya Rasulullah?

Maka Sabda Rasulullah SAW: Pejamkan kedua matamu dan dengarkanlah dari saya ucapan tiga kali. Kemudian ucapkanlah seperti itu dan aku akan dengarkan. Maka sejenak Rasulullah SAW mengucapkan Laa ilaaha illallah, tiga kali sedang kedua matanya tertutup.

Kemudian Ali pun mengucapkan kalimat laa ilaaha illallaah seperti demikian.

Ajaran tersebut kemudian Sayyidina Ali ajarkan pula kepada Hasan Basri dan dari Hasan Basri diajarkan kepada al-Habib al-Ajamy, dari al-Habib diajarkan kepada Daud Atha’iy, dari Daud diajarkan kepada al-Makruf Al Karakhi dan dari al-Makruf ke pada As Sari, dan kemudian dari As Sari kepada al-Junaid.

Ketika Nabi Muhammad SAW menunjukkan jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad tauhid atau jalan untuk mengenal Tuhanmu kepada Saidina Ali, baginda bersabda :

Hai Ali, pejamkan kedua matamu dan engkau dengar daripada aku tiga kali aku berkata “Laa ilaaha illallah” tiga kali, dan aku mendengar bacaan engkau. Maka berkata Nabi tiga kali mengucapkan kalimat “Laa ilaaha illallah” (TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH) dengan memejamkan kedua mata, Nabi mengangkat suaranya, Ali mendengarnya. Kemudian Ali mengatakan “Laa ilaaha illallah” (TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH) tiga kali seperti yang dikatakan Nabi itu, dan Ali pun memejamkan kedua matanya dan mengangkatkan suaranya, sedangkan Nabi mendengar bacaan Ali pada saat Ali ibn Abi Thalib mengalami fana fillah. Kemudian Setelah Ali sadar, maka Nabi bertanya kepada Ali mengenai perjumpaannya dengan Allah, maka Ali berkata :Roaitu robbi bi'aini qolbi, faqultu laa sakka anta anta Allah.

“Kulihat Tuhanku dengan mata hatiku dan akupun berkata: tidak aku ragu engkau, engkaulah Allah”.Setelah Ali menceritakan perjumpaannya dengan Allah, maka kemudian Nabi membawa Ali di hadapan para umat dan berkata :Ana madinatul 'ilmi wa Ali baabuhaa.

“Aku adalah gudangnya ilmu dan Ali adalah pintunya”.

Lagi janji yang telah dijanjikan oleh Allah kepada orang yang beriman dan beramal soleh

Firman Allah

10:9

Surah Yūnus ayat 9

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Tuhan mereka akan memimpin mereka dengan sebab iman mereka yang sempurna itu. (Mereka masuk ke taman yang) sungai-sungainya mengalir di bawah tempat kediaman mereka di dalam Syurga yang penuh nikmat.

22:23

Surah Al-Ĥaj ayat 23

Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam Syurga yang mengalir padanya beberapa sungai; mereka dihiaskan di situ dengan gelang-gelang emas dan mutiara, dan pakaian mereka di situ dari sutera.

22:24

Surah Al-Ĥaj ayat 24

Dan mereka diberi petunjuk kepada mengucapkan kata-kata yang baik, serta diberi petunjuk ke jalan Allah Yang Amat Terpuji.

ORANG YANG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH IALAH MERUPAKAN ORANG-ORANG YANG PERCAYA DAN BERHARAP AKAN PERTEMUAN DENGAN TUHANNYA.

Firman Allah

31:25

Surah Luqmān ayat 25

Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah".

Ucapkanlah (wahai Muhammad): "Alhamdulillah" (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian - tidak mengingkari Allah), bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat tauhid dan pengertian syirik).

31:26

Surah Luqmān ayat 26

Allah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan di bumi; sesungguhnya Allah Dia lah jua yang Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji.

31:27

Surah Luqmān ayat 27

Dan sekiranya segala pohon yang ada di bumi menjadi pena, dan segala lautan (menjadi tinta), dengan dibantu kepadanya tujuh lautan lagi sesudah itu, nescaya tidak akan habis Kalimah-kalimah Allah itu ditulis.

Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

31:28

Surah Luqmān ayat 28

(Bagi Allah Yang Maha Kuasa) soal menciptakan kamu semua (dari tiada kepada ada), dan soal membangkitkan kamu hidup semula sesudah mati, tidak ada apa-apa sukarnya, hanyalah seperti (mencipta dan menghidupkan semula) seorang manusia sahaja. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.

Keluasan Kalam Allah

DIDALAM SURAH DAN AYAT YANG LAIN ALLAH TELAH BERFIRMAN

18:109

Surah Al-Kahf ayat 109

Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan".

18:110

Surah Al-Kahf ayat 110

Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu;

OLEH ITU, SESIAPA YANG PERCAYA DAN BERHARAP AKAN PERTEMUAN DENGAN TUHANNYA, HENDAKLAH IA MENGERJAKAN AMAL YANG SOLEH DAN JANGANLAH IA MEMPERSEKUTUKAN SESIAPAPUN DIDALAM IBADATNYA KEPADA TUHANNYA..

Apa yang telah jelas dan nyata dari firman Allah yang diatas ialah Allah tidak boleh nak diterangkan dengan kata-kata dan apa cara sekalipun..

Sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan TuhanNya, Allah telah mengajar kita melalui firmanNya "HENDAKLAH IA MENGERJAKAN AMAL YANG SOLEH DAN JANGANLAH IA MEMPERSEKUTUKAN SESIAPAPUN DIDALAM IBADATNYA KEPADA TUHANNYA..

Ini apa yang telah diterang dan diperintahkan oleh Allah melalui Al-Quran...

MARI KITA LIHAT BAGAIMANA HENDAK MENGERJAKAN AMAL YANG SOLEH MENGIKUT SEPERTIMANA YANG TELAH DIFIRMANKAN DIDALAM AL-QURAN...

FIRMAN ALLAH

Zikirullah

13.Surah Ar-Ra`d ayat 28

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.

Didalam firman yang lain terdapat penjelasan yang telah memperjelaskan yang Allah telah menyeru kepada orang yang mempunyai jiwa yang tenang

ALLAH BERFIRMAN “WAHAI JIWA YANG TENANG, KEMBALILAH KEPADA TUHANMU DENGAN KEADAAN ENGKAU BERPUAS HATI...”

89:27

Surah Al-Fajr ayat 27

(Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): "Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! -

Didalam ayat ini Allah telah menerangkan bahawa orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata "Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya!

Manakala didalam Surah Ar-Ra`d ayat 28 Allah telah berfirman

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.

Kesimpulan daripada kedua-dua firman didalam Surah Ar-Ra`d ayat 28 dan Surah Al-Fajr ayat 27 menerangkan kepada kita bahawa dengan mengingati Allah akan menjadikan seseorang itu sebagai seorang yang beriman dan beramal soleh.

CARA YANG PERLU DILAKUKAN UNTUK INGAT KEPADA ALLAH IALAH SEPERTIMANA YANG TELAH ALLAH FIRMANKAN DIDALAM

2:198

Surah Al-Baqarah ayat 198

Tidaklah menjadi salah, kamu mencari limpah kurnia dari Tuhan kamu (dengan meneruskan perniagaan ketika mengerjakan Haji). Kemudian apabila kamu bertolak turun dari padang Arafah (menuju ke Muzdalifah) maka sebutlah nama Allah di tempat Masy'ar Al-Haraam (di Muzdalifah),

DAN INGATLAH KEPADA ALLAH DENGAN MENYEBUTNYA SEBAGAIMANA IA TELAH MEMBERIKAN PETUNJUK HIDAYAH KEPADA MU

dan sesungguhnya kamu sebelum itu adalah dari golongan orang-orang yang SALAH JALAN IBADATNYA.

Didalam firman ini Allah dengan tegas memperjelaskan [SESUNGGUHNYA SEBELUM DARIPADA SESEORANG ITU MELAKUKAN CARA UNTUK INGAT KEPADA ALLAH SEPERTI YANG TELAH DIFIRMANKAN DAN DIKEHENDAKI OLEH ALLAH IAITU “INGATLAH KEPADA ALLAH DENGAN MENYEBUTNYA SEBAGAIMANA IA TELAH MEMBERIKAN PETUNJUK HIDAYAH KEPADA MU” CARA YANG TELAH DILAKUKAN TERSEBUT ADALAH SALAH JALAN IBADATNYA]

Cara hendak “MENYEBUTNYA SEBAGAIMANA IA TELAH MEMBERIKAN PETUNJUK HIDAYAH KEPADA MU” boleh dilakukan sepertimana firman Allah

17:110

Surah Al-'Isrā' ayat 110

Katakanlah (wahai Muhammad): "Serulah nama "Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia". Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau solatmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu.

Untuk menyeru nama Allah boleh dilakukan mengikut sepertimana yang telah Allah perjelaskan didalam firmannya pada

73:8

Surah Al-Muzzammil ayat 8

Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.

Yang cara untuk dilakukannya pula boleh diambil dari apa yang tersurat dan apa yang tersirat daripada sabda Nabi Muhammad saw

Saidina Ali Rodziallah hu'an hu Bertanya kepada Rasulullah bagaimana aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut.

- Pejamkan mata mu,

- Tongkat kan lidah mu ke langit2,

- sebutlah nama Allah sebanyak2nya

KESIMPULANNYA SEDANG MELAKSANAKAN APA YANG TERSURAT DAN APA YANG TERSIRAT DIDALAM FIRMAN ALLAH

73.Surah Al-Muzzammil ayat 8

Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.

Yang cara untuk dilakukannya pula boleh diambil dari apa yang tersurat dan apa yang tersirat daripada sabda Nabi Muhammad saw

Saidina Ali Rodziallah hu'an hu Bertanya kepada Rasulullah bagaimana aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut.

- Pejamkan mata mu,

- Tongkat kan lidah mu ke langit2,

- sebutlah nama Allah sebanyak2nya

Adalah merupakan satu asas pokok yang perlu dilakukan oleh seseorang samada untuk bertaubat daripada melakukan sebarang perbuatan syirik, atau pun untuk menetapkan iktiqad tauhid, mahupun untuk mengerjakan amal yang soleh ...

Selain daripada itu juga merupakan satu asas pokok untuk melaksanakan segala syariat yang telah disyariatkan

Asas Syariat

7 Syariat Untuk Menetapkan Iktiqad Tauhid

- SYARIAT UNTUK MENETAPKAN IKTIQAD TAUHID YANG PERTAMA - Beramal dengan amal soleh dan jangan mempersekutukan sesiapa pun semasa melakukan ibadatnya kepada Tuhannya iaitu Allah

- SYARIAT UNTUK MENETAPKAN IKTIQAD TAUHID YANG KEDUA - INGAT KEPADA ALLAH KERANA DENGAN INGAT KEPADA ALLAH AKAN MENTENTERAMKAN JIWA

- SYARIAT UNTUK MENETAPKAN IKTIQAD TAUHID YANG KETIGA - Bertaubat dengan “TAUBAT NASUHA”

- SYARIAT UNTUK MENETAPKAN IKTIQAD TAUHID YANG KEEMPAT - BERTASBIH MENSUCIKAN NAMA ALLAH DENGAN MENYEBUT-NYEBUT DENGAN LIDAH DAN HATI AKAN NAMA TUHANNYA

- SYARIAT UNTUK MENETAPKAN IKTIQAD TAUHID YANG KELIMA - BERIBADAT UNTUK MENYEBUT NAMA TUHANMU SEBAGAI TANDA BERSYUKUR”

- SYARIAT UNTUK MENETAPKAN IKTIQAD TAUHID YANG KEENAM - MENYEBUT DAN INGAT LEPADA ALLAH DIKETIKA BILA RASA TAKUT ATAU SEDANG MELAKUKAN PERBUATAN KEJI ATAU MENGANIAYAI DIRI SENDIRI

- SYARIAT UNTUK MENETAPKAN IKTIQAD TAUHID YANG KETUJUH - MENJADI ORANG YANG BERTAKWA KEPADA ALLAH

Menyebut Nama Allah dengan menumpukan dengan sebulat-bulat tumpuan kepada apa yang sedang dilakukan perlu dibawa juga semasa sedang melaksanakan kesemua rukun-rukun Islam yang lain iaitu seperti solat, puasa, zakat serta ibadat hajji, tidak boleh ditinggalkan, untuk mendapat kemahiran untuk menyebut nama Allah didalam masa sedang melaksanakan segala rukun islam yang lain memerlukan kepada istiqomah..

Yang penting sekarang ini ialah setiap seorang yang hendak melakukan perintah Allah dan perintah Rasulullah saw seperti diatas mesti boleh menerangkan bagaimana cara untuk melaksanakan kedua-dua perintah tersebut supaya ia boleh melakukan mengikut seperti yang dikehendaki oleh Allah dan ia tahu tentang apa yang perlu dilakukan mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah..

JANGAN KAMU IKUT APA YANG KAMU TIDAK TAHU SERTA JANGAN KAMU MENYALAHI PERINTAH YANG TELAH DIPERINTAHKAN OLEH ALLAH

17:36

Surah Al-'Isrā' ayat 36

Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.

17:37

Surah Al-'Isrā' ayat 37

Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi, dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung-ganang.

17:38

Surah Al-'Isrā' ayat 38

Tiap-tiap satu perintah itu, menyalahinya adalah kejahatan yang dibenci di sisi Tuhanmu.

17:39

Surah Al-'Isrā' ayat 39

Perintah yang demikian itu ialah sebahagian dari hikmat yang telah diwahyukan kepadamu (wahai Muhammad) oleh Tuhanmu. Dan (ingatlah) janganlah engkau jadikan bersama-sama Allah sesuatu yang lain yang disembah, kerana akibatnya engkau akan dicampakkan ke dalam neraka Jahannam dengan keadaan tercela dan tersingkir (dari rahmat Allah)

Rujukan Ilmu

JIKA KITA TIDAK TAHU, KEPADA SIAPA PERLU BERTANYA

وَمَا أَرْسَلْنَا قَبْلَكَ إِلَّا رِجَالًا نُّوحِي إِلَيْهِمْۖ فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِن كُنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

21:7

Surah Al-'Anbyā' ayat 7

Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang lelaki yang Kami wahyukan kepada mereka (bukan malaikat); maka bertanyalah kamu kepada AhluzZikri" jika kamu tidak mengetahui.

وَمَا أَرْسَلْنَا مِن قَبْلِكَ إِلَّا رِجَالًا نُّوحِي إِلَيْهِمْۚ فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِن كُنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

16:43

Surah An-Naĥl Ayat 43

Dan tidaklah Kami mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad), melainkan dari kalangan orang-orang lelaki, yang Kami wahyukan kepada mereka. Oleh itu bertanyalah kamu (wahai golongan musyrik) kepada orang-orang yang "AHLIL ZIKRI" jika kamu tidak mengetahui.

فَاعْلَمْ أَنَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا اللَّهُ وَاسْتَغْفِرْ لِذَنبِكَ وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِۗ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مُتَقَلَّبَكُمْ وَمَثْوَاكُمْ

47:19

Surah Muĥammad ayat 19

Oleh itu, maka tetapkanlah pengetahuanmu dan keyakinanmu (wahai Muhammad) bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah,

dan mintalah ampun kepadaNya bagi salah silap yang engkau lakukan, dan bagi dosa-dosa orang-orang yang beriman - lelaki dan perempuan; dan (ingatlah), Allah mengetahui akan keadaan gerak-geri kamu (di dunia) dan keadaan penetapan kamu (di akhirat).

Telah lengkap — seluruh teks sumber asal dikekalkan 100% tanpa pengurangan, hanya disusun semula dengan reka bentuk yang memuliakan Kalam Allah. Semoga setiap pembaca mampu memberi keterangan bahawa Tuhan kamu adalah Allah Yang Maha Esa.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ • LAA ILAHA ILLALLAH

Fail dijana khas untuk Adnan Dahalan — Muar, Johor • 15 Ogos 2026

Reka bentuk: Islamic Editorial • Warna: Emerald & Gold • Font: Amiri + Jakarta Sans

📄 Sedia dimuat turun

Cetak / Simpan PDF

⬇ Muat Turun HTML

Navigasi kembali ke perpustakaan

← Kembali ke Perpustakaan

AI_IKTIQAD_TAUHID_BUTTON

AI IKTIQAD TAUHID BUTTON START

🤖 BUKA AI IKTIQAD & TAUHID

Jika diminta, log masuk atau daftar ChatGPT dahulu. Selepas log masuk, projek AI Iktiqad & Tauhid akan dibuka.

AI IKTIQAD TAUHID BUTTON END

/AI_IKTIQAD_TAUHID_BUTTON

PT-UNIFORM-FOOTER-START

PERPUSTAKAAN TAUHID

Sumber AI: ChatGPT  •  Penyusun Perpustakaan: Adnan Al-Yani

PT-UNIFORM-FOOTER-END

↑ Kembali ke Indeks Tajuk