📘 25 bbm batinku

PERPUSTAKAAN TAUHID • SUMBER STATIK META AI
← Kembali ke Pintu Sumber

Halaman ini dibina tanpa JavaScript supaya kandungan sumber boleh dibaca secara terus oleh pelayar dan AI yang menyokong capaian web.

🟡 Belum disahkan sepenuhnya

·

ID B006

Maklumat status sumber

Bahan ini terdapat dalam koleksi, tetapi provenance/bibliografi atau naskhah asal belum disahkan sepenuhnya.

Label ini menerangkan status rujukan; ia tidak mengubah kandungan asal halaman.

Batinku

Surah Ali-Imran Ayat 27

"Memasukkan malam kepada siang dan siang kepada malam, mendatangkan yang hidup daripada yang mati dan yang mati daripada yang hidup."

"Rahsia-Nya telah menjadi rahsiaku."

Tadabbur: Jalan menuju kepada Tuhan hendaklah dilakukan dengan tindak-laku perbuatan bebas dari hawa nafsu, sehingga segala amalan yang diperbuat dapat dinamakan merupakan amalan soleh.

"Mengenal diri, mengenal Tuhan."

Jalan Orang

Jalan nyata, jalanraya, jalan bikinan tangan manusia.

Jalan Penulis

Jalan tidak nyata, jalan yang terkandung rahsia, jalan kembali ke Hadirat-Nya.

DR. BAGINDO MUCHTAR

Batinku

Diterbitkan oleh:

Mejar (B) Haji Abdul Rahman Ibrahim

Pulau Pinang, Malaysia

2003

Dr. Bagindo Muchtar, Ph.D.; Batinku

Hakcipta © 2003

Mejar (B) Haji Abdul Rahman Ibrahim

Semua hakcipta Terpelihara

ISBN: 983 – 41447 – 1 - 7

Semua Hakcipta Terpelihara. Tiada bahagian buku ini boleh diulang

cetak atau disalin dalam apa juga bentuk ataupun teknik, baik

elektronik mahupun mekanikal, termasuk fotokopi, rakaman atau apa

sahaja teknik simpanan dan cari semula maklumat, tanpa kebenaran

bertulis daripada penerbit ataupun wakilnya. Sebarang pertanyaan

hendaklah dikemukakan kepada Mejar (B) Haji Abdul Rahman

Ibrahim.

Diedarkan oleh:

• Persatuan Pendidikan Akhlak dan Kebajikan Masyarakat

Negeri Pulau Pinang

• Persatuan Pendidikan Akhlak dan Kebajikan Masyarakat

Negeri Selangor Darul Ehsan

Diterbitkan oleh:

Mejar (B) Haji Abdul Rahman Ibrahim

Pulau Pinang, Malaysia

2003

DR. BAGINDO MUCHTAR

Batinku

SEPATAH KATA DARIKU

Kupersembahkan karyaku (risalahku) ini bagi mereka peminatpeminat yang masih dalam mencari-cari akan keakuannya, dan

seterusnya mencari jalan untuk dapat mengenal akan diri sendiri,

dan terutama kuhidangkan untuk anak-anak didikku, anak-anakku

yang telah mendapat dan menerima aliranku dan yang telah

bergerak di bidang ilmu pengetahuanku dan yang telah dapat

banyak merasakan akan manfaatnya ilmu pengetahuanku dengan

mengamalkannya.

Mengingat akan pengalaman-pengalaman yang sudah-sudah dan

pengertian yang belum begitu mendalam difahami oleh kebanyakan

anak didikku, maka kucubalah menyusun dan merangkaikan

karyaku ini dengan tujuan untuk lebih lekas dapat difahami dan

dapat dimengerti lebih mendalam, kerana janganlah hendaknya ilmu

pengetahuan yang telah diperdapat atau diterima melalui badan

diriku bertaklid padaku atau terlampau dipergantungi padaku yang

dianggap sebagai Bapak atau guru, malahan tujuanku terutama

supaya dapat berdiri sendiri pada keakuan dan ilmu masing-masing.

Maka tak apalah rasanya bagi mereka yang sangat bergantung

padaku, pada keakuanku selama ini, adalah karyaku ini untuk

sebagai petunjuk dalam membimbing dari keakuanku kepada

keakuan sendiri masing-masing.

Harapanku semoga dengan berhasilnya mereka menemui ‘Aku’-nya sendiri dan dapat serta sanggup berdiri sendiri pada diri yang

sebenarnya diri, tercapailah hendaknya tujuanku hendak

‘melahirkan manusia baru sampai dapat tercipta dunia baru dengan

masyarakat baru’ yang menjalankan kehidupan berlahir dan

berbatin.

Dan terhadap Tuhan, kututup ‘Sepatah Kata’ dariku ini dengan

menyusun jari yang sepuluh, menghunjamkan lutut nan dua,

menundukkan kepala yang satu, memohon ampun kepada-Nya.

Wabillahitaufiq walhidayah

Aku

(BAGINDO MUCHTAR)

BATINKU

Apakah sebenarnya kebatinan itu? Pada umumnya, orang

menganggap adalah apa yang dinamakan kebatinan itu, iaitu yang

tak nampak atau sesuatu yang keadaannya tak nyata. Dan bagi

mereka yang telah banyak pengalaman dan berbuat terhadap dan

dengan kebatinan, maka orang dan dia sendiri menamakan dirinya

seorang ahli kebatinan.

Sedari kecil aku sangat tertarik kepada ilmu kebatinan. Pernah

aku perdapat yang berupa kata-kata yang harus dihafal atau isimisim yang akan dibacakan untuk digunakan pada saat-saat

diperlukan. Dan pernah pula aku dijadikan anak angkat oleh

seseorang yang kemasukan (trance) untuk mendapat benda atau

untuk keperluan sesuatu.

Kesemua itu aku terima bukan untuk begitu saja dipercayai dan

diyakini, melainkan aku terima untuk ingin mengenal dan

mengetahui. Pelajaran yang kuterima pada umumnya, kata-katanya

seperti orang berpantun saja dan ada pula ayat-ayat Quran yang

harus dibaca umpamanya untuk keperluan sesuatu.

Selalu bila ada waktu terluang, tak habis-habisnya aku berfikir

atau memikirkan apa hubungannya itu kata-kata atau ayat-ayat

dengan sesuatu yang dihadapi atau yang akan dihadapi bila

diperlukan. Ditanyakan kepada orang yang memberinya (guru)

mendapat jawapan tidak memuaskan, dan kesimpulannya kita harus

meyakini dan membawakannya saja, habis perkara. Akan tetapi,

jiwaku tidak puas menerima saja cara begitu dan begitulah

segalanya itu selalu menjadi buah pemikiranku. Apa memang

adakah hubungannya, kait-mengaitnya satu sama lain? Keakuannya

tak dapat begitu saja menerimanya secara kenyataan.

Walaupun dalam perjalanan kehidupanku (pengalaman) banyak

terjadi dan tersua olehku yang aneh-aneh, akan tetapi kesemuanya

itu kuanggap sebagai satu kebetulan saja. Akan tetapi sungguhpun

begitu, segala sesuatunya itu tetap menjadi buah pemikiran bagiku

untuk memecahkannya. Dan di antara kata-kata yang berupa

pantun-pantun yang kuterima itu atau yang diturunkan orang

padaku itu, yang amat menarik bagiku ialah permulaannya selalu

dengan menyebut nama Allah iaitu ‘Bismillah al-Rahman alRahim dan pada penutupnya selalu dengan, “Berkat kalimah Lailaha ill-Allah.”

Sebagai seorang yang beragama, tentu aku percaya akan adanya

Tuhan dan Yang Ghaib. Akan tetapi bagaimanakah hubungannya

Yang Ghaib dengan diri sendiri? Dan apa sebenarnya Yang Ghaib

itu dan apa benar adakah Yang Ghaib itu?

Tuhan tentu tak dapat dikaji sedalam-dalamnya, bukan? Sebagai

seorang beragama wajib percaya akan ada-Nya. Akan tetapi Yang

Ghaib, bagaimanakah keadaan-Nya? Berupakah atau tenagakah

dia?

Pada umumnya, pengertian ghaib iaitu tidak nampak atau tidak

nyata. Begitupun pula tenaga (daya) pun tidak nampak, akan tetapi

sewaktu-waktu seseorang dapat merasakannya sehingga sampai

orang menamakannya ‘tenaga ghaib.’ Tenaga ghaib sudah pasti

terbitnya dan timbulnya dari yang ghaib atau tenaga dari yang

ghaib (sesuatu yang tidak nyata).

Apakah sebenarnya kebatinan itu? Dan sampai di manakah

tingkatan ilmu pengetahuan seorang ahli kebatinan? Mungkin

berlain-lain pandangan seseorang mengenai kebatinan dan ilmu

kebatinan. Masing-masing akan mengatakan dia yang benar dan

lebih benar dari yang lain. Yang Maha Benar ialah Tuhan.

Terlepas dari kebenaran seseorang memahami kebatinan dan

ilmu kebatinan, maka ini aku huraikan fahamku sendiri tentang soal

kebatinan dan ilmu kebatinanku dengan jalan mengupas dan

meneliti batinku sendiri sampai aku dapat mengenal diriku sendiri,

serta memecahkan akan rahsia-Nya sehingga dapat aku

mengatakan, “Rahsia-Nya telah menjadi rahsiaku.”

Dalam-dangkalnya kebatinan seseorang bergantung pada dasar

dari ilmu kebatinannya sendiri dan kelebihan seseorang akan

kelihatan pada tindak-laku perbuatannya atau di waktu bertemu

satu sama lain yang golongannya termasuk ahli kebatinan atau pada

waktu mengamalkan ilmu pengetahuannya.

Pengalamanku yang bertahun-tahun dalam perjalanan

mengamalkan apa yang ada padaku, terutama di bidang

pengubatan, membebaskan diri seseorang dari kesulitan-kesulitan

yang dialami, tekanan-tekanan perasaan dan lain-lain, bahkan

sampai kepada menurunkan ilmu pengetahuanku pada mereka yang

berminat hendak mengamalkan pula seperti apa yang kuamalkan,

pengalaman-pengalaman yang aneh-aneh yang tadinya tak diduga

sebelumnya yang tak makan di akal akan bisa terjadi tetapi terjadi,

menyebabkan aku tak habis-habisnya berfikir dan merenungkan apa

yang telah ada pada diriku itu sehingga mendatangkan kemahuanku

yang teguh untuk mengetahuinya lebih mendalam dan aku sangat

ingin memecahkannya secara ilmiah dan bukan secara mistik (yang

harus menerima dan mempercayainya saja).

Aku yang tadinya belum tahu, dengan mengingat dan

mempelajari kembali apa yang telah terjadi pada waktu aku

mengamalkan apa yang ada padaku, dengan beransur dan teratur

telah menjadi tahu. Walaupun belum keseluruhannya aku tadinya

belum mengerti padanya, lambat-laun telah menjadi mengerti

walaupun belum keseluruhannya. Sampai akhirnya, aku dapat

mengenal dan menemui diriku sendiri dengan rahsia yang

terkandung padanya sehingga rahsia-Nya telah menjadi rahsiaku

pula, sehingga kedudukanku (bagaimana aku sebenarnya) aku

rahsiakan pula.

Siapa yang dapat memecahkan rahsiaku? Terserah pada yang

tahu dan Yang Maha Tahu adalah Tuhan.

Bagaimana caranya aku dapat mengenal dan menemui diri

sendiri? Pengalamanku yang bertahun-tahun melakukan sesuatu

untuk sesuatu, mencari sesuatu dengan sesuatu, menyimpulkan

bagiku bahawa untuk tujuan sesuatu, untuk mendapatkan sesuatu,

seseorang harus mengembara mengadakan dan melakukan

perjalanan zahir dan batin kerana dalam perjalanan pengembaraan

itu, bermacam-macam pengalaman yang akan diperdapat kerana

akan bermacam-macam pula keadaan dan kejadian yang akan

ditemui dan dilalui, kerana lain padang lain belalang, lain lubuk lain

pula ikannya dan akan bermacam-macam pula pelajaran akan

diperdapat berkat dari pengalaman-pengalaman yang telah tersua

terhadap badan diri sendiri dan terhadap diri orang lain yang

menghubungi atau yang berhubung dengan diri kita.

Dan tak dapat dimungkiri, bahawa untuk mendapat dan

mengetahui sesuatu, seseorang harus mempunyai cara atau metode

(method), analisa atau pemecahan, yang mana sebahagian besar

orang menamakan tarekat. Tarekat bererti jalan. Sesuatu jalan yang

dijadikan amalan untuk mendapatkan sesuatu.

Tarekat apa yang kupakai atau apa dan bagaimana jalanku? Aku

tak bertarekat seperti orang bertarekat, melainkan aku mempunyai

jalan sendiri yang aku perdapat dan temui setelahnya aku banyak

berbuat dan berlaku di waktu aku mengadakan perjalanan

pengembaraan. Dan setelahnya aku dapat mengenal dan

mengetahui akan jalan yang telah aku perdapat itu, dan dengan

pengalaman bertahun-tahun berjalan pada jalan tersebut, maka

dapatlah aku mengatakan bahawa adalah jalan yang ada padaku itu

antara lain ialah jalan untuk mengenal diri sendiri, dan terhadap

orang banyak aku dapat mengatakan bahawa adalah tarekatku,

tarekat untuk mengenal diri sendiri.

Dan begitulah aku dapat mengisahkan, kisah hasil perjalananku

sebagai seorang manusia awam mencari seorang hamba Allah yang

menamakan ‘Aku’ terhadap badan dirinya, yang bagi setiap orang

tempatnya dan letaknya terahsia sebelum dapat menemuinya di

tempatnya. Kisahku ialah begini:

Untuk Seseorang Yang Hendak Mencari

Dan Menemui Aku

Engkau berjalan Aku pun berjalan. Engkau berjalan dengan

alam fikiranmu hendak mencari Aku, sedangkan Aku berjalan pada

jalanku pula. Kita berjalan pada jalan masing-masing. Di tengah

perjalanan, engkau melihat Aku sedangkan Aku tak melihat engkau

kerana tujuanku berjalan bukan hendak mencarimu. Engkau di kiri,

Aku di kanan. Engkau di luar Aku di dalam. Engkau dari atas Aku

dari bawah. Dari atas Aku katakan kerana titik-tolakmu dari alam

fikiran, sedangkan titik-tolakku dari dalam atau dari bawah kerana

tempatku di Alam Rasa atau Perasaan. Engkau berhenti berjalan

kerana hendak menemui Aku setelahnya engkau dapat melihat Aku

tengah berjalan. Di saat itu engkau tak dapat melihat Aku kerana di

waktu engkau berhenti berjalan Aku pun berhenti pula bagimu.

Dan bila engkau berjalan lagi, engkau akan melihat Aku kembali

kerana Aku pun berjalan pula bagi penglihatan dan perasaanmu.

Apa yang hendak engkau lakukan dan buat sekarang, sedangkan

tujuan engkau semula hendak mencari Aku? Kalau dapat bertemu,

hendaknya di rumahku. Dan dalam perjalanan menuju rumahku,

kita berjumpa di perjalanan seperti yang disebutkan di atas. Kalau

engkau teruskan berjalan cara engkau berjalan, pasti engkau tak

dapat menemui Aku. Engkau dapat melihatku, inipun sedang dalam

perjalanan. Seperti dikatakan di atas, ‘bila engkau berhenti

berjalan, engkau tak akan melihat Aku kerana di saat itu Aku pun

berhenti pula berjalan bagimu.’ Nampaknya kita seiring, tetapi

bertukar jalan. Lain jalanmu dan lain pula jalanku. Dan kalau

terjadi begitu bagi perjalanan seseorang, apa yang harus dilakukan?

Jawabnya ialah, “Siapa yang berkepentingan dalam hal ini? Yang

mencarikah atau yang dicari?” Sudah tentu yang mencari, bukan?

Apa yang dicari itu sesuatu atau merupakan benda yang adakah

atau sesuatu yang belum tahu keadaannya. Pada umumnya kalau

seseorang hendak mengenal, mengetahui, apalagi hendak menemui

sesuatu atau seseorang, hendaklah lebih dahulu dicari jalan untuk

menuju ke tempatnya. Dengan mengikut jalannya, berjalan pada

jalannya, seseorang akan dapat mengenalnya, mengetahuinya dan

dengan ketabahan dan keyakinan yang sungguh serta kemahuan

yang teguh, pasti yang dicari akan dapat dikenal dan ditemui dan

diketahui akan keadaannya.

Dengan huraian seperti tersebut di atas jelaslah sudah, iaitu

untuk dapat menemuinya turutlah jalannya, jangan jalanmu, apalagi

kalau engkau paksakan dia menuruti jalanmu, pasti dia tidak akan

mahu.

Dan dalam hal ini, teringat aku akan kisah perjalanan Nabi Allah

Khidir dengan Nabi Musa dapat pertunjuk dari Tuhan supaya

mencari Nabi Khidir untuk belajar ilmu pengetahuan padanya

(Surat al-Kahfi Ayat 60 – 82). Syaratnya, setelah dia dapat

bertemu dengan Nabi Khidir ialah dia harus ikut berjalan

bersertanya – sabar dalam segala hal terutama tentang apa yang

dilakukan Nabi Khidir selama dalam perjalanan itu; tidak boleh

berbicara atau bertanya kalau tidak Nabi Khidir sendiri yang

memulainya.

Dan begitulah sebahagian dari kisahku mencarinya. Pada

permulaan aku menemui sesuatu yang kuanggap tadinya itulah dia,

akan tetapi setelahnya aku banyak berpengalaman dengannya,

kerana selalu aku ikut bersertanya dan adakalanya pula aku

mengatakan aku ikut sertakan dia, maka dengan beransur dan

teratur dapatlah aku memahami dan mengerti bahawa adalah dia

yang aku anggap dia itu bukanlah dia yang kucari atau dia yang

sebenarnya. Melainkan pengalamanku dengannya menunjukkan

padaku bahawa di balik dia ada dia lagi dan di balik dia yang kedua

ada dia yang ketiga dan sehingga aku menamakan akan dia, dia

semuanya dan adalah perjalananku waktu itu bersertanya adalah

ibarat menghasta kain sarung, ‘sampainya di situ ke di situ juga’

dengan tidak ada kemajuannya.

Belakangan (kemudian), kenyataan padaku adalah dia itu bagiku

sebagai perantara saja antara aku dan dia, dan antara aku dan

sesuatu untuk pencapai tujuan dan sasaran. Dan dalam pada itu, dia

yang sebenarnya yang kucari belum kujumpai lagi. Dan bagiku,

adalah dia itu orang dalam dan pada ilmu kebatinan adalah saat itu

kalau aku jadi dia adalah aku orang ‘medium’ (orang tengah),

tetapi aktif dan positif kerana kalau tadinya dia negatif, setelah aku

dapat menemuinya maka dia telah menjadi positif.

Telah menjadi kebiasaan bagiku, aku tidak puas dengan apa

yang telah ada; aku mahu lagi dan masih mahu lagi. Dan begitulah

pada waktu terluang aku senantiasa berfikir dan berfikir lagi,

bermenung dan merenungi, bertafakur, meneliti dan mempelajari

kembali jalannya; apa yang telah aku perdapat dan amalanku yang

telah sudah-sudah dengan kembali mengenangkan pengalamanpengalaman yang telah berlaku, sehingga aku dapat mengatakan

bahawa aku ‘berteori dalam berpraktik, belajar dalam mengajar,

jadi murid dalam jadi guru, menerima dalam memberi’ dan gerakgeriku, tindak-laku perbuatannya kujadikan menjadi amalanku. Dan

kuketahui segala gerak-geriku dalam berlaku dan berbuat untuk

sesuatu kelihatannya aneh bagi orang luar. Itu tak salah kerana

mereka itu belum mengenal aku dan tak mengerti pada dan caraku.

Dan anehnya pula, mereka yang telah pernah menghubungiku,

apalagi telah pernah pula ibarat seorang musafir kehausan di

padang pasir mendapat seteguk air melalui tanganku untuk

melepaskan dahaganya, selalu ingin hendak mendatangi dan

menghubungiku.

Dan harus kuakui, secara kebetulan melalui seorang kawan,

dianjurkannya mencari dan membaca buku ‘Alam Fikiran’

karangan Bapak Dr. Pariyana Suryadipura. Dan melalui buku

tersebut seolah-olah aku mendapat pertunjuk iaitu di antaranya

dikatakan:

“Kalau hendak meningkatkan ilmu pengetahuan seseorang,

seharusnya orang tersebut beramal. Dan adalah amal itu

terbahagi kepada dua. Pertama; amalan yang bersertakan hawa

nafsu. Dan kedua; amalan yang tidak bersertakan hawa nafsu

iaitu apa yang dinamakan orang amal soleh.”

Aku kembalikan ingatanku kepada amal perbuatanku dan mahu

tak mahu harus kuakui bahawa kebanyakkan amalan yang

kulakukan yang sudah-sudah ialah bersertakan hawa nafsu. Dengan

sedar, kumulailah merubah sikapku dan kududukkanlah segala

amalanku sebagai merupakan amalan soleh. Dan benar juga,

semenjak itu aku dapat merasakan perubahan dalam jalannya

kehidupanku dan sekaligus pula perubahan pada pengertian ilmu

pengetahuan yang kuamalkan.

Bersama ini, aku sebagai seorang manusia, sebagai seorang

hamba Allah menguatkan akan keyakinan orang-orang yang telah

terdahulu iaitu segala macam keinginan dan perjalanan menuju

kepada Tuhan hendaklah dilakukan dengan tindak-laku perbuatan

bebas dari hawa nafsu, sehingga segala amalan yang diperbuat

dapat dinamakan merupakan amalan soleh.

Kalau tadinya jalan aku lalui tidak terang, kabur atau samarsamar, maka dengan peningkatan pengertianku itu padanya,

dapatlah aku mengatakan sejak itu jalanku ialah jalan terang yang

aku sendiri dapat merasakannya. Dengan berpegang kepada jalan

yang terang itu dapat tahulah aku sudah bahawa rahsia dari badan

diriku sendiri telah pecah. Yang satu telah menjadi dua; suatu

pemecahan yang menghasilkan pemisahan iaitu pemisahan antara

yang satu dengan yang lain, antara lahirku dengan batinku atau

antara jasmaniku dengan rohaniku. Ya. Aku tegaskan kembali iaitu

suatu pemecahan yang menghasilkan pemisahan.

Dengan telah dapatnya aku mengetahui dan merasakan

pemisahan antara yang satu dengan yang lain itu, antara zahirku

dengan batinku, antara badan kasarku dengan badan halusku, maka

terbukalah pula jalan bagiku untuk mengetahui ada apa di diriku

dan terdiri dari apa diri itu?

Dan begitulah dengan beransur, terutama menarik pelajaran dari

pengalaman-pengalaman yang begitu banyak, hasil dari renungan

dan menungan, hasil dari pemikiran dalam fikiran, percubaanpercubaan yang diadakan, hasil dari teori dalam berpraktik, hasil

dari belajar dalam mengajar, pertunjuk-pertunjuk melalui al-Quran

dan buku-buku yang dibaca, terutama buku-buku mengenai

tasawuf, tarekat dan metafizik, aku kenali dan temuilah diri sendiri

dengan dapat pula mengetahui akan rahsia yang terkandung

padanya.

Dan adalah di antara rahsianya yang telah kuketahui itu iaitu,

‘memasukkan malam kepada siang dan siang kepada malam,

mendatangkan yang hidup daripada yang mati dan yang mati

daripada yang hidup.’

Dan begitulah sebagai hasil dari renunganku akan perjalananku

yang telah berlalu dan yang sampai pada waktu ini, bahkan sampai

seterusnya, penemuanku akan jalan yang telah menjadi

peganganku, terciptalah sebuah sajak yang aku beri nama:

MANA JALANKU

( Aku dalam Sajak )

Aku melihat orang berjalan

Dalam pada itu, akupun berjalan

Jalan orang jalan nyata

Jalanku tidak nyata

Kulihat orang berjalan di jalanraya

Aku pun ikut berjalan bersertanya

Dia sampai di tujuannya

Akan tetapi aku, di situ ke di situ juga

Manakah yang benar?

Jalan orangkah atau jalanku

Kedua-duanya benar

Kerana kedua-duanya perlu

Bagi orang jalanku gelap

Bahkan aku dianggap barang mati

Bagiku jalanku tak gelap

Hanya orang yang tak mahu mengerti

Bagiku jalan orang jalan nyata

Jalanku jalan tidak nyata

Satu sama lain berbeza

Jalanku dan jalannya

Orang berjalan di jalanraya

Jalan bikinan tangan manusia

Naik mobil, kereta api, kapal laut dan udara

Bagiku itu namanya menumpang di jalannya

Namun aku, walau di mana saja

Di lautan di daratan

Dan di udara

Namun jalanku tidak kulupakan

Telah kutemui itu sumber, pokok pangkal dari seluruh kegiatan

kehidupan di dalam, induk titik dari segala titik iaitu titik yang

pertama di mana tiada titik di sebaliknya lagi.

Kalau Nabi Musa dengan pertunjuk Tuhan mencari Nabi Khidir

tempatnya di pertemuan dua muka lautan, maka aku dapat

mengatakannya, aku menemuinya di pertemuan kiri dan kanan.

Aku telah dapat membebaskan diriku dari ikatan kebendaan,

bahkan aku telah dapat berdiri sendiri dengan keakuan yang datang

daripada-Nya yang akan kembali ke Hadirat-Nya, lepas daripada

yang dijadikan yang akan dihantar kembali ke asalnya iaitu ke

tanah. Membebaskan diri dari ikatan kebendaan, untuk diri sendiri

dapat merasakan pemisahan antara yang satu dengan yang lain atau

antara yang zahir dengan yang batin, antara rohani dengan jasmani

atau antara badan halus dengan badan kasar. Kalau orang mahu

menanyakan bagaimana hubungan antara yang satu dengan yang

lain, maka jawabnya ialah, “Jauh tak berantara, dekat tak

berbatas.”

Aku telah menemui itu dua keadaan dan kejadian. Aku telah

mengetahui itu diri yang sebenarnya diri, diri yang berdiri dengan

sendirinya yang tadinya negatif pada kenyataannya dan telah

menjadi positif padaku setelahnya aku dapat memisahkannya antara

yang satu dengan yang lain. Positifnya bukan merupakan kenyataan

seperti badan, melainkan nyatanya aku dapat merasakannya.

Dengan pemecahanku yang menghasilkan pemisahan antara

yang satu dengan yang lain telah kuketahui dan temui pula batinku

atau badan halusku, sehingga aku dapat pula mempertahankan

tentang aku lahir dan aku batin; aku dengan badan halusku dan aku

dengan badan kasarku. Sebagai orang dalam, aku berpendirian

pada badan halusku dan sebagai orang luar, aku berpegang dan

berpendirian pada badan kasarku.

Siapa dan yang manakah Aku yang sebenarnya? Sebagai orang

luar, aku seorang materialis (kebendaan) kerana berpendirian pada

jasadku yang nyata, yang banyak punya keinginan dan kemahuan,

sedangkan kemampuan mungkin tak ada. Akan tetapi, kalau

kubawakan kehidupanku sebagai orang dalam, apalagi kalau telah

mendalami segi kehidupan yang sebenarnya, maka akan tanggallah

duniaku dan aku akan tenggelam dalam perasaan dengan tidak

begitu menghiraukan atau mempedulikan akan hidup kenyataan

(kebendaan); hidup lahiriah.

Jadi kalau begitu, bagaimana mestinya membawakan kehidupan

yang sebenarnya iaitu supaya tercapai ‘bahagia’ dunia dan akhirat?

Menjalankan kehidupan sebaik-baiknya hendaklah menghasilkan

‘dunia dapat, akhirat tak lepas.’ Ini hanya akan dapat dicapai

dengan jalan amalan yang sejalan pula, iaitu dunia dan akhirat.

Untuk mencapai hidup bahagia bagi seseorang hendaklah

mempunyai sesuatu pegangan yang hidup pula lagi benar dan

mengetahui akan diri sendiri. Siapa dia? Di mana dia sekarang

berada? Hendak ke mana dia dan apa tujuan hidupnya? Atau untuk

diri sendiri, harus bertanya; siapa aku, mahu apa aku, dan hendak

ke mana aku?

Sudahkah seseorang mempunyai suatu pegangan untuk bekal

hidup, yang mana dengannya dapat mendatangkan kebahagiaan

pada badan dirinya sendiri? Dan sudahkah diperolehnya bahagia

yang telah diperdapatnya itu zahir dan batin? Betapa banyaknya

kita melihat orang-orang yang kita anggap bahagia, akan tetapi

sebenarnya menderita kerana bahagia yang diperdapatnya baru

bahagia kulit atau bahagia zahir, sebab diperdapatnya dengan

menurutkan hawa nafsunya. Dan dalam beramal, maka amalan

seperti itu termasuk dalam golongan amalan yang bersertakan

hawa nafsu, dan itu bahagia tidak kekal, akan hancur atau habis

kerana merupakan benda atau material.

Dan bagi yang belum punya pegangan, carilah suatu pegangan

yang benar lagi betul sampai bisa dipertanggungjawabkan dunia

dan akhirat.

Dan bagi yang selalu dalam keragu-raguan, hilangkanlah

keragu-raguan itu dengan kembali, kerana di dalam diri sendiri

itulah letaknya apa yang engkau cari.

Dan bagi semua insan yang menderita, yang kecewa, yang

berasa ketinggalan, yang berasa kekurangan, aku anjurkan

janganlah lekas berputus asa. Jangan terus begitu saja menyerah

pada takdir. Dengan tidak memandang umur tua atau muda,

bersekolah atau tidak, terpelajar atau tidak, miskin atau kaya, cacat

atau tidak, selagi kehidupan masih berjalan di dalam batang

tubuhmu, masih ada jalan memperbaiki sesuatu keadaan. Masih ada

jalan untuk mencapai bahagia sejati. Masih ada jalan untuk dapat

merasakan nikmat hidup dan lain-lain sebagainya. Kesemuanya itu

bisa terjadi kalau engkau kehendaki dan mahu mencari dan

mempelajarinya, kerana bukankah Allah tidak akan merubah nasib

seseorang kalau tidak orang itu sendiri berusaha untuk

merubahnya? Engkau berasa berdosa? Bukankah Tuhan itu Maha

Pengampun? Mohonlah keampunan pada-Nya. Bukankah Dia

Maha Pemurah lagi Maha Pengasih?

Aku mengatakan, segala ketidaksenangan yang engkau alami,

letak kesalahannya bukan pada orang lain (bukan pada di luar dari

badan dirimu), malahan padamu sendiri lantaran kebodohanmu.

Engkau belum mempunyai yang betul untuk pegangan hidup; suatu

pendirian hidup yang tidak berurat tunjang (berakar), yang mana

sewaktu-waktu bila angin besar datang, batangnya bisa goyang,

dahan dan rantingnya bisa patah atau ibarat bahtera, hidupmu di

tengah lautan, jangankan oleh gelombang besar, oleh alun kecil saja

perahumu sudah oleng atau mungkin tenggelam.

Engkau harus mempunyai suatu pegangan yang benar lagi betul

dan itu adalah tempatnya di dalam dirimu sendiri, bukan dari luar

badan dirimu. Dari itu engkau harus dapat mengenal dirimu sendiri

lebih mendalam, sanggup memecahkan akan rahsia yang

terkandung padanya, dan dengan telah terpecahkan akan rahsia itu,

engkau akan dapat mengetahui apa yang dinamakan ‘hidup’,

bahkan engkau akan dapat mengetahui itu selok-belok kehidupan

di dalam dan di luar badan dirimu sendiri sehingga engkau akan

pandai membawakan hidup dan kehidupan dalam erti yang

sebenar-benarnya.

Aku dapat mengatakan bahawa jalan kehidupan yang

sebenarnya itu adalah semenjak di dalam diri sendiri, kerana

bukankah kehidupan itu berjalan sejak dari dalam badan diri

sendiri? Dari itu berusahalah memecahkan soal kehidupan sendiri

yang berpokok pangkal dari dalam badan diri. Pecahkanlah akan

rahsianya dan usahakanlah menemui itu jalan yang sebenarnya

jalan, yang hanya dapat dirasakan bagi seseorang yang telah dapat

menemuinya. Dan itulah dia hidup yang akan dipakai, mati yang

akan di tumpang, yang siang akan dipertongkat dan malam akan

dipekalang hulu. Sebelum seseorang dapat menemuinya dan

menjadikannya menjadi pegangan yang betul, maka perjalanan di

dalam tetap seperti kata pepatah, ‘Perjalanan seperti menghasta

kain sarung; sampai di situ ke di situ juga.’

Aku yang telah dapat menemui jalan yang dimaksudkan dan

yang telah berjalan pada jalannya dan telah berpengalaman

dengannya bertahun-tahun lamanya, dapat mengatakan bahawa

adalah jalannya itu jalan lurus lagi benar, jalan yang berpetunjuk,

jalan yang berisi yang tidak dimurkai dan tiada pula sesat. Lagi

pula, banyak mengandung rahsia. Pengalaman juga yang

menunjukkan padaku semenjak aku menemuinya dan berjalan

bersertanya, berjalan pada jalannya, selain banyak keanehankeanehan yang kualami, juga penilaian dan pandangan orang

padaku yang kadang-kadang berlebih-lebihan atau ada

keistimewaannya yang mana mendatangkan ingatan padaku akan

mukjizat-mukjizat yang telah dianugerahkan Tuhan terhadap

beberapa orang-orang tertentu. Ingatlah akan sabda Tuhan, “Hanya

orang-orang yang dikehendaki-Nya yang akan sampai ke Sana atau

ke Hadirat-Nya atau kepada Cahaya-Nya itu.”

Terlepas dari pandangan mistik atau segi negatif, maka aku

sengaja memecahkan rahsia diri ini secara ilmiah sampai di tingkat

mana aku dapat mengupasnya, semoga dapat difahami dan

dimengerti dan terutama dapat dirasakan, kerana memang di rasa

itulah letak rahsianya. Suatu rasa yang terasa dengan bawaannya

gerak yang bergerak dengan sendirinya menurut aliran-aliran yang

dapat dirasakan pula, suatu gerak dan pergerakan, ilmiahnya

dinamakan gerak di bidang metafizika atau ada juga yang

dinamakan Ilmu Latifah.

Aku yang tadinya tak mengerti akan selok-beloknya kehidupan

di dalam badan diriku sendiri, semenjak aku telah dapat mengenal

dan menemuinya, maka banyaklah pelajaran-pelajaran yang aku

perdapat daripadanya. Aku telah mengenal itu hidup yang

sebenarnya, kehidupan yang sedang berjalan, menjalankan dan

mengisi kehidupan yang kenyataannya suatu perbuatan

menghidupkan dan al-hasil menghasilkan yang dihidupkan.

Dan begitulah aku dan besar kemungkinan banyak orang lain

selama ini, sebelum dapat mengenalkannya, berpegang kapada

yang dihidupkan. Dan adalah tiap-tiap yang dihidupkan tidak kekal,

mesti mati. Dan sebagai seseorang yang dihidupkan, aku harus

menjalankan kehidupanku pula pada dunia kebendaan ini untuk

memenuhi keperluan-keperluan apa yang ada padaku yang

berkehendak pada makan dan minum, pembersihan, pakaian dan

lain-lain sebagainya, menjelang akhir dari kehidupanku sebagai

seorang manusia yang mana apa yang dinamakan kematian itu,

tiap-tiap diri tak dapat tahuinya pada sebelumnya, tentang

waktunya, umpama harinya; siang atau malam, pagi atau sore

(petang) dan jamnya. Bila dia datang pun tiap-tiap diri tak dapat

mengelakkannya, walau ke mana bersembunyi dan telah menjadi

kenyataan pula bahawa tiap-tiap yang dihidupkan mesti mati atau

tiap-tiap yang bernyawa mesti mati.

Bagi seseorang yang telah dapat memahami erti hidup dan

kehidupan di dalam badan dirinya sendiri, sebenarnya tak perlu

takut menghadapai kematian kerana bagi tiap-tiap diri, bagi tiaptiap manusia, soal mati dan kematian adalah soal biasa. Dan bagiku

sendiri apa yang dinamakan mati bagi seseorang manusia, adalah

suatu perpindahan dari suatu alam ke alam yang lain, suatu

pemulangan kembali ke asalnya, kerana pendirianku adalah ‘Aku’;

‘Aku’ yang akan kembali ke Hadirat-Nya dengan dijemput dan

bukan yang akan dihantar kembali ke asalnya iaitu ke tanah. Mati

bagi manusia ialah suatu pelepasan dari ikatan-ikatan jasad, disusul

dengan ibarat bagi lampu; lampu padam oleh kerana kehabisan

minyak.

Biasanya, orang-orang yang begitu mencintai dunia begitu

terikat kepada kebendaan yang tindak-laku perbuatannya lebih

banyak mengemukakan hawa nafsu itulah yang payah menghadapi

kematian, kerana jalan pelepasan baginya sendiri begitu berbelit

ikatannya oleh kerana cintanya pada benda dan kebendaan sudah

sangat begitu mendalam, sehingga seolah-olah berat berpisah

dengannya. Suatu perjalanan kehidupan yang tadinya kebanyakan

menurut hawa nafsu dan tak pernah atau jarang sekali memikirkan

bahawa dirinya sendiri akan mati, akan berpisah dengan dunia

kebendaan yang dicintainya dan jalan kembali pula sangat gelap

baginya, oleh kerana tak pernah memikirkan selama ini apa itu

mati, apa sebenarnya yang mati, apa adakah kehidupan lagi di balik

kematian. Dan untuk menginsafkan diri, sering-seringlah

mendatangi orang sakit, sering-seringlah melepas seseorang atau

menghadapi seseorang dalam sakaratulmaut (dalam menghadapi

kematian yang akan ditempuhnya), bagaimana cara perjalanan

perpisahan antara yang satu dengan yang lain, antara yang akan

pergi dan yang akan tinggal. Hendaklah dihadapi sesampaisampainya seluruh tubuh sudah kaku dan dingin. Dan cubalah

renungkan dan fikirkan dalam-dalam perisiwa-peristiwa yang telah

dialami itu dan ambillah pelajaran daripadanya dan tanya diri

sendiri, bagaimana pula aku nanti?

Tujuanku menerangkan soal mati dan menghadapi kematian ini

bukanlah untuk menganjurkan supaya seseorang akan memasuki

atau membawakan hidup kerohanian dengan meninggalkan dunia

yang indah cantik lagi menarik ini. Bukan! Melainkan untuk

mengajak insan yang banyak yang telah salah jalan untuk merenung

dan memikirkan lebih mendalam, bagaimana caranya (harusnya)

membawakan hidup dan kehidupan supaya dapat tercapai dan

merasakan kenikmatan kebahagiaan hidup di dunia dan mendapat

tempat yang sebaik-baiknya nanti di akhirat. Selagi hidup sebagai

seorang manusia dapat hendaknya merasakan akan kasih sayang

Tuhan terhadap badan diri dan rasa syukur terhadap Tuhan

sedalam-dalamnya atas Kurnia-Nya yang tak menghendaki balasan,

mensyukuri nikmat-nikmat yang telah dituangkan ke diri masingmasing dengan tahu jalannya untuk digunakan buat diri sendiri,

memberi manfaat bagi tiap-tiap manusia, masyarakat, bangsa dan

agama.

Cuba tanya diri sendiri; dengan apa engkau hidup, apa modalmu

untuk hidup, apa tujuan hidupmu, siapa engkau, hendak ke mana

engkau dan mahu apa engkau?

Untuk dapat menjawab segala pertanyaan tersebut di atas,

seseorang hendaklah harus dapat mengenal akan dirinya sendiri

sejak dari luar sampai ke dalam.

Mungkin berlainan tanggapan seseorang dengan yang lain, cara

memahami diri dan mungkin berlainan pula cara seseorang

memecahkan rahsia diri sendiri untuk dapat mengenalnya, dan

berkemungkinan pula berlainan pendapat seseorang tentang diri

sendiri. Dan begitu pula aku dan yang dapat kuhuraikan ialah cara

aku sendiri pula mencari jalan untuk dapat mengenal dan menemui

akan diriku sendiri.

Setelah dapat mengenalnya, baru dapat aku mengatakan bahawa

sebenarnya dia telah lama berserta aku atau aku telah lama

bersertanya. Aku yang bodoh selama ini kerana aku tak mengerti

padanya. Aku menganggap dia jauh, padahal dia sangat dekat

padaku.

Aku memandang terlampau jauh ke luar menurut gambaran

alam fikiranku, padahal dia bukan di situ tempatnya. Tempatnya

yang sebenarnya ialah di Alam Perasaan. Rasa yang terpendam

tadinya dengan tak kusedari telah keluar menjadi kenyataan.

Kenyataannya padaku ialah setelahnya aku dapat merasakan betul

secara positif akan rasa yang terpendam itu, yang terbit dan

timbulnya dari dalam badan diriku sendiri.

Aku mengembara dan berjalan tadinya sambil beramal dengan

tujuan mencari Yang Benar dan untuk membuktikan akan

kebenaranku pula. Suatu perjalanan pengembaraan yang mesti ada

penyebabnya atau sebab kerananya.

Suatu peristiwa yang kualami, yang sebab kerananya pula tak

makan di akal mungkin terjadi. Akan tetapi kenyataannya terjadi.

Suatu sebab yang membawa akibat, penyebaban yang direncanakan

untuk tujuan tertentu dan hasilnya kerugian pada kedua belah

pihak, sedangkan pihak ketiga yang menjalankan peranan tidak

terbuka rahsianya, walaupun dicuba membukakannya akan tetapi

tak dapat diterima oleh golongan yang banyak. Pihak pertama ialah

aku, sedangkan pihak kedua dan ketiga adalah sebenarnya satu.

Dan dalam hal ini, pihak ketigalah yang pegang peranan; seorang

yang sangat pandai berpura-pura, ‘pepat di luar rencung di dalam.’

Akibatnya dia kehilangan, aku menderita lahir batin dan pihak

ketiga kesampaian maksudnya. Recana pada manusia, keputusan

pada Tuhan. Dan aku dikalahkan dengan bilangan mereka yang

banyak jumlahnya. Memang begitulah adat dunia. Yang benar

hanya satu, dan yang tidak benar banyak bilangannya. Segala

keterangan-keterangan yang kuberikan, mereka tak mahu

menerimanya kerana secara kenyataan aku tak dapat

membuktikannya dan segala kualami adalah kenyataannya negatif

yang bagi orang positif; tidak mudah begitu saja menerimanya atau

mempercayainya, apalagi kalau keterangan-keterangan itu tak

masuk di akal.

Hidupku waktu itu seolah-olah terpencil atau dipencilkan

kerana alam sekelilingku, terutama masyarakatnya telah lebih

dahulu dikuasai dan dipengaruhinya. Aku kehilangan sebahagian

besar dari bahagiaku pada peristiwa itu iaitu dengan terkorbannya

isteriku, ibu dari anak-anakku, yang banyak tahu dan mengerti

padaku. Hatiku telah tercurah dan tertumpah padanya dan sampai

saat terakhirnya, aku telah bergaul dengannya sebagai suami-isteri

lebih kurang 17 tahun lamanya dengan suka dan duka kami lalui

bersama-sama.

Kejadian ini di perantauan, bukan di kampung halaman di mana

kami dilahirkan, melainkan di lain pulau, yang berlainan pula

bahasa dan adat istiadatnya, akan tetapi termasuk salah satu di

antara kepulauan Indonesia juga. Tidak seorang pun yang berpihak

padaku waktu itu, bahkan adik kandung sendiripun tidak. Aku

dihukum tanpa diadili, tak bersalah dinyatakan bersalah,

kemerdekaanku dirampas dan harta bendaku yang tak seberapa

dikuasai pula.

Tubuhku waktu itu sangat letih dan lemah kerana pada

pengalaman peristiwa yang berlaku terhadap badan diri kami, aku

dan isteriku dan belakangan aku sendiri, aku berjaga-jaga siang dan

malam, menangkis segala macam serangan yang mendatang. Di

kala itu, aku berasa seolah-olah ada yang mendampingiku iaitu

yang ghaib, yang melindungiku yang menyebabkan aku bisa

bertahan dari tercapainya tujuan mereka itu yang tidak baik

terhadap badan diriku. Dan di kala itu rasanya hubunganku dengan

Tuhan sangat dekat, kerana di saat itu aku selalu ingat kepadaNya. Dan akibat dari meninggalnya isteriku itu, maka satu perkara

besar terbentang di hadapanku antara aku dengan keluarga dari

isteriku, antara aku dengan dukun serta keluarganya dan anak-anak

muridnya yang katanya mengubat akan tetapi kenyataannya padaku

tambah memperdalamkan penyakitnya, dan antara aku dengan adik

kandung sendiri yang terpengaruh oleh sang dukun dan pihak

keluarga dari isteriku. Betul-betul waktu itu aku berasa seolah-olah

sendiri hidup di dunia ini.

Aku menginginkan keadilan dan keadilan itu mungkin tak

kuperdapat dari masyarakat, pun juga aku tak akan mengadukan

halku ini kepada pemerintah (yang berwajib) kerana tak ada bukti

yang nyata. Aku ingin hendak mencari Tuhan. Aku hendak

menemui-Nya dengan tujuan akan mohon keadilan. Aku minta

diadili dalam perkara besar yang kuhadapi pada masa itu. Hanya

itulah tujuanku waktu itu; mencari-Nya, minta diadili, mohon

keadilan, lain tidak.

Dalam pada itu, dengan beransur dan teratur tenagaku mulai

pulih kembali dan sewaktu aku membuka almari pakaianku,

kenyataan surat-surat penting seperti surat rumah, barang-barang

perhiasan dan pakaian lain-lain yang berharga sudah pindah tempat.

Aku mulai bertindak, dengan perantaraan seseorang aku minta

disampaikan supaya semua harta-bendaku yang diambil dari dalam

almari pakaianku supaya dikembalikan dalam waktu yang

sesingkat-singkatnya, kalau tidak aku membawa persoalan ini

kepada polis. Dan begitulah suasana tegang tadinya, sesudahnya

pihak yang memindahkan barang-barang tersebut mendapat dari

orang-orang tertentu, yang bahawa dalam hal ini saya benar, maka

kuterimalah kembali barang-barang tersebut, walaupun tidak cukup

akan tetapi sebahagian besar ada, maka dengan maksud tidak

memanjangkan perkara ini, maka kuterimalah apa yang ada.

Jiwaku masih tetap resah gelisah untuk ingin mendapat

kepastian dari seseorang yang mempunyai ilmu pengetahuan yang

mendalam tentang mencari kebenaran, mengenai peristiwa yang

kualami; iaitu siapa yang benar dan siapa pula yang bersalah. Oleh

seseorang tetangga dekatku, aku dianjurkan menemui seseorang

ulamak besar di suatu tempat di Jawa Barat, yang semasa

hidupnya sangat banyak di datangi orang dan pembesar-pembesar,

pun tak ketinggalan ulamak-ulamak lain dan konon khabarnya

satu-satu ahli falak yang terpandai dan ternama di Indonesia. Dan

begitulah dengan perantaraan orang sekampungku yang pernah

mendatangi ulamak tersebut, aku temui orang tua itu untuk

menanyakan peristiwa yang telah kualami, hendak mengetahui

bagaimana pendapatnya atau penglihatannya dan siapa yang

bersalah dalam hal ini. Secara ringkas kutuliskan di sini, di hadapan

orang sekampungku itu aku mendapat jawapan bahawa dalam

perkara itu, aku benar dan yang membuat dan mengerjakannya

ialah katanya, “Ahlinya sendiri.” Dan ada pula hal yang lain yang

kutanyakan, yang kuanggap tak perlu diturunkan di sini kerana

kebanyakan soalnya, mengenai diriku sendiri.

Semenjak itu mulailah ada ketenangan bagi diriku sendiri dan

rasa ingin hendak membuktikan akan kebenaranku tetap berkesan

bagiku. Aku dengan anak-anakku kembali pulang ke kampung

halamanku, ke tempat di mana darah tertumpah, di mana aku

dilahirkan dan dibesarkan, yang memberi pengertian bagiku seolaholah setelah berlarutan merantau, aku harus kembali ke pangkalan

iaitu ke titik tolakku semula. Walaupun hati masih luka dan duka,

namun aku tetap berfikir hendak memulai merantau lagi. Kesan

perantauanku yang sudah lalu ialah suatu kesimpulan bahawa

‘rencana pada kita manusia, keputusan tetap pada Tuhan.’

Rencanaku yang mencari jalan berhenti dari memburuh pada

sebuah perusahaan besar bangsa asing, dan rencana tertentu dari

seseorang terhadap badan diriku dengan tujuan dapat menguasai

apa yang ada padaku, dengan perkiraannya sendiri aku banyak

punya simpanan berupa emas dan lain sebagainya, sedangkan

tujuanku minta berhenti bekerja ialah untuk merubah lapangan

kehidupanku, dari memburuh kepada berdagang, demi memikirkan

masa depanku untuk kehidupan rumahtanggaku di belakang hari

dan rencana orang tertentu terhadap isteriku, ibu dari anak-anakku

yang tidak menghendaki dia berdekatan dengan bapa kandungnya

sendiri dan lain sebagainya.

Rupanya kesemuanya apa yang telah terjadi, apa yang telah

kualami terjadinya di luar kemahuan dan kemampuanku, iaitu

rencana Tuhan Yang Maha Ghaib, yang berbuat dengan yang

ghaib-ghaib, yang berisikan Kudrat-Nya yang kunamakan

Kudratullah. Perubahan memang terjadi terhadap badan diriku,

akan tetapi bukanlah menurut yang kuingini dan menurut yang

kurencanakan semula, melainkan perubahan menurut kehendak dan

kemahuan Tuhan Yang Maha Kuasa.

Rupanya Tuhan telah merubah suratan hidupku, aku harus

bergerak di bidang lain. Kehidupanku harus kulakukan bukanlah

lagi sebagai seorang buruh dan tidak pula sebagai seorang

saudagar seperti yang aku rencanakan. Aku harus merantau

kembali dengan sekali lagi bertitik-tolak dari kampung di mana

darahku tertumpah, dari tempat di mana aku dilahirkan dengan

modal apa yang ada padaku.

Kalau dulu pada perantauanku yang pertama aku tinggalkan

kampung halaman dengan tujuan supaya mendapat kehidupan yang

layak untuk menjadi orang dengan bermodalkan diploma yang

kuperolehi dari sekolah, maka pada perantauan yang kedua ini

dengan bermodalkan pengalaman-pengalaman dan bertitik tolak

dengan Dua kalimah Syahadah. Pada kenyataannya, aku

mengembara sambil berbuat dan berlaku, mencari pengalaman

dengan sesuatu yang ada padaku, yang aku sendiripun belum

banyak mengerti padanya. Setahuku, padaku ada sesuatu yang

melindungi dan mendampingiku iaitu yang ghaib dengan

kandungannya tenaga ghaib. Aku bergerak di bidang metafizika

dengan menggunakan metaenergy atau tenaga ghaib yang

digunakan untuk menolong sesama manusia, mempelajari akan

keadaannya yang sebenarnya, daya gunanya dan terutama untuk

dapat mengenalinya dalam erti yang sebenar-benarnya, dengan

tidak melupakan akan tujuan semula iaitu:

Pertama : Hendak menemui Tuhan untuk minta keadilan.

Kedua : Dengan perbuatan ingin membuktikan akan

kebenaranku pada peristiwa yang kualami.

Ketiga : Menyelidiki dan memahami akan apa sebenarnya

yang telah ada padaku.

Aku teruskan perjalanan pengembaraanku dengan mengambil

pelajaran pada pengalaman-pengalaman yang sudah-sudah. Dan

begitulah makanya aku dapat mengatakan; Aku berteori dalam

berpraktik, menerima dalam memberi, belajar dalam mengajar, jadi

murid dalam jadi guru, berjalan dalam duduk, menampung

kedatangan yang lahir dan yang batin, menyelesaikan yang kusut

dan menjernihkan yang keruh, mendudukkan sesuatu pada

tempatnya, suka membaca buku-buku mengenai kebatinan, tarekat,

tasawuf, sejarah orang-orang besar terutama ahli tasawuf dan amat

tertarik akan riwayat nabi-nabi dengan mukjizat-mukjizat dan tak

kurang pula pada praktiknya dengan nama istilahku sendiri, aku

menjadi orang dalam dan kadang-kadang menjadi orang luar. Dan

yang mana aku yang sebenarnya? Dan siapa aku?

Dalam perjalanan pengembaraanku, sambil beramal caraku

sendiri, kadang-kadang aku lupa dan lalai akan tujuanku semula.

Caraku sendiri kukatakan kerana amalanku bukanlah

memperbanyak sembahyang malam, banyak zikir, melainkan selalu

mengamalkan tenaga yang ada padaku untuk keperluan sesuatu

dengan tidak mengenal waktu siang atau malam, pagi atau petang.

Dan pintu rumahku terbuka bagi siapa saja yang hendak

mendatangi dan menemui aku. Aku lupa akan tujuan semula dan

lalai terhadap-Nya, disebabkan pengalaman-pengalamanku dalam

beramal kerana banyak yang tersua (bertemu padaku akan

keanehan-keanehan dalam amalanku dengan sesuatu melakukan

sesuatu dan tak kurang pula banyaknya pelajaran yang aku

perdapat sebagai buah dari pengalaman-pengalamanku itu.) Dan

tak luput pula aku terpedaya, tergoda oleh fakta-fakta yang

kuhadapi sebagai seorang manusia biasa. Aku lupa akan keadaan

yang sebenarnya. Beruntung Dia masih melindungiku dan dengan

selamat aku dapat kembali ke jalan semula dan aku mengembara

dan mengembara terus, berjalan dan berjalan terus yang kadang-

kadang berjalan lahir dan batin, dan tak kurang pula aku duduk di

tempat kedudukanku, tetapi berjalan.

Setelah aku renungi dan fikirkan lebih mendalam akan

perjalanan yang telah dan sedang kulakukan, maka dapatlah aku

mengatakan bahawa adalah tujuan perjalananku yang tiga pasal

tersebut di atas, kenyataannya aku sejalankan iaitu mencari Tuhan

untuk minta keadilan, terhadap masyarakat untuk membuktikan

akan kebenaranku melalui amalanku dan terhadap badan diriku

mahu mengenal yang mana dan siapa aku sebenarnya.

Berikut, penurunanku setelah aku dapat mengetahui akan

keadaan-Nya yang sebenarnya:

Dalam perjalananku menuju kepada-Nya, aku berasa, bertambah

dekat aku kepada-Nya, aku bertambah tiada, bahkan di HadiratNya aku sudah tidak ada lagi. Yang ada hanya Dia dalam keadaanNya pula. Dan terus terang aku katakan, bahawa mengenai Dia,

aku tak dapat mengatakan apa-apa, kerana di Hadirat-Nya aku

sudah tak ada lagi. Tidak ada yang ada padaku; gerak tidak, geri

tidak, tidak ada daya dan upaya, dan yang ada hanya Dia.

Setelahnya aku kembali dari perjalananku iaitu kembali pada

keadaanku semula, kesan-kesan yang aku perdapat dan pelajaran

yang aku perdapat dalam perjalanan menuju kepada-Nya, antara

lain sangat malu aku akan diriku sendiri, kerana itu perkara yang

tadinya kuanggap besar dan sangat besar sehingga datang

keinginanku hendak mencari-Nya guna untuk mengadukan halku

dan mohon keadilan, rupanya di sisi-Nya tak ada erti sedikit juga.

Suatu perkara yang sangat besar rasanya bagiku, tetapi bagi-Nya

sangat kecil dan tak bererti. Akhirnya, kuambil keputusan tidak

akan kuadukan halku kepada-Nya, melainkan keinginanku timbul

hendak mengetahui akan Rahsia-Nya.

Dalam pengalamanku untuk mengetahui akan Rahsia-Nya, aku

hanya dapat menggambarkan atau membayangkan dengan

perumpamaan seperti tersebut di bawah ini:

Jauh di sana, aku melihat suatu cahaya; cahaya dari sebuah

lampu dari menara yang beradanya di satu pulau, yang mana lampu

tersebut kelihatannya dari jauh sebentar hidup sebentar mati.

Gunanya sebagai petunjuk bagi jurumudi-jurumudi kapal yang lalu

lintas dan yang pulang pergi melalui pulau itu, supaya jangan

melanggar karang.

Aku ingin hendak mendatangi cahaya itu dan dengan

perlengkapan yang ada padaku, kuarahkan bahteraku ke pulau

tersebut. Setelah dapat melalui alun dan gelombang, batu dan

karang, badai dan taufan dan lain-lain sebagainya yang merupai

halangan dan rintangan, akhirnya pulau idamanku itu tercapai juga

dan aku dapat mendarat dengan selamat. Anehnya, dalam

perjalanan aku menuju pulau cita itu, semakin dekat aku

kepadanya, tambah nyata padaku akan keadaannya. Di antaranya

lampu yang tadinya dari jauh kulihat sebentar hidup sebentar mati,

di sana tidak pernah mati, bahkan hidup terus.

Sekarang aku telah berada di bawah Cahaya-Nya itu dan aku

ingin hendak mengetahui akan Rahsia-Nya. Perhatianku semula

tertuju kepada menara di tempat di mana lampu itu beradanya.

Lampu yang dimaksud letaknya di puncak menara tersebut, lebih

tinggi dari pokok-pokok kelapa yang tumbuh sekelilingnya, supaya

dapat dilihat oleh jurumudi-jurumudi kapal yang lalu lintas di sana.

Dan untuk dapat mengetahui akan rahsianya lampu tersebut, orang

harus menaiki itu menara sampai ke puncaknya dan

menyaksikannya dengan mata kepala sendiri. Begitulah aku

setelahnya menyaksikan sendiri akan keadaannya dapat tahulah aku

akan rahsianya, yang mana pada kenyataannya dapat aku

mengatakan akan keadaannya yang sebenarnya dan sebab-sebabnya

hidup dan mati kelihatan dari jauh.

Yang menjadikan pemikiran bagiku pada masa itu ialah

dapatkah orang di daratan mempercayai aku, kalau aku

mengatakan bahawa lampu itu tidak mati seperti yang kelihatan

dari jauh, melainkan hidup terus? Sudah tentu mereka itu tak mahu

membenarkan akan perkataanku itu, kerana berlainan dengan

kenyataan pandangan dari jauh. Sebaliknya akan berpalingkah aku

dari kenyataan kebenaran yang telah aku saksikan sendiri itu?

Sudah tentu aku tidak akan mahu membohongi diriku sendiri dan

aku tetap pada pendirianku, kerana aku telah menyaksikannya

sendiri dan aku akan mengatakan aku telah kembali dari Sana.

Aku teringat pula kembali akan peristiwa-peristiwa yang

kualami, apa yang telah terjadi terhadap badan diri kami, aku dan

isteriku (almarhumah). Segala kata-kataku tentang peristiwa itu

mereka tak mahu menerimanya. Mereka hanya mahu melihat

kepada akibat-akibatnya dan tak mahu menyelidiki akan sebab

kerananya. Dan aku sendiri, dipercayai atau tidak, aku tetap pada

pendirianku kerana aku sendiri yang mengalami dengan tidak ada

saksi yang lain yang melihat apa-apa sebenarnya yang telah terjadi

terhadap badan diri kami, apalagi penyebabnya itu tak dapat

dibuktikan dengan kenyataan. Dan memang kiranya tidak satu

orangpun tidak akan percaya kalau tidak dialaminya sendiri seperti

peristiwa-peristiwa yang kualami. Dikalahkannya aku dengan

bilangannya yang banyak, sedangkan aku hanya sendiri yang

bertahan dan yang mempertahankan akan segala sesuatunya.

Memang benar, Yang Benar hanya Satu, yang tak benar banyak.

Bagi mereka yang ingin hendak mengetahui akan rahsianya

lampu itu, aku silakan supaya mendatangi suatu pulau yang ada

menaranya dan bermalamlah di sana kerana lampu yang ada di sana

itu dipasangnya (dihidupkan) pada malam hari. Dan yang ingin

mendengarnya dariku, carilah dan datangilah aku atau temuilah

aku. Pasti aku ceritakan atau akan kuhuraikan, bagaimana

keadaannya sebenarnya.

Mengenai cerita lampu, teringat aku akan firman Tuhan dalam

al-Quran Surat An-Nur, Ayat 35 yang terjemahannya menurut

tafsir Bapak Muhammad Yunus:

“Allah memberi cahaya langit dan bumi. Umpama cahayaNya kepada orang yang beriman, seperti sebuah lubang di

dinding rumah, di dalamnya ada pelita, pelita itu di dalam

gelas. Gelas itu kelihatan laksana bintang yang berkilaukilauan di langit. Pelita itu dinyalakan dengan minyak kayu

yang berkat, iaitu minyak zaitun, yang tiada tumbuh di Timur

dan tiada pula di Barat. Hampir minyak itu bercahaya dengan

sendirinya, meskipun tiada disentuh api. Cahaya berdamping

sesama cahaya. Allah menunjukkan orang yang dikehendakiNya kepada cahaya itu. Allah menunjukkan beberapa

perumpamaan bagi manusia dan Allah mengetahui tiap-tiap

sesuatu.”

Apa yang telah kulakukan setelahnya aku dapat mengetahui

akan Rahsia-Nya itu? Di tempat ketinggian itu, aku memandang ke

kiri dan ke kanan dan yang aku lihat hanya lautan semata-mata,

sekali lagi lautan. Maka teringatlah aku akan sebuah pantun yang

dinyanyikan oleh seseorang yang sedang risau:

Cincin bernama Ganto Sari

Sesuai saja di kelingking

Hilang ke mana akan dicari

Lautan saja berkeliling

Dan bila kutukikkan pandanganku agak ke bawah, tidak jauh

dari tempat berdirinya menara itu, aku melihat sebuah rumah yang

dilingkungi dengan pagar berduri, yang bererti pula tidak sebarang

orang boleh masuk ke dalamnya. Aku ingin hendak mendekati

rumah itu, bahkan kalau boleh memasukinya sekali untuk bertemu

dengan penghuninya, kerana ada rumah tentu mesti ada

penghuninya atau yang menunggunya. Dan begitulah aku turun ke

bawah melalui anak tangga yang lupa aku menghitung berapa

banyaknya dan terus menuju rumah yang aku lihat itu. Aku sampai

di pintu pagar, aku melihat ke kiri dan ke kanan, ke sekeliling

pulau tersebut kalau-kalau ada nampak orang yang menunggunya,

akan tetapi aku tak melihatnya. Anggapanku mungkin orangnya

lagi berada dalam rumah itu. Aku tolakkan pintu pagar dan

selangkah demi selangkah aku melangkahkan kakiku menuju

tangga rumah itu untuk menaikinya. Dengan ucapan

‘assalamualaikum’ aku naiki rumah itu, akan tetapi aku tak

mendapat sahutan. Ah! Mungkin orangnya lagi berada dalam

kamar dan tak dapat mendengar suaraku. Perasaanku waktu itu

seolah-olah ada tenaga ghaib padaku yang membawa kakiku

melangkah lagi untuk memasuki bilik yang mula pertama aku

jumpai. Segala gerak langkah kakiku itu aku turutkan dengan

perasaan yang tenang serta fikiran hendak bertemu dengan

orangnya, penghuni dari rumah tersebut. Berulang-ulang aku

mengucapkan salam, akan tetapi aku tak pernah mendapat

jawapan. Sambil menurutkan gerak langkah yang dilangkahkan, tak

lupa aku memandang ke sekeliling sambil memerhatikan apa yang

ada dan begitulah aku sampai memasuki bilik yang ke dua,

seterusnya yang ke tiga, namun yang kucari iaitu orangnya tak juga

aku temui. Memerhatikan akan apa-apa yang kulihat dalam

melangkah itu, cukup membuktikan dan menguatkan bahawa tak

boleh tidak, penghuni rumah itu mesti ada. Banyak tanda-tanda

yang aku perdapat akan keadaannya.

Ya. Tanda-tanda yang kulihat membuktikan ada keadaannya. Di

mana dia berada? Aku turuni rumah yang kunaiki itu melalui

tangga belakang sambil melihat sekelilingnya, ke dapur, ke kamar

mandi, namun dia yang kucari tak juga nampak. Aku kelilingi pulau

itu dengan ingatan kalau-kalau dia memancing, pun tak juga aku

temui. Belakangan terfikir olehku, boleh jadi orangnya pergi ke

daratan untuk membeli perbekalan yang kurang. Dan duduklah aku

di tepi pulau melihat arah ke darat sambil menunggu orang yang

kucari itu kembali.

Hari berembang petang juga. Matahari telah condong ke Barat

yang menandakan pula siang akan berganti dengan malam. Aku

menanti dan menanti, namun yang kunantikan tak juga kunjung

tiba. Akhirnya aku tersentak dari lamunanku. Aku mendengar

sesuatu, seolah-olah bisikan yang kudengar yang bunyinya kira-kira

begini, “Hai anakku, apa juga yang kau tunggu lagi? Ketahuilah

olehmu bahawa yang engkau tunggu itu tak akan kunjung datang,

kerana Dia tak berupa dan bertampan: Ada pada sebutan tak ada

pada kenyataan dan dengan Izin-Nya jua makanya engkau dapat

sampai ke mari. Kembalilah ke tempat tadi dan lakulah apa yang

dapat engkau lakukan.”

Aku sebut berulang-ulang akan kata-kata bisikan yang kudengar

tadi, di antaranya: “Dia tak berupa dan bertampan: Ada pada

sebutan tak ada pada kenyataan dan dengan Izin-Nya jua makanya

engkau sampai ke mari.”

Aku teringat akan keinginanku semula; aku hendak mencari

Tuhan. Dan dengan tenang aku turutkan saja gerak langkah kakiku

kembali menuju rumah yang kunaiki tadi, sambil memerhatikan

akan keadaan sekelilingku. Tatkala memasuki kembali bilik yang

telah kumasuki tadinya, sangat kagum aku melihat atau lebih tepat

menyaksikan apa yang ada di sana. Semua apa yang kulihat itu tak

ada di daratan. Dan dalam pada aku sedang asyiknya mengkagumi

yang kulihat itu, terasa dan terdengar pula olehku suara bisikan,

“Hai anakku, apa jugakah yang engkau fikirkan lagi? Cepatlah

sedikit, ketahuilah olehmu bahawa sebentar lagi atau tak lama lagi

matahari akan terbenam. Siang akan berganti dengan malam dan

engkau akan kembali pulang secepat mungkin, sebelum matahari

terbenam. Kalau lewat dari itu engkau tak akan dapat kembali lagi

dan apa kata orang di daratan nanti tentang kehilanganmu?”

Rasanya bagiku, apa yang kutemui di Sana boleh saja aku

mengambilnya kerana bukankah dengan Izin-Nya jua makanya aku

bisa sampai ke sana? Aku mahu semua, akan tetapi perahuku

terlalu kecil untuk semua itu. Aku ingin hendak mempunyai

sesuatu untuk kubuktikan pada orang di daratan, bahawa aku telah

sampai ke Sana dan telah kembali dari Sana. Tanganku bergerak

untuk mengambil sesuatu dan rupanya apa yang telah berada di

tanganku, sebuah ‘Anak Kunci’ yang kukira dan duga bisa

digunakan untuk keperluan sesuatu bila dikehendaki untuk

membuka yang terkunci dan untuk mengunci yang terbuka.

Dengan telah adanya ‘Anak Kunci’ yang tak begitu berat bagiku

untuk membawa ke mana aku pergi, bererti pula masih bisa atau

masih dapat aku membawa yang lain cita-cita, tak akan

mengkaramkan bidukku. Aku memandang sekeliling dan pada

ketinggian tepat di atas kepalaku, aku melihat segumpal tali yang

hujungnya tersimpul sedikit ke bawah. Tanganku bergerak pula

menuju ke hujung tali itu dan sewaktu aku terpegang dan

berpegang padanya, dengan serta-merta tali tersebut menghulur

dan menghulur dan dapat aku mengatakan, “Kalau tadinya dengan

perahuku yang kecil, bertahun-tahun lamanya aku berjalan dan

belayar menuju pulau cita itu, dengan berpegang pada hujung tali

itu sekejap sahaja aku telah kembali ke daratan.”

Rupanya itulah dia tali pergantunganku yang telah terputus

semenjak aku keluar dari rahim dan setelahnya aku dilahirkan

sebagai seorang insan. Dan semenjak itu aku telah mempunyai

pegangan iaitu tali pergantungan yang terahsia bagi seseorang yang

belum dapat mempunyainya dan ‘Anak Kunci’ di tangan yang bagi

banyak orang masih terahsia pula sebelum dapat menemuinya.

Suatu ‘Anak Kunci’ wasiat yang banyak mengandungi erti dan

banyak mengandungi daya guna.

Dan semenjak itu aku selalu bersertanya, walaupun apa-apa

yang aku buat dan lakukan dan walau di manapun aku berada, pun

dalam perjalanan pengembaraan selalu dengan tali pegangan itu

dan ‘Anak Kunci’ yang telah ada di tanganku.

Aku berjalan dan berjalan terus, mengembara dan mengembara

terus, lahir dan batin, melakukan sesuatu untuk sesuatu dengan

sesuatu. Aku mengamalkan Dua Kalimah Syahadah. Perjalananku

berdasarkan Dua Kalimah Syahadah. Aku berjalan dengan Dua

Kalimah Syahadah dan jalanku jalan Dua Kalimah Syahadah

dengan makna dan tujuan mengadakan pengakuan untuk mendapat

pengakuan: Pengakuan akan tiada Tuhan yang lain melainkan Allah

dan pengakuan akan Muhammad Rasulullah. Kerana bukankah di

antara hikmah yang terkandung dalam Dua Kalimah Syahadah itu

‘Kesaksian, Pengakuan, Pangkat dan Martabat’? Suatu pangkat

kerasulan bagi manusia Muhammad dan martabat yang tinggi di

sisi Tuhan terhadapnya. Bukankah manusia Muhammad yang

membawa dan menyatakan Dua Kalimah Syahadah ke dalam dunia

ini? Maka aku akan mengatakan, “Adakanlah pengakuan untuk

mendapat pengakuan.” Siapa yang mengadakan pengakuan,

kepada siapa pengakuan diadakan dan dari siapa pengakuan

diperdapat?

Aku berjalan mengadakan pengakuan, berjalan pada jalan yang

kutemui iaitu lahir dan batin (rohaniah dan jasmaniah), bertitiktolak dari ada ke tidak ada, melalui tiada (antara ada dan tidak ada)

atau dari alam nyata (kebendaan) menuju ke tidak ada yang ada

kecuali Dia, melalui alam spirituil (kerohanian) atau dari syariat

menuju ke makrifat melalui hakikat; suatu perjalanan yang

kunamakan ‘perjalanan balik batang’ atau kembali pulang ke

Hadirat-Nya. Dan di Sana, di Hadirat-Nya, di tempat yang tidak

ada, dan di saat itu aku sudah tidak ada pula dengan tidak bergeser

sedikit jua pun, aku sedarkan diriku sesedar-sedarnya (lahir dan

batin dan kembali keadaanku sebagai seorang manusia biasa), aku

adakanlah pengakuan dan kesaksian dengan melafazkan Dua

Kalimah Syahadah berulang-ulang tiga kali. Dan berjalan cara

begini, kulakukan berulang kali pula sampai aku yakin seyakinyakinnya, bahawa betul-betul aku berada di Hadirat-Nya.

Dengan huraianku ini, maka nyatalah bahawa yang mengadakan

pengakuan adalah aku lahir-batin dan pengakuanku ialah terhadap

Tuhan tiada yang lain daripada-Nya melainkan Allah dan terhadap

Muhammad Rasul Allah. Dan dari siapa pengakuan yang akan

kuperdapat? Keinginanku ialah pengakuan sebagai seorang hamba

Allah dengan tugas yang kulakukan dan menjalankan kehidupan

sebagai umat Muhammad.

Aku tak akan mendakwakan diriku sebagai seorang nabi kerana

tidak ada lagi nabi sesudah Nabi Muhammad dan aku tak akan

menantikan pula seolah-olah Tuhan akan menyuruh malaikat Jibrail

menyampaikan pengakuan itu padaku. Tidak! Melainkan yang aku

nantikan ialah tanda seperti pengakuan dari orang ramai, dari orang

berilmu, dari cerdik pandai, pengakuan akan benarnya ilmu yang

kuamalkan sehingga ada yang mendatangiku untuk mengambil

manfaat daripadanya, ada yang mendatangiku untuk menguji akan

kebenarannya dan tak kurang pula mendatangiku untuk menerima

aliran langsung dariku untuk diamalkannya pula.

Sebagai seorang hamba Allah, Aku akan melakukan tugasku di

mana saja Aku berada dan sebagai umat Muhammad, Aku akan

menjalankan kehidupanku sebagai seorang Islam pada

kenyataannya. Dan Aku akan tetap bergerak di bidang Rahsia-Nya,

dan terhadap orang di luar dari badan diriku sendiri, Aku akan

merahsiakan diriku pula. Biarlah mereka itu sendiri yang akan

memecahkan rahsia Aku nanti jika Tuhan mengizinkan.

Kedudukanku terahsia dan orang-orang yang mahu mengenal Aku,

harus menemuiku, di tempatku. Kalau tidak, pasti orang tak dapat

mengenal Aku yang sebenarnya.

Pelajaran yang kuperdapat dari perjalanan pengembaraanku dari

ada kepada tidak ada, ialah aku telah dapat membebaskan diriku

dari ikatan-ikatan kebendaan (kenyataan). Aku telah dapat

membawakan diriku terlepas dari hawa nafsu. Dari segi lain dapat

pula aku mengatakan bahawa perjalananku itu dari ada ke tidak

ada atau nyata kepada di balik kenyataan, bererti pula aku telah

memasuki alam tasawuf, alam kebatinan sehingga kudapat pula

mengetahui dan menemui batinku sendiri, yang dapat aku

merasakan perbezaannya dari zahirku sendiri. Aku telah dapat

merasakan pemisahan antara zahirku dengan batinku, antara

kenyataanku dengan di balik kenyataanku, antara badan kasarku

dengan badan halusku, antara jasmaniku dengan rohaniku. Dengan

pernyataanku ini, bererti pula bagiku rahsia diriku sendiri telah

pecah, suatu pemecahan yang menghasilkan pemisahan sehingga

aku dapat pula mengatakan bahawa antara yang satu dengan yang

lain, ‘jauh tak berantara dan dekat tak berbatas.’ Dan dengan

demikian, terbuka pulalah bagiku jalan untuk menyelidiki sendiri

akan keadaan batinku: Terdiri dari apa dia, dan bagaimana dia?

Aku telah menemui dan mengenal akan diriku sendiri dengan

rahsia yang terkandung padanya (telah mengetahui siapa dan yang

mana aku yang sebenarnya) sehingga pendirianku ialah aku adalah

orangnya yang akan kembali ke Hadirat Illahi, dan bukan yang

akan dikembalikan ke asalnya iaitu ke tanah. Ya. Memang dari

Tuhan datangku dan kepada-Nya aku akan pulang kembali dengan

dijemput dan adalah peganganku yang hidup, bukan yang mati.

Jalanku ialah jalan kehidupan, menghidupkan yang mati dan

menghasilkan yang dihidupkan. Tiap-tiap yang dihidupkan mesti

mati dan aku tak akan mati-mati, melainkan berpindah (tukar

tempat atau kedudukan).

Di manakah letaknya rahsia hidup dan kehidupan bagi

seseorang? Letaknya ialah di dalam diri sendiri masing-masing.

Bukan di luar. Ketahuilah bahawa di dalam badan diri sendiri

berada aliran kehidupan yang bertujuan menghidupkan badan diri.

Suatu aliran yang berisi (mengisi jalannya kehidupan di dalam)

yang perjalanannya di dalam ibarat ‘menghasta kain sarung’;

sampai di situ ke di situ juga. Dan untuk dapat mengenal dan

mengetahui itu hakikat hidup yang sebenarnya, seseorang

hendaklah dapat memecahkan itu rahsia hidup sehingga dapat dia

menemui jalannya kehidupan tadi serta menurutkannya. Berjalan

pada jalannya sambil untuk mempelajarinya.

Aku teringat akan kisah perjalanan Nabi Musa mencari Nabi

Allah Khidir, yang dengan pertunjuk Tuhan tempatnya di

pertemuan permukaan dua laut (Surat al-Kahfi, Ayat 60 hingga

82), untuk belajar padanya tentang ilmu pengetahuan yang belum

dipunyainya. Maka aku dapat pula mengatakan bahawa aku telah

dapat pula menemuinya di pertemuan kiri dan kanan.

Kalau engkau hendak mengenal Aku dan ingin pula hendak

menemui Aku di tempatku, hendaklah engkau mencari jalan untuk

dapat menemui Aku.

Ketahuilah olehmu bahawa [ketika] engkau berjalan, Aku pun

berjalan dan dalam perjalanan engkau melihat Aku. Engkau

berjalan caramu dan Aku berjalan caraku pula atau Aku

mengatakan Aku berjalan pada jalannya dan engkau berjalan pada

jalanmu pula (cara orang kebanyakan berjalan). Bila engkau

berhenti berjalan, engkau tak akan melihat Aku kerana keadaannya

bukanlah seperti keadaanmu. Aku adalah laksana seorang musafir

yang senantiasa berjalan dengan tidak henti-hentinya, yang bagiku

namanya menjalankan tugas terhadap sesuatu. Aku berjalan siang

malam dengan tidak berhenti sekejap juapun, kerana kalau berhenti

berjalan akan membawa akibat bagi alam sekelilingku, dan

mungkin juga penyebab kematian bagi seseorang. Keadaannya

tidaklah seperti yang engkau khayalkan atau duga. Engkau tak

akan dapat menangkap dan memegang Aku kerana Aku bukan

seperti engkau. Untuk mengetahui Aku, engkau hendaklah berjalan

dari luar ke dalam iaitu ke dirimu sendiri dan tempatku padamu

ialah di rasa. Ya. Memang di rasa itulah letaknya rahsiaku.

Engkau tenangkan dirimu. Renung dan fikirkan dalam-dalam

sampai engkau dapat merasakan dengan pasti (positif) akan rasa

yang dimaksudkan sampai terasa betul olehmu (oleh anggota

tertentu dari badan dirimu). Bila ini telah engkau temui dan telah

dapat engkau merasakannya secara positif, berpeganglah

kepadanya. Pelajarilah dia. Insya-Allah, lambat-laun dengan

beransur, engkau akan lebih mengenalinya lagi sampai mendalam.

Dan begitulah aku bayangkan (sebagai perumpamaan)

perjalanan untuk mencarinya sampai dapat mengenal dan

menemuinya hendaklah di tempatnya. Dalam perjalanan seperti aku

sebutkan di atas; bila engkau melihatnya, hendaklah engkau ertikan

bila engkau telah dapat merasakannya. Di saat itu, berpeganglah

kepadanya. Tinggalkanlah jalanmu dan ikutilah perjalanannya

dengan berjalan pada jalannya. Pada taraf permulaan, engkau akan

merasakan sesuatu iaitu titik-titik atau denyutan yang dapat betul

engkau merasakannya melalui hujung jari-jarimu. Apa itukah yang

dia? Tidak. Bukan itu yang dia yang sebenarnya. Jikalau engkau

mahu menelitinya, adalah di balik dia, ada dia lagi, dan masih ada

dia dan dia lagi dan begitu seterusnya. Ketahuilah bahawa yang itu

adalah tanda-tanda menunjukkan keadaannya.

Bawaannya titik-titik ialah gerak dan kalau engkau mahu

menurutkannya, gerak itu akan dapat pula engkau temui, yang bagi

badan dirimu sendiri adalah gerak itu bergerak dengan sendirinya

(datang dengan sendirinya). Maka adalah menjadi kewajipanmu

menjaga dalam menurutkan gerak yang bergerak dengan sendirinya

itu (akan rasa yang terasa itu tak boleh hilang begitu) dan begitu

sehingga engkau dapat pula merasakan hendaknya bahawa

penyebab dari gerak itu datangnya dari dalam badan dirimu sendiri

dan bukan luar dari badan dirimu. Bergerak dengan lupa kepada

rasa yang terasa bererti lupa akan diri sendiri, dan kalau tak hatihati, bisa saja terjadi yang tak diinginkan bagi badan diri sendiri.

Berjalan bersertanya bererti mengikut jalannya atau sejalan

dengannya, yang mana apa yang dibuat dan yang dilakukannya

adalah di luar pengetahuan kita, dan hasilnya ialah di luar dari

dugaan kita pula. Kita harus belajar padanya dengan berjalan

bersertanya dan dengan menurutkan jalannya. Dan yang amat

penting sekali, mengenalnya sedalam-dalamnya dengan rahsia yang

terkandung padanya.

Orang yang telah lama mengikut jalannya, berjalan pada

jalannya dan mahu mengadakan penelitian yang saksama tentang

jalan itu, akan mendapat kesimpulan bahawa jalan itu adalah jalan

lurus, jalan yang berpetunjuk lagi berisi; isinya nikmat, tidak

dimurkai dan tidak pula sesat. Maka akan beruntunglah mereka

yang dapat menemui jalannya, berjalan bersertanya dan pada

jalannya yang banyak mengandung rahsia itu.

Orang yang telah banyak dapat mengerti padanya, mengetahui

akan keadaannya yang sebenarnya, pasti akan merubah pendirian

hidupnya. Kalau tadinya dia berpendirian bahawa titik-tolak

kehidupannya dimulai dari yang dihidupkan, setelah dapat

mengenalnya pasti akan merubah pendiriannya kepada yang hidup

lagi menghidupkan, yang titik-tolaknya dimulai dari dalam badan

diri sendiri. Bukankah kehidupan itu terlebih dahulu berjalan di

dalam badan diri sendiri? Dapatkah seseorang berbuat kalau

kehidupan di dalam badan dirinya tidak berjalan? Sudah tentu tidak

dan pasti tidak. Dari itu, kenalilah dirimu sendiri lebih dahulu.

“Mengenal diri, mengenal Tuhan,” kata para arifin (orang yang

arif).

Orang yang berpegang kepada yang dihidupkan sama juga

berpegang pada yang mati, sebab tiap-tiap yang dihidupkan pasti

mati. Berpeganglah kepada yang hidup yang tidak mati,

berkedudukan; yang kedudukannya akan berpindah bila kematian

mendatang pada yang dihidupkan. Dan setelah kematian

mendatanginya, maka dia meninggalkan dunianya dan pulang

kembali ke Rahmatullah.

Mati bagi badan ialah setelahnya duniaku kutinggalkan

(meninggal) kerana ‘A’-ku pulang kembali ke Rahmatullah. Mati

bagi badan bererti kehidupanku sebagai seorang manusia sudah

sampai di batasnya. Duniaku kutinggalkan bererti bagiku tugasku

sudah selesai sebagai seorang hamba dan ‘A’-ku pulang kembali ke

Rahmatullah kerana Yang Empunya datang menjemput.

Seperti telah kuhuraikan pada huraian sebelum ini, perjalananku

ialah apa yang kunamakan ‘perjalanan balik batang’ atau perjalanan

balik ke pangkalan dari titik-tolak semula. Perumpamaannya ialah

seakan-akan berada di muara sebuah sungai; sebelumnya

mengharungi lautan lepas, aku harus melihat dahulu ke belakang

(memudiki sungai tersebut sampai ke hulunya) sampai aku dapat

menemui titik permulaan daripadanya yang tiada pangkal dari

segala titik-titik yang mendatang kemudian. Suatu perjalanan dari

titik menuju kepada titik permulaan di mana tiada titik lagi di

baliknya atau sebelumnya. Kalau jalan yang ditempuh itu benar,

maka adalah kenyataannya titik pertemuan antara mencari dengan

yang dicari, pada pertemuan kiri dan kanan, di mana di sana tiada

gerak lagi untuk terus ke dalam, kecuali kalau hendak keluar

kembali menuju kepada alam nyata. Dengan perkataan lain, untuk

dapat mengetahui keadaan sebenarnya, rekonstruksi perlu diadakan

dan kalau belum pasti, hendaklah dilakukan berulang kali.

Begitulah perumpamaan-nya.

Pada pertemuanku yang pertama dengannya, yang mana dengan

perantaraan rasa yang terasa, kiranya Aku telah berada di muka

pintu dan setelahnya Aku dalam perjalanan dari titik ke titik dan

sampai pada titik pertemuan yang penghabisan (di mana tiada titik

yang lain daripadanya itu lagi) dan setelahnya aku mengadakan

perjalanan rekonstruksi dengan berulang-ulang dari luar ke dalam

dan dari dalam ke luar, maka dapatlah aku mengatakan bahawa

perbuatanku itu sesuai dengan firman Tuhan, “Memasukkan

malam kepada siang dan siang kepada malam, mendatangkan

yang hidup daripada yang mati dan yang mati daripada yang

hidup.” (al-Quran: Surat Ali-Imran; Ayat 27.)

Pintu telah terbuka bagiku dan ini dapat aku merasakannya.

Alamku sendiri telah tembus dan Aku telah bebas, tetapi tak lepas

(yang tadinya terkurung dan terkongkong). Tabir atau dinding

yang membatasi Aku dengan alam di luar dari alamku sendiri

selama ini telah tembus. Hubunganku yang selama ini terputus

sejak Aku keluar dari rahim ibuku (sejak Aku dilahirkan dan

dihadirkan ke dunia ini sebagai seorang manusia, sejak tali pusatku

diputus), dengan telah aku temui itu kembali jalanku sendiri iaitu

jalan kebebasanku (dengan telah tembusnya dinding atau tabir yang

membatasi Aku dengan alam akbar), Aku telah dapat keluar

dengan memancar.

Hubunganku dengan Tuhan-ku yang selama ini terputus, dengan

kebebasanku, Aku telah dapat langsung menghubungi-Nya kembali

dan begitulah dalam perjalananku mencari-Nya dan hendak

menemui-Nya seperti yang telah kuhuraikan di atas, aku telah

mendapat tali peganganku dan ditambah dengan ‘Anak Kunci’

wasiat (yang kunamakan akan dia) yang telah berada di tanganku.

Itulah dia tali peganganku yang tak akan kulepas-lepaskan lagi; tali

pusat dari segala pusat yang mana telah kukaitkan dan hubungkan

kembali dengan tali pusatku. Dan yang satu lagi, iaitu ‘Anak

Kunci’ wasiat yang banyak mengandungi wasiat dan merupakan

bentuk kalau digambarkan dalam huruf Alif-Lam-Miim yang

banyak mengandungi rahsia.

Aku telah menemui diriku sendiri dan telah dapat pula mengenal

akan diriku sendiri, dan telah dapat pula mengetahui yang mana

sebenarnya Aku.

Aku yang masih terahsia bagi orang banyak, yang belum dapat

mengenal akan dirinya sendiri dan yang belum dapat pula mengenal

aku dari dekat, apalagi bagi orang yang berpegang dan

berpendirian pada barang yang mati.

Diplomaku dari luar negeri. Pengakuan kuperdapat dari jauh,

kebanyakan dari asal yang serumpun kerana di negeriku sendiri, di

kampung halamanku, orang belum faham dan mengerti padaku.

Ada satu-satu, akan tetapi aku hanya diperalat, didewa-dewakan

untuk mengambil keuntungan bagi dirinya sendiri dengan

memperjual-belikan nama aku. Kejadian itu tak salah pula kerana

cahaya itu nampaknya dari kejauhan dari tempat yang gelap, dan

bagi orang-orang yang hidup di bawah dan dilingkungi cahaya itu,

itu pelita tak akan menjadi perhatian mereka. Dia tidak akan

melihat kepada cahaya itu, kerana perhatiannya tidak tertuju ke

sana.

Apa aku harus memperkenalkan diriku, untuk supaya aku

dikenal dan sampai menjadi orang terkenal? Tidak! Aku tidak akan

menonjol-nonjolkan diriku. Sesuai dengan pendirianku dan

kedudukannya sebagai orang dalam dan terahsia, biarlah orang

dapat berkenalan dengan aku melalui apa dan siapa sahaja. Dan

anggapanku ialah kalau seseorang dapat mengenal Aku dan dapat

menemuiku di tempatku, berkemungkinan ada bagiannya padaku.

Sejak aku telah dapat menemui, mengetahui dan mengenal

diriku dengan rahsia yang terkandung padanya, maka aku

sesuaikan segala-galanya menurut keadaannya dan keadaanku

berlahir dan berbatin. Dudukku duduk menanti, menanti akan

kedatangan sesuatu yang lahir dan yang batin, menampungnya dan

mendudukkannya pula pada tempatnya. Aku, yang tadinya

perjalananku terbatas di dalam alamku sendiri, semenjak aku telah

menemuinya, telah dapat bergerak lebih luas dan bebas di luar dari

alamku sendiri kerana dengan dapat menemuiku di tempatku,

bererti dia telah menemui pintu untuk masuk rumahku dan dengan

sendirinya telah terbuka pula jalan bagiku untuk keluar. Pintu telah

terbuka, dinding telah tembus, hijab telah terbuka.

Setelah rahsiaku dapat dipecahkannya, apalagi setelah dia dapat

mengenal Aku yang sebenarnya, maka diketahuinyalah bahawa

diriku adalah dirinya pula, badanku adalah badannya pula. Hanya

tentang Aku ada berlainan pendirian dan tanggapan.

Keakuannya [dan] keakuanku tidak sama. Dia berdiri pada

kenyataannya, sedangkan Aku pada di balik kenyataanku.

Pandangan hidupnya berlainan dengan pandangan hidupku. Titik

tolak kehidupannya dari yang ada dengan tidak mengetahui akan

keadaannya yang sebenarnya, sedangkan titik tolak kehidupanku

dari tidak ada menuju kepada yang ada dan mengisi keadaannya

untuk menjamin lancarnya jalan kehidupan di luar. Jadi adalah jalan

kehidupanku dimulai dari dalam. Jalanku hidup. Kerjaku

menghidupkan dan menghasilkan. Dia yang dihidupkan. Dia

mempunyai banyak keinginan dan kemahuan, tetapi tak banyak

punya kemampuan dan kesanggupan.

Aku kekasih dari Yang Maha Pengasih, datang daripada-Nya,

sedangkan dia anak dari ibu-bapanya yang asal kejadian daripada

tanah dan akan dikembalikan ke tanah. Setelahnya dia dapat

mengenal Aku yang sebenarnya dan setelahnya dapat diketahuinya

bahawa adalah badan dirinya itu badan diriku pula, sekarang dia

sendiri yang akan menentukan kedudukannya.

Aku akan berkata padanya, setelahnya dia dapat banyak

mengetahui akan rahsiaku, “Apa engkau akan bersertaku, atau apa

Aku akan jadi engkau?”

Kalau engkau berserta Aku, maka adalah Aku ini ilmu bagimu.

Dan untuk ini harus mengerti betul padaku dan belajar padaku.

Oleh kerana Aku tidak nyata dan kenyataanku ada padamu, maka

adalah ilmumu ini namanya Ilmu Ghaib. Engkau akan berbuat dan

berlaku dengan yang ghaib dan dengan tenaga ghaib. Untuk ini aku

ingatkan kembali akan kisah perjalanan Nabi Musa mancari Nabi

Khidir untuk belajar ilmu yang ada padanya dan caranya Nabi

Khidir mempraktikkan ilmunya itu. Dalam praktiknya, Nabi Khidir

yang berbuat dan Nabi Musa hanya ikut berjalan bersertanya.

Dengannya engkau akan menjadi seorang yang dalam dan tinggi

ilmunya, yang mana siapa saja tak dapat mengukurnya. Dan

usahakanlah supaya engkau selalu bersertanya.

Akan tetapi kalau Aku yang jadi engkau, yang Aku kehendaki

darimu ialah suatu penyerahan (pasrah ) – Lillahi Rabbul-alamin –

padaku iaitu serahkanlah apa yang ada padamu padaku sehingga

keakuanmu menjadi keakuanku; sehingga Aku dapat pula

mengetahui dan mengenal akan keadaanmu sampai apa yang ada

padamu itu menjadi kepunyaanku – penyerahan yang bulat darimu

padaku. Dan perpaduan antara keakuanmu dengan keakuanku

mendatangkan pertunjuk padaku bahawa adalah engkau belahan

dari badan diriku sendiri. Yang kualiri dan isi selama ini rupanya

bukanlah orang lain, melainkan belahan dari badan diriku sendiri.

Hanya kita juga yang belum kenal-mengenal satu sama lain selama

ini.

Engkau yang banyak punya keinginan, sekarang telah bersepadu

dengan Aku yang mempunyai daya kesanggupan. Engkau itu

adalah Aku dan Aku adalah engkau. Dengan saling terjadinya

saling kenal-mengenal satu sama lain, dengan terjadinya persatupaduan antara kita berdua, marilah kita mula memasuki kehidupan

baru; ke lurah sama menurun, ke bukit sama mendaki, seiring

sejalan, sakit dan senang sama-sama dirasai. Kelebihan kita satu

sama lain berbeza. Kelebihanmu pada kenyataan dan kelebihanku

pada perasaan. Apa yang tak ada padaku ada padamu dan apa yang

tak ada padamu ada padaku.

Aku buta pada kenyataan dan engkau ada mata untuk melihat,

akan tetapi padaku ada jalan untuk pencapai tujuan. Jadikanlah

jalanku itu menjadi jalanmu dan jadi jalan kita bersama, engkau dan

Aku. Dan dalam segala tindak-tanduk, Aku di muka atau

kemukakan Aku. Engkau di luar Aku di dalam. Kenyataannya ada

padamu dan padakulah letaknya rahsiamu. Akulah ilmumu; ilmu

aku-mengakui sampai mendapat pengakuan.

Teringat aku akan cerita seorang tua yang aku jumpai dalam

perjalanan pengembaraanku, iaitu tentang memecahkan kisah

rahsia sebuah rumah yang tersebut dalam pepatah orang-orang tua

dahulu, iaitu ‘Rumah nampak jalan tak tentu.’ Adakah pernah

seseorang merenung dan memikirkan nikmat apa yang terkandung

pada rumah itu? Kata yang empunya cerita:

Dahulukala ada seorang Maharaja Diraja mempunyai anak

tunggal, betul lagi bertuah. Setelah anak tersebut meningkat

dewasa, terfikirlah oleh raja tersebut, “Siapa kiranya akan teman

hidupnya anak yang dikasihinya itu? Cinta kasih sayang tercurah

dan tertumpah pada anak seorang itu dan dia tak mahu anak

tersebut mendapat teman hidup sembarangan orang sahaja. Fikir

punya fikir, maka disuruh dirikanlah sebuah rumah yang rupa dan

bentuknya menurut ciptaannya sendiri. Setelah rumah itu siap,

maka didudukkannyalah anaknya itu di dalam rumah yang sudah

siap itu, lengkap dengan peralatan dan perabut rumahtangga yang

sederhana. Anak tersebut ditempatkan di bilik dalam lagi di dalam

dengan kata-kata amanah padanya, iaitu, “Di sini engkau

didudukkan. Haus minum, lapar makan, mengantuk tidur. Untuk

itu semuanya telah disiapkan. Tugasmu ialah satu antara dua:

Pertama; menunggu yang punya datang menjemput. Kedua;

nanantikan kedatangan seseorang yang sanggup memasuki

rumahmu dan dapat menemuimu di tempatmu. Itulah teman

hidupmu yang sejati dan serahkanlah apa yang ada padamu

padanya.”

Dan begitulah ibarat burung dalam sangkar; banyak dilihat dan

diketahuinya burung-burung berterbangan sekelilingnya, akan

tetapi tidak seekorpun yang menuju kepadanya. Dicubanya

memanggil dengan bunyinya, walaupun didengarnya ada yang

menyahut atau membalas bunyinya itu, akan tetapi yang

dinantikannya tak juga kunjung datang. Dan begitulah keadaannya

selalu; senantiasa menunggu dan menanti.

Kiranya akan beruntunglah seseorang bila dapat mengenal dan

menemuinya, apalagi kalau telah diketahuinya betul akan rahsianya,

diketahuinya pula bahawa dia adalah teman hidupnya yang sejati

dan belahan diri pula daripadanya.

Dia akan sangat beruntung setelah dapat mengenal Aku dan

Aku pun beruntung pula dapat mengetahui akan keadaannya

sendiri. Kenal-mengenal satu sama lain membukakan tabir rahsia

antara Aku dan dia, dan ketahuilah sekarang bahawa seluruh

kehidupannya bergantung padaku. Betapa tidak? Kalau Aku tak

ada padanya, maka bukanlah dia manusia hidup namanya. Begitu

pula dia bagimu, kalau dia tidak ada bersertaku, maka tak adalah

ertinya dunia ini bagiku. Dan sekarang kami telah menjadi satu;

Aku dan dia, lahir dan batin.

Tadinya kami memang satu juga, akan tetapi caranya lain, Aku

tinggal Aku dan dia tinggal dia, tidak ada kenal-mengenal satu

sama lain. Pengetahuannya tentang Aku hanya terbatas, iaitu pada

nama saja dan bagaimana hakikatnya Aku yang sebenarnya tak

pernah diketahuinya, apalagi ditemuinya.

Sekarang diketahuinya sudah bahawa adalah dia itu Aku dan

Aku adalah dia. Di dalam kami berpisah, akan tetapi terhadap

kepada yang di luar dari badan diri kami, kami satu dan kami

panggilkan diri kami untuk keseluruhannya aku.

Dari segi lain dapat pula Aku mengatakan, Aku telah lahir untuk

kedua kalinya. Kelahiran dan kehadiranku yang pertama kali di

dunia ini ialah keluarnya Aku dari rahim ibuku dan kelahiran (dan

kehadiranku) untuk kedua kalinya ialah dengan jalan memancar.

Sebaiknya tiap-tiap diri, sebelum meninggal harus lahir untuk

kedua kalinya di dunia nyata ini.

Aku berani berkata begitu setelah dapat mengetahui dan

berpengalaman dalam hal ini, terutama di bidang lahir-melahirkan

kerana bagi mereka yang menerima aliranku, akulah doktornya;

mendidiknya sampai bisa berjalan dan berdiri sendiri. Aku

memasuki rumahnya melalui pintu tertentu. Aku bukakan pintu

baginya untuk keluar. Aku bawa dia berjalan dan aku tunjukkannya

jalan yang benar. Aku memasuki rumahnya dengan seizinnya,

bukan dengan jalan paksaan.

Adalah diri tiap-tiap seseorang umpama terkurung dalam sebuah

rumah; pintu untuk keluar baginya tertutup. Dicuba sendiri tak

sanggup menembusnya, sedangkan ‘Anak Kunci’ di tangan orang

lain. Keadaan tak ubahnya seperti apa yang tercantum dalam

serangkaian pantun dalam bahasa daerah:

Ikan takile’ jalo tibo

Kanai anak maco balah lidah

Ba’a dek kumbang ka malariknyo

Lah kambang bungo dalam sarugo

‘Anak Kunci’ di tangan Baginda Rasulullah

Ba’a dek awak ka maambiknyo

Suatu pantun yang mengandung erti yang dalam, yang tak dapat

diketahui orang yang mula pertamanya membawakan pantun

tersebut atau penciptanya. Maka adalah sewajarnya bagi tiap-tiap

diri memikirkan bagaimana akan mendapat ‘Anak Kunci’ yang

dimaksud.

Saya akan bertanya dan berkata pada diri sendiri, “Kenapa

sewaktu berada di bumi yang sempit (dalam perut ibu) kita tak

berasa kekurangan, setelahnya berada di bumi yang luas, seseorang

harus menderita, padahal lapangan bergeraknya sangat luas? Di

mana letak sebenarnya akan rahsia hidup dan kehidupan ini? Saya

akan mengatakan, “Bagi setiap diri yang tadinya dikandung oleh

yang mengandung dengan segala macam penanggungan, setelah

keluar dari kandungan, maka baginya kebalikannya yang terjadi,

ertinya sejak itu dia pula yang mengandung. Dan tiap-tiap

kandungan harus dilahirkan, kalau tidak, tidak akan pecah rahsia

kandungan selama ini. Dan begitulah, seseorang ibu yang telah

melahirkan akan pecahlah rahsia kandungannya dan diketahuilah

apa yang dikandungnya selama ini.”

Kandung, mengandung dan menanggung. Sama-sama mengandung akan tetapi berlainan kandungan dan penanggungan. Saya

akan mengatakan, sewaktu dalam kandungan, tempatku di rahim

ibu, akan tetapi yang kukandung letaknya di dada. Dan untuk

dapat mengetahui isi dada itu, seseorang harus melahirkan, kalau

tidak, tidak akan pecah rahsia kandungan sendiri itu. Dari itu maka

dianjurkan; pecahkanlah rahsia kandungan itu dengan

melahirkannya sehingga dapat mengenal dan mengetahui akan

rahsianya dan sampai dapat merasakan dan membenarkan akan

kebenaran pendapatku di atas, iaitu engkau terlahir untuk kedua

kalinya dan engkau telah bebas tetapi tak lepas. Maksudku engkau

akan merasakan itu kebebasan, tetapi tak lepas dari

kemanusiaanmu.

Bagiku dan bagi seseorang yang telah dapat memahami dan

mengerti akan kelahirannya untuk kedua kali itu, akan dapat pula

mengerti bahawa dirinya membawakan pula dua kehidupan iaitu

hidup kebatinan dan hidup kenyataan atau kebendaan.

Kalau seseorang telah dapat merasakan seperti apa yang telah

kurasakan dan telah dapat pula mengetahui mana yang lahir dan

mana yang batin, akan membenarkan pendapatku bahawa jarak

antara yang satu dengan yang lain ialah jauh tak berantara dan

dekat tak berbatas: Satu tidak, walaupun dari luar kelihatannya

satu.

Kehidupan yang mana yang saharusnya menjadi pegangan?

Hidup kebendaan dengan tidak mengetahui hakikat kebatinan telah

dibawakan selama ini dan tiap-tiap diri telah membawakan dan

mengalaminya. Pada umumnya, kebanyakan manusia tidak pernah

berasa puas pada hasil dari pembawaan hidupnya dan banyak pula

yang gagal dan kecewa. Kita telah melihat dan menyaksikan

sendiri, berapa banyaknya manusia sudah mempunyai harta yang

banyak, kedudukan yang terpandang, punya isteri dua tiga bahkan

ada juga yang punya simpanan (istilah sekarang), tetapi hidupnya

selalu resah-gelisah. Ketenangan tidak pernah diperdapatnya, untuk

makan enak dicari keluar dan akan segala sesuatu mahu lagi, mahu

lagi dan mahu lagi dan ada juga sampai tak percaya akan diri

sendiri (buktinya dia memakai orang sewaan untuk mengawalnya,

hartanya dan lain-lain sebagainya) dan tak kurang pula pergi ke

dukun minta tangkal dan azimat dan ke kiai minta keselamatan,

naik pangkat dan lain-lain sebagainya. Dan tak kurang pula yang

bertuhankan pada batu dan keris.

Aku teringat akan kata-kata yang aku dapat tangkap dan dengar

sewaktu di perantauan di seberang lautan sana, suatu keluhan yang

terlompat keluar dari mulut seorang petualang sambil mengembara

pula iaitu antara lain, “Bertanya kerbau kepada pedati, jauhkah lagi

perhentian ?”

Kami tadinya seiring berjalan. Siapa dia sebenarnya aku tak

tahu. Perkenalan kami kalau boleh dikatakan suatu kebetulan saja.

Di suatu tempat, kota kata orang Indonesia, bandar kata orang

Malaysia, aku dalam pengembaraanku dan dia dalam

petualangannya bertemu dalam sebuah rumah yang baginya,

penghuni dalam rumah tersebut famili dan bagiku anak dalam aliran

ilmu pengetahuanku. Pada percakapan kami bertiga, aku mendapat

tahu bahawa dia kehilangan sesuatu. Aku berikan padanya sesuatu

pula untuk dapat digunakannya mencari yang hilang itu. Yang aku

berikan bukan benda, melainkan sesuatu yang tak dapat dilihat,

akan tetapi dapat dirasakannya. Rupanya dia sangat tertarik akan

apa yang telah diterimanya dari aku itu sehingga ke mana dia pergi

tak ditinggalkannya. Dipelajarinya sendiri dan dicarinya sendiri

pengalaman dengan itu. Dia sangat tertarik pada apa yang

diterimanya dari aku itu dan perhatiannya tertuju kepada badan

diriku.

Sejak dia mendapat sesuatu dari aku itu, kami terus berpisah

dan aku kembali ke tempat aku bermukim. Belakangan dapat

kuketahui bahawa tempat bermukimnya sama kotanya dengan

tempat aku bermukim. Cuma kelainannya dia seorang petualang,

sedangkan aku seorang musafir yang senantiasa dalam

pengembaraan. Pada suatu hari dia mendatangi rumahku hendak

menemui aku. Waktu itu aku tidak berada di rumah. Berkali-kali

dia datang, tetapi tak bertemu dengan aku. Pada kenyataannya

yang penghabisan, dia berpesan sama isteriku supaya

menyampaikan salamnya. Dia sangat ingin hendak bertemu muka

dengan aku tetapi pada tiap-tiap kedatangannya aku selalu tak ada

di rumah. Dipesankannya bahawa dia akan mengadakan perjalanan

jauh ke seberang lautan (ke negara tetangga) dan mohon doa restu.

Dan begitu pada suatu ketika yang tak kuduga-duga

sebelumnya, aku terima surat darinya dan berlampirkan surat

undangan dari seseorang yang belum kukenal untuk minta datang

ke sana. Setelah kubaca isi surat itu kuketahui menurut

pengakuannya; setelah dia kandas dalam kebiasaan yang

dibawakannya pada petualangannya yang sudah-sudah, maka

diamalkannya apa yang telah diterimanya dari aku dan hasilnya

sangat mengkagumkan sehingga banyak petualang lain tertarik

padanya, sehingga akhirnya mereka itu ingin hendak bertemu muka

secara langsung dengan aku.

Dan itulah rupanya maka sampai dikirim surat undangan

tersebut yang belakangan dapat kuketahui, iaitu kegunaannya

untuk urusan mendapat pasport ke luar negeri. Dengan ringkas,

sedang dia kembali dari petualangannya dan setelah berunding,

maka aku yang tadinya menolak untuk pergi, belakangan seolaholah aku mendapat dorongan untuk supaya pergi. Pada kelanjutan

pertemuan kami, maka kukatakanlah kesediaan aku berangkat dan

kami uruslah segala keperluan untuk kelancaran keberangkatan

kami itu.

Kami seiring berjalan; dia dan aku. Bagaimana dia sebenarnya

aku belum mengenalnya dan kenalnya padaku dengan perantaraan

apa yang telah kuberikan padanya, yang telah menjadi ilmu

pengetahuan padanya. Pengalaman dalam beberapa kali berjalan

bersama-samanya menunjukkan padaku bahawa dia adalah seorang

petualang dan aku mengatakan aku seorang pengembara. Dan

sewaktu berjalan bersama aku, maka jadilah dia seorang petualang

merangkap seorang pengembara. Sampai sekarang belum dapat

aku mengatakan dia muridku dan aku ini gurunya, atau dia

pengikutku kerana lain caranya dan lain pula caraku, lain

pembawaannya dan lain pula pembawaanku. Dan besar pula

kemungkinan aku tak dianggapnya guru. Sungguhpun begitu bila

dia menjumpai aku, dia tetap menghormati aku dan aku senantiasa

menerima kedatangannya sebagai mestinya. Dia memanggil kakak

(abang) padaku dan aku menganggap dia adik.

Dan begitulah jauh dari kampung halaman, di perantauan, aku

dapat dengar itu kata-kata, keluhan hidup yang sangat meresap

padaku seperti yang telah kusebutkan di atas dan kuulangi

menyebutnya, “Bertanya kerbau pada pedati, ‘jauhkah lagi

perhentian?’”

Seekor kerbau yang sedang menarik sebuah pedati yang sarat

(penuh) muatannya, pada suatu tanjakan (atau pendakian) dengan

air ludah berbuih-buih di mulutnya, melihat ke kiri dan ke kanan

seolah-olah bertanya kepada yang ditariknya, “Jauhkah lagi

perhentian?” Dia ingin istirahat kerana keletihan berhari-hari

berjalan dengan membawa beban. Akan tetapi dia bertanya tidak

pada tempatnya. Kenapa dia bertanya kepada pedati? Itu benda

mati. Bukankah lantaran dia makanya pedati sampai ke sana?

Seharusnya dia bertanya kepada orangnya (si tukang pedati) yang

duduk seenaknya di tempatnya di belakang kerbau sambil

mengendalikan perjalanan kerbau itu. Dan si kerbau tak tahu itu

kerana tak melihatnya. Begitulah secara kasarnya perumpamaan

hidup dan kehidupan yang sedang berjalan. Tiga sejalan; kerbau -

pedati - dan - si tukang pedati. Dan pada perhentian terakhir,

kerbau balik ke kandang, pedati tergeletak (terbengkalai) di

tempatnya dan si tukang pedati pulang ke rumahnya.

Suatu keluhan yang datang dari seorang pengembara atau

petualang yang tak tahu tempat bertanya yang sebenarnya. Dalam

perumpamaan yang tiga disebutkan itu, yang mana harus menjadi

pegangan seseorang? Pedatikah dia, apa kerbaukah atau tukang

pedati? Diri sendirilah yang akan menentukannya, bukan orang

lain.

Bagiku sendiri perumpamaan itu terlalu kasar. Dan aku akan

mengatakan, aku bukan pedati, bukan kerbau dan bukan pula si

tukang pedati. Kalau begitu siapa aku? Aku akan mengatakan aku

tetap aku dan padaku ada hamba dan saya. Jadi aku

keseluruhannya terdiri dari:

1. Aku;

2. Hamba; dan

3. Saya.

Aku, hamba dan saya, kalau dihalusi lagi dengan mengkaji asalusul cara pemulangan atau pengembalian ke pokok asal, maka akan

sampailah seseorang pada pengkajian pengetahuan iaitu:

• Saya yang berjasad (Adam);

• Hamba yang menjalankan tugas (wakil; perantara); dan

• Aku datang daripada Tuhan.

Pengajian asal-usul belum berhenti sampai di tiga pokok

tersebut kerana belum sampai kepada pokok yang sebenarnya.

Pokok yang sebenarnya Esa iaitu Allah. Semuanya akan kembali

kepada keadaannya semula iaitu kepada keadaan-Nya, Allah, dan

begitulah adanya.

Dan pernah pula aku mendengar ucapan yang keluar dari mulut

seseorang pengembara pula, yang kebetulan sedang bermukim pula

di tempat kubermukim iaitu dia mengatakan, “Sebaik-baik manusia

padanya harus ada: Pertama; limpah daripada Raja, kedua; waris

daripada Nabi, dan ketiga; gerak daripada Allah.”

Melalui ini aku menyerukan dan bertanya, “Wahai insan,

cubalah renung dan fikirkan adakah ketiga-tiga unsur tersebut di

diri masing-masing?” Terserah padamu sendiri untuk menjawabnya

sambil memikirkan perlu tidaknya itu diketahui.

Bagi diriku sendiri, aku berasa perlu mengetahuinya untuk lebih

dapat aku mengenal siapa Aku sebenarnya dan yang mana Aku

yang sebenarnya. Dan setelahnya aku dapat mengenalnya dan

menemuinya jalannya, maka dialah peganganku dan berjalan pada

jalannya (jalan yang aku sendiri dapat merasakannya). Bawaan

pada kenyataannya ialah gerak-gerak yang bergerak dengan

sendirinya (gerak automatik), gerak yang daya penggeraknya

datangnya bukan dari luar badan diri, melainkan yang terbit dan

timbulnya dari dalam diri sendiri yang bagiku kunamakan akan dia

Kudratullah dan geraknya kunamakan Gerak Allah. Daya tenaga

yang terkandung dalamnya ialah tenaga ghaib yang tak dapat

dilihat akan tetapi dapat dirasakan.

Jalan-Nya telah kujadikan jalanku. Lain jalanku dan lain pula

jalan orang. Aku, walaupun di mana Aku berada (di laut, di udara

di daratan), namun jalanku tak kulupakan. Sedang dudukpun Aku

berjalan kerana bukankah telah kukatakan bahawa antara Aku

dengan dia (antara yang satu dengan yang lain), jauh tak berantara

dan dekat tak berbatas?

Dalam perjalanan pengembaraanku, banyak kudapati orangorang yang tertarik pada amalanku dan banyak pula sudah yang

kubukakan pintu, kubawa berjalan keluar dan kutunjukkan jalan

dan telah banyak pula telah berjalan pada jalannya dan

mengamalkan amalanku. Dan amat sayang sekali, mereka itu belum

kenal betul akan Aku yang sebenarnya. Aku pimpin mereka, Aku

bukakan pintu, Aku tunjukkan jalan dengan membawa dia berjalan

pada jalannya. Aku didik dia untuk bisa berdiri sendiri dan akan

kulepaskan untuk bisa berjalan pada diri sendiri kerana untuk dapat

mengetahui Aku sebenarnya dan siapa pula Aku dia sendiri, apalagi

untuk mengenal dirinya sendiri. Siapa dia, dia sendiri pula yang

akan menentukan. Aku hanya menunjukkan jalan dan membawanya

kepada jalan yang benar.

Diriku yang kukenal bukan sahaja hanya terdiri dari insan yang

telah berkembang menjadi orang (manusia), melainkan juga sesuatu

yang terahsia. Letaknya di balik insan. Rahsia ghaib dari Yang

Maha Ghaib yang mengandung daya dan tenaga ghaib.

Orang mengatakan, ‘hendak melihat diri, bercerminlah ke kaca.’

Dengan bercermin ke kaca, seseorang dapat melihat rupa dan

bentuknya.

Aku akan mengatakan, hendak mengenal diri bercerminlah ke

kaca. Setelah seseorang bercermin ke kaca, apa yang telah dapat

dikenalnya tentang dirinya? Kalau hanya rupa dan bentuk, cukup

dengan cara melihat saja, akan tetapi samakah ertinya dengan

keadaannya melihat dan mengenal? Dengan melihat saja belum

bererti seseorang telah mengenalnya, akan tetapi dengan

mengenalnya mungkin dengan pengertian engkau telah melihatnya

lebih dahulu, setelah itu baru engkau dapat mengenalnya. Dan

sekarang timbul pertanyaan apa yang telah engkau lihat itu? Suatu

pertanyaan yang harus seseorang dapat menjawabnya, iaitu

samakah dasarnya engkau yang mengadap ke kaca dengan orang

yang timbul dari kaca? Pertanyaan ini sudah tentu ditujukan kepada

seseorang yang mahu mengerti dan mahu mengetahui dan

mengenal akan dirinya sendiri? Bagi orang yang tak ada

perhatiannya ke sana, kiranya pertanyaan ini tak perlu dijawabnya.

Kalau pertanyaan tersebut telah terjawab, maka akan menyusul

pula pertanyaan yang lain, iaitu, “Ada apa di dirimu dan terdiri dari

apa dirimu itu? Dan kalau engkau telah dapat mengenal dan

mengetahuinya, bagaimana pendirianmu? Apa engkau orangnya

yang mengadap ke kacakah atau orang yang timbul dari kaca?”

Bagiku sendiri, oleh kerana aku mahu mengerti dan mahu

mengetahui dan mahu mengenal akan diri yang sebenarnya diri dan

yang akan menjadi pendirianku pula, maka aku akan mengatakan

bahawa dasarnya yang sebenarnya, adalah tidak sama. Kalau dasar

dari yang berkaca, kuketahui tadinya air titisan dari ibu bapa dan

sebelumnya, tanah (ingat akan kejadian nenek-moyang kita,

manusia yang pertama), maka dasarnya dari orang yang timbul dari

kaca itu hanya sebagai perumpamaan saja. Kasarnya disebut kaca.

Bagi yang mahu mengerti akan tujuannya yang sebenarnya,

halusnya iaitu cahaya dan kalau diperdalam lagi, maka aku

mengatakan dasar yang sebenarnya ialah nur. Dan untuk

keseluruhannya (iaitu yang meliputi badan diri kita) menjadikan apa

yang dinamakan orang ‘rohani’ iaitu perkembangan dari kata asal

‘roh.’ Seumpama pelita dalam sebuah rumah yang pintunya

tertutup rapat. Melalui sebuah lubang dari dinding rumah tersebut

orang dapat melihat keadaan dalam rumah itu dengan berkat

cahaya dari pelita tersebut. Cahayanya meliputi alam sekelilingnya

dan berbataskan keseluruhannya pada dinding rumah itu. Dan

kalau seseorang mahu menggambarkan akan batas-batasnya cahaya

itu keseluruhannya, orang akan melihat dan menemukan gambaran

keseluruhannya seperti atau serupa gambaran dari rumah tersebut

di dalam. Dan dengan pengamatan dan penelitian lebih mendalam,

orang akan mengenal isinya iaitu apa yang ada dalam rumah itu.

Rumah tersebut akan tetap bercahaya selagi itu pelita masih hidup

dalam rumah tersebut. Dengan membuka pintu atau membuka jalan

untuk keluar, maka akan memancarlah itu cahaya keluar, yang

akan dapat dirasakan secara positif bagi yang telah terbuka jalan

baginya, terutama bagi mereka yang sedang mengadakan

pengamatan dan penelitian.

Dan selanjutnya bagi si pengamat (kalau itu pancaran telah

ditemuinya dan telah dapat pula merasakannya secara positif),

maka dengan pengamatan dan penelitian yang lebih mendalam,

orang akan dapat pula mengetahui dan dapat menjawab

pertanyaan, “Terdiri dari apa diri itu?”

Penyelidikan yang lebih mendalam (pengalaman-pengalaman,

percubaan yang diadakan dengannya, pengetahuan yang mendalam

tentang Tuhan dan ketuhanan, ilmu tauhid yang dapat dipelajari

pada ahlinya, karangan-karangan ahli tasawuf, ahli tarekat, orangorang besar serta pendapat-pendapatnya tentang Tuhan dan

ketuhanan, ahli-ahli kebatinan lain-lain yang sifatnya mistik dan

ilmiah) perlu diketahui untuk bandingan bagi diri sendiri yang

sedang mengadakan pengamatan dan penelitian tentang sesuatu

dengan sesuatu, apalagi dalam mencari akan hakikat yang

sebenarnya. Dalam pada itu tak pula lupa pendirian sebagai

seorang yang bertuhankan kepada Allah, akan faham agama yang

diperlunya. Pancaran yang telah memancar dari dalam badan diri

sendiri itu, yang berasal dari cahaya yang berada dalam rumah

sendiri dan telah diketahui pula cahaya itu adalah cahaya dari pelita

yang ada dalam rumah itu. Pelita itu ‘hidup’ dan mustahil mati,

kerana kalau mati tentu tak ada cahayanya.

Dan itulah dia pancaran dari kehidupanku di dalam yang

bersumberkan dari cahaya dan kuketahui cahaya datangnya dari

pelita yang menghidupkan yang mati dan mematikan yang

dihidupkan. Kalau dia telah tidak ada lagi (kerana telah pulang

kembali ke asalnya, iaitu ke Rahmatullah), maka pada yang

ditinggalkannya disebut orang, dia telah meninggal atau kasarnya

telah mati. Dia meninggal setelah ‘nya’ berpulang ke Rahmatullah

atau setelah kembali ke Hadirat Illahi. Itu ‘hidup’ telah

meninggalkan badan diri.

Dengan berpegang kepada itu pancaran yang telah memancar,

penelitian yang lebih mendalam terhadapnya dengan mengadakan

percubaan-percubaan untuk mempelajarinya, maka akan dapatlah

diketahui bahawa pancaran itu (kenyataannya keluar) adalah apa

yang dinamakan elektron dan oleh kerana asalnya, datangnya dan

sumbernya dari yang ‘hidup’ lagi menghidupkan, maka adalah

elektron itu elektron hidup yang mengandungi proton-proton hidup

(zat serba zat), yang daya kemampuannya dan tenaganya melebihi

dari elektron-elektron dan proton-proton benda. Ini dapat

kukatakan setelahnya aku dapat menemui dan merasakannya. Oleh

kerana dia berasal dari ‘hidup’ yang dinamakan hayat atau ‘pelita’

pada perumpamaannya, maka alirannya serta isinya mustahil mati

(tentu mesti hidup). Dan begitulah pancarannya yang telah dapat

memancar keluar dan bagi yang telah dapat merasakannya adalah

dia itu apa yang dinamakan orang elektron dengan pengertian

bukan elektron benda, melainkan elektron hidup. Dan kelanjutan

pemecahan dan penyelidikan, orang akan menemui itu protonproton iaitu proton hidup atau zat hayat.

Maka dengan pemecahanku ini dan penemuanku akannya,

terjawablah sudah akan pertanyaan terdiri dari apa diri itu. Aku

dapat menemuinya ialah melalui diriku sendiri. Setelah dapat

mengenal diriku sendiri, maka aku akan mengatakan bahawa

adalah aku orangnya yang timbul dari kaca dan kenyataannya

keadaannya ialah pada orang yang mengadap ke kaca.

Dengan pernyataan pendirianku ini, maka adalah aku orang

kebatinan yang kenyataannya ada pada badan diriku sendiri (jasad)

dan bukan orang halus yang tak dapat menyatakan dirinya kerana

tak berjasad.

Padaku ada yang ghaib yang senantiasa bergerak dengan tenaga

ghaib dan rahsia keghaibanku letaknya di balik kenyataannya.

Padaku ada orang ghaib yang berada di balik kenyataanku. Rahsia

keghaiban yang kuperolehi dari diriku sendiri iaitu Rahsia Yang

Maha Ghaib yang berada di dalam diriku sendiri. Dialah yang

mengembara kian ke mari, melakukan sesuatu untuk sesuatu.

Kadang-kadang dia jalan sendiri, kadang-kadang berserta

kenyataanku. Maka tak salahlah rasanya kalau Aku mengatakan,

Aku ada di luar dan ada di dalam.

Kehidupanku berjalan dalam dua keadaan (luar dan dalam) iaitu

kehidupan lahir dan kehidupan batin. Selama ini, aku menjalankan

kehidupanku di luar tanpa mengetahui jalannya kehidupanku di

dalam. Dan sejak aku telah dapat mengenal batinku dan telah

menemui jalannya pula, maka titik tolak jalan kehidupanku berjalan

sejak dari dalam dan terus keluar (oleh kerana dinding yang

membatasi gerak-geriku ke luar telah tembus). Dari itu makanya

Aku mengatakan Aku telah bebas tetapi tak lepas. Pintu telah

terbuka, rahsia diriku telah pecah dan terbukalah jalan bagiku

untuk mempelajari akan keadaan yang sebenarnya. Dan semenjak

itu untuk keluar, Aku berjalan pada jalan-Nya, Aku ikut bersertaNya dan kadang-kadang berdiri di muka pintu seolah-olah

menantikan akan kedatangan sesuatu. Dan begitulah Aku seharihari dengan rahsia-Nya yang telah ada di tanganku, menjalankan

hidup dan kehidupan, kehidupan lahir dan kehidupan batin. Allah

jua yang Maha Mengetahui.

Apa aku orang luar atau orang dalam? Itu adalah rahsiaku

sendiri. Yang terang ialah Aku tetap Aku, sejak dulu sampai

sekarang.

Rahsia hidupku sendiri telah kuketahui dan terhadap orang di

luar dari badan diriku sendiri, Aku akan bawakan rahsia hidup yang

telah kuketahui itu sehingga hidup keluar terahsia pula bagi orang

banyak. Dan mereka tak akan dapat mengetahuinya sebelum dia

dapat pula memecahkan akan rahsia dari dirinya sendiri dan

menemui sesuatu untuk menjadi pegangannya. Dan begitulah Aku

dengan rahsia yang terkandung dalam diriku sendiri sehingga

pendirianku ialah, “Dasarku adalah dasar orang yang timbul dari

kaca dan Aku adalah orang yang timbul dari kaca dan bukan yang

mengadap ke kaca. Demikianlah keadaanku di dalam. Dan

kenyataannya letaknya pada orang luar.”

Sejak aku ketahui pintu untuk keluar telah terbuka bagiku,

semua hubunganku yang selama ini terputus dengan isi alam di luar

dari alamku, semenjak itu pula segala sesuatunya telah dapat Aku

menghubunginya bila dikehendaki. Oleh kerana dengan telah

tembusnya dinding penghalang itu, maka segala sesuatunya bagiku

‘jauh tak berantara dan dekat tak berbatas,’ terutama hubunganku

dengan Tuhan-ku yang semenjak aku terlahir ke dunia ini telah

putus. Semenjak pintu telah terbuka, alamku telah dapat

menghubungi alam akbar. Diriku telah dapat menghubungi Diri

Yang Maha Besar dan Aku telah dapat menemui AKU iaitu Yang

Maha Esa, kerana Aku sebenarnya adalah sesuatu dari Satu.

Benar juga seperti apa yang dikatakan orang-orang yang telah

sampai dan yang telah berpengalaman mempelajari dan

merenungkan akan keadaan Tuhan, “Itu adalah suatu pekerjaan

yang sia-sia, kerana Tuhan tak dapat diumpamakan dengan apa dan

siapa sekalipun. Kalau hendak mengetahui dan mempelajari juga,

pelajarilah ciptaan-Nya sebab di situlah letaknya ilmu-Nya, tandatanda keadaan-Nya.”

Ciptaan-Nya yang paling dekat pada kita ialah diri sendiri. Dari

itu pelajarilah dirimu sendiri kerana bukankah orang arif

mengatakan, “Mengenal diri, mengenal Tuhan.”

“Aku sangat dekat padamu,” kata-Nya, “Lebih dekat daripada

urat nadimu sendiri.”

Setelah Aku dapat mengenal-Nya, maka kuketahuilah sudah

segala yang ada ini dan apa yang ada padaku ialah kepunyaan-Nya.

Dan penyerahan yang sepenuh-penuhnya (keseluruhannya) apa

yang ada padaku pada-Nya sehingga betul-betul Aku ini menjadi

kepunyaan-Nya. Tiada daya dan upaya. Siapalah yang kuat dan

kuasa, melainkan Allahhu-ta’ala.

Gerakku adalah Gerak-Nya, kudrat-ku adalah Kudrat-Nya dan

rahsiaku ialah Rahsia-Nya dan begitulah aku sejak dapat mengenal

dan menemui akan diriku sendiri.

• Syariatku ialah keadaan dan kenyataanku,

• Tarekatku ialah jalan diri sendiri,

• Hakikatku yang benar (Kebenaran) ialah Muhammad dan

• Makrifatku, Makrifatullah, iaitu Allah

Ilmuku ialah Ilmu Tuhan berdasarkan kalimah tauhid iaitu Dua

Kalimah Syahadah. Perjalananku ialah dengan mengamalkan Dua

Kalimah Syahadah bertujuan mengadakan pengakuan untuk

mendapat pengakuan; pengakuan akan tiada Tuhan yang lain

melainkan Allah; pengakuan akan Muhammad Rasulullah.

Pengakuan dari Tuhan yang kuharapkan, iaitu pengakuan sebagai

hamba-Nya dan pengakuan dari Muhammad s.a.w. iaitu pengakuan

sebagai umatnya.

Semua orang, kalau mahu boleh saja mengatakan akan dirinya,

bahawa dia adalah seorang hamba Allah dan umat Muhammad

sebagai seorang Islam.

Seorang hamba yang benar, padanya ada jalan yang akan

dijalaninya untuk melaksanakan tugasnya. Tugasnya terahsia bagi

orang banyak kerana itu jalannya terahsia pula. Hanya dia sendiri

yang tahu itu jalan; jalan yang telah ada padanya ibarat keretapi dia

telah berdiri di atas rel (di jalan yang telah tersedia baginya).

Penyelewengan baginya bererti tergelincir dari rel sendiri atau

keluar dari jalan yang telah disediakan baginya.

Seorang umat Muhammad harus mengetahui hukum, terutama

hukum syariat. Padanya ada akal untuk mengetahui buruk-baiknya,

boleh-tidaknya dia melakukan sesuatu, halal-haramnya sesuatu.

Pelanggaran bererti hukum menantinya atau telah tersedia baginya

undang-undang bikinan manusia dan undang-undang Tuhan.

Allah jua yang menentukan segala-galanya kerana Dia Maha

Mengetahui lagi Maha Perkasa. Bagi seseorang yang ingin

mengetahui, melalui ini dapatlah aku mengatakan dengan membaca

karyaku ini dapatlah kiranya diketahui bagaimana fahaman dan

pendirianku tentang kebatinan dan batinku sendiri, pemecahanku

untuk dapat mengenal dan menemui-Nya sehingga menghasilkan

suatu pemisahan yang dapat dirasakan antara yang satu dan yang

lain, antara rohani dan jasmani, antara yang hidup dan yang mati,

antara yang terang dan yang gelap, sehingga telah kuketahui pula

itu rahsia, “Dimasukkannya malam kepada siang dan siang kepada

malam dan didatangkannya yang hidup daripada yang mati dan

yang mati daripada yang hidup.”

Yang hidup itulah peganganku, bukan yang mati. Dan ilmu yang

kufahami bukannya datangnya dari luar, melainkan dari dalam.

Aku

(BAGINDO MUCHTAR)

Selesai di Jakarta, Indonesia

28 Disember, 1973.

Navigasi kembali ke perpustakaan

← Kembali ke Perpustakaan

AI_IKTIQAD_TAUHID_BUTTON

AI IKTIQAD TAUHID BUTTON START

🤖 BUKA AI IKTIQAD & TAUHID

Jika diminta, log masuk atau daftar ChatGPT dahulu. Selepas log masuk, projek AI Iktiqad & Tauhid akan dibuka.

AI IKTIQAD TAUHID BUTTON END

/AI_IKTIQAD_TAUHID_BUTTON

PT-UNIFORM-FOOTER-START

PERPUSTAKAAN TAUHID

Sumber AI: ChatGPT  •  Penyusun Perpustakaan: Adnan Al-Yani

PT-UNIFORM-FOOTER-END

↑ Kembali ke Indeks Tajuk