🕊️ 28 umat Islam sekarang ibarat buih

PERPUSTAKAAN TAUHID • SUMBER STATIK META AI
← Kembali ke Pintu Sumber

Halaman ini dibina tanpa JavaScript supaya kandungan sumber boleh dibaca secara terus oleh pelayar dan AI yang menyokong capaian web.

🟡 Belum disahkan sepenuhnya

·

ID C022

Maklumat status sumber

Bahan ini terdapat dalam koleksi, tetapi provenance/bibliografi atau naskhah asal belum disahkan sepenuhnya.

Label ini menerangkan status rujukan; ia tidak mengubah kandungan asal halaman.

Umat Islam Sekarang “Ibarat Buih .....”

SEBUAH hadis diriwayatkan daripada Thauban r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama.”

Maka para sahabat r.a. pun bertanya, “Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?”

Sabda Baginda SAW: “Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak berarti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut.”

Sahabat bertanya lagi, “Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?”

Jawab Rasulullah SAW, “Kerana ada dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-Wahn.”

Sahabat bertanya lagi, “Apakah itu al-Wahn?”

Rasulullah SAW bersabda: “Cintakan dunia dan takut akan kematian.”

13.Surah Ar-Ra`d ayat 16

Bertanyalah (wahai Muhammad): "Siapakah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan langit dan bumi?" Jawablah: "Allah". Bertanyalah lagi: "Kalau demikian, patutkah kamu menjadikan benda-benda yang lain dari Allah sebagai Pelindung dan Penolong, yang tidak dapat mendatangkan sebarang manfaat bagi dirinya sendiri, dan tidak dapat menolak sesuatu bahaya?"

Bertanyalah lagi: "Adakah sama, orang yang buta dengan orang yang celik? Atau adakah sama, gelap-gelita dengan terang? Atau adakah makhluk-makhluk yang mereka jadikan sekutu bagi Allah itu telah mencipta sesuatu seperti ciptaanNya, sehingga ciptaan-ciptaan itu menjadi kesamaran kepada mereka?" Katakanlah: "Allah jualah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dia lah Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa".

13.Surah Ar-Ra`d ayat 17

Ia menurunkan air (hujan) dari langit, lalu membanjiri tanah-tanah lembah (dengan airnya) menurut kadarnya yang ditetapkan Tuhan untuk faedah makhlukNya, kemudian banjir itu membawa buih yang terapung-apung. Dan dari benda-benda yang dibakar di dalam api untuk dijadikan barang perhiasan atau perkakas yang diperlukan, juga timbul buih seperti itu. Demikianlah Allah memberi misal perbandingan tentang perkara yang benar dan yang salah. Adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan.

13.Surah Ar-Ra`d ayat 18

Bagi orang-orang yang menyahut seruan Tuhan mereka sahajalah balasan yang sebaik-baiknya; dan orang-orang yang ingkar yang tidak menyahut seruanNya, kalaulah mereka mempunyai segala apa jua yang ada di bumi disertai dengan sebanyak itu lagi, tentulah mereka rela menebus diri dengannya. mereka itu disediakan baginya hitungan hisab yang seburuk-buruknya, serta tempat kembali mereka ialah neraka jahanam; dan amatlah buruknya tempat tinggal itu.

13.Surah Ar-Ra`d ayat 19

Maka adakah orang yang mengetahui bahawa Al-Quran yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itu (wahai Muhammad) perkara yang benar, sama dengan orang yang buta matahatinya? Sesungguhnya orang-orang yang mahu memikirkan hal itu hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.

IKUT PERINTAH ALLAH SUPAYA KITA KEMBALI KEPADA AL-QURAN DAN HADIS

PERINTAH ALLAH SUPAYA KEMBALI KEPADA AL-QURAN DAN SUNNAH RASUL.

4.Surah An-Nisā' ayat 59

Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.

4.Surah An-Nisā' ayat 60

Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad) orang-orang (munafik) yang mendakwa bahawa mereka telah beriman kepada Al-Quran yang telah diturunkan kepadamu dan kepada (Kitab-kitab) yang telah diturunkan dahulu daripadamu? Mereka suka hendak berhakim kepada Taghut, padahal mereka telah diperintahkan supaya kufur ingkar kepada Taghut itu. Dan Syaitan pula sentiasa hendak menyesatkan mereka dengan kesesatan yang amat jauh.

4.Surah An-Nisā' ayat 61

Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah berhakim kepada hukum Al-Quran yang telah diturunkan oleh Allah dan kepada hukum Rasulullah," nescaya engkau melihat orang-orang munafik itu berpaling serta menghalang (manusia) dengan bersungguh-sungguh daripada menghampirimu.

4.Surah An-Nisā' ayat 62

Maka bagaimana halnya apabila mereka ditimpa sesuatu kemalangan disebabkan (kesalahan) yang telah dibuat oleh tangan mereka sendiri, kemudian mereka datang kepadamu sambil bersumpah: "Demi Allah, kami tidak sekali-kali menghendaki melainkan kebaikan dan perdamaian (bagi kedua pihak yang berbalah)".

4.Surah An-Nisā' ayat 63

Mereka itulah orang-orang yang diketahui oleh Allah akan apa yang ada dalam hati mereka, oleh itu berpalinglah engkau daripada mereka, dan nasihatilah mereka, serta katakanlah kepada mereka kata-kata yang boleh memberi kesan pada hati mereka.

4.Surah An-Nisā' ayat 64

Dan Kami tidak mengutus seseorang Rasul pun melainkan supaya ia ditaati dengan izin Allah. Dan kalaulah mereka ketika menganiaya diri mereka sendiri datang kepadamu (wahai Muhammad) lalu memohon ampun kepada Allah, dan Rasulullah juga memohon ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.

JAMINAN YANG TELAH DIBERIKAN OLEH RASULULLAH SAW MELALUI SABDANYA

Dari Abu Hurairah, r.a., dari Nabi s.a.w., bahawa Baginda bersabda: "Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu kitab Allah dan sunnah Rasulullah," (s.a.w.).

(Imam Malik)

HENDAKLAH MELAKUKAN SESUATU PERKARA DENGAN CARA YANG DIKEHENDAKI OLEH ALLAH ...

76.Surah Al-'Insān ayat 29

Sesungguhnya (segala keterangan yang disebutkan) ini, menjadi peringatan; maka sesiapa yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah ia mengambil jalan yang menyampaikan kepada keredaan Allah (dengan iman dan taat).

76.Surah Al-'Insān ayat 30

Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya).

BUKAN MENGIKUT DARI PANDANGAN ATAU PENDAPAT MASING-MASING

Suatu ketika, Rasulullah SAW ditanya tentang maksud firman Allah SWT:

5.Surah Al-Mā'idah ayat 105

“Wahai orang-orang yang beriman! jagalah sahaja diri kamu. Orang-orang yang sesat tidak akan mendatangkan mudarat kepada kamu apabila kamu sendiri telah mendapat hidayah petunjuk (taat mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Dia akan menerangkan kepada kamu (balasan) apa yang kamu telah lakukan”

Baginda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bersabda:

"Bahkan sesungguhnya serulah manusia kepada kebaikan dan cegahlah dari kemungkaran. Kamu nanti akan melihat satu keadaan di mana kebatilan akan dituruti, hawa nafsu akan jadi ikutan dan dunia ini akan lebih diutamakan."

SETIAP ORANG AKAN TENGGELAM DALAM PANDANGAN MASING-MASING

Peliharalah diri kamu dan janganlah dituruti orang ramai. Sesungguhnya selepas zaman kamu ini, akan datang hari-hari yang menuntut kesabaran, dan kesabaran itu akan menjadi seperti perbuatan menggenggam bara api di dalam tangan. Sesiapa yang terus bertahan dengan keadaan itu akan mendapat ganjaran seperti 50 orang yang berbuat perkara yang sama” Sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, ganjaran 50 orang seperti mereka?” Baginda menjawab, “Ganjaran 50 orang seperti kamu”

[Hadith riwayat al-Tirmidhi dan Abu Daud dengan sanad yang lemah tetapi diperkukuhkan oleh riwayat yang lain]

ATAU BUKAN MENGIKUT DARI CAKAP-CAKAP ORANG

Firman Allah

43.Surah Az-Zukhruf ayat 86

Dan segala yang mereka sembah yang lain dari Allah, tidak mempunyai sebarang kuasa untuk memberikan syafaat pertolongan, kecuali sesiapa yang memberi penerangan mengakui kebenaran dengan mentauhidkan Allah, Tuhan Yang Sebenar-benarnya secara mereka mengetahuiNya dengan yakin (bukan dengan kata-kata orang; maka merekalah yang mungkin diizinkan memberi dan mendapat syafaat itu).

43.Surah Az-Zukhruf ayat 87

Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: "Siapakah yang menciptakan mereka?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah!". (Jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan (dari menyembah dan mengesakanNya)?

43.Surah Az-Zukhruf ayat 88

Dan (Dia lah Tuhan yang Mengetahui rayuan Nabi Muhammad) yang berkata: Wahai TuhanKu! Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak mahu beriman (maka terserahlah kepadaMu untuk mengadilinya)!"

43.Surah Az-Zukhruf ayat 89

(Tuhan menjawab rayuannya dengan berfirman): "Jika demikian, maka janganlah engkau (wahai Muhammad) hiraukan mereka, dan katakanlah: ` Selamat tinggalah! ' Kemudian mereka akan mengetahui kelak (akibat keingkarannya)!"

HENDAKLAH TETAP TEKUN MEMBERI PERINGATAN

7.Surah Al-'A`rāf ayat 63

"Adakah kamu merasa ragu-ragu dan hairan tentang datangnya kepada kamu nasihat pengajaran dari Tuhan kamu melalui seorang lelaki dari golongan kamu, untuk memberi peringatan kepada kamu, dan supaya kamu bertaqwa dan juga supaya kamu beroleh rahmat?".

7.Surah Al-'A`rāf ayat 69

"Adakah kamu merasa ragu-ragu dan hairan tentang datangnya kepada kamu nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, melalui seorang lelaki dari golongan kamu, untuk memberi peringatan kepada kamu? Dan kenanglah ketika Allah menjadikan kamu khalifah-khalifah sesudah kaum Nabi Nuh, dan Allah telah menambahkan kamu kelebihan (dan kekuatan) pada bentuk kejadian tubuh kamu. Maka kenanglah akan nikmat-nikmat Allah supaya kamu berjaya".

16.Surah An-Naĥl ayat 44

(Kami utuskan Rasul-rasul itu) membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata (yang membuktikan kebenaran mereka) dan Kitab-kitab Suci (yang menjadi panduan); dan kami pula turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Al-Quran yang memberi peringatan, supaya engkau menerangkan kepada umat manusia akan apa yang telah diturunkan kepada mereka, dan supaya mereka memikirkannya.

SIAPAKAH ORANG YANG BERAKAL (ULIL ALBAB) DISISI ALLAH

3.Surah 'Āli `Imrān ayat 190

إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لَآيَاتٍ لِّأُولِي الْأَلْبَابِ

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal; (Ulil Albab)

3.Surah 'Āli `Imrān ayat 191

(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.

39.Surah Az-Zumar ayat 10

قُلْ يَا عِبَادِ الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا رَبَّكُمْۚ لِلَّذِينَ أَحْسَنُوا فِي هَٰذِهِ الدُّنْيَا حَسَنَةٌۗ وَأَرْضُ اللَّهِ وَاسِعَةٌۗ إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ أَجْرَهُم بِغَيْرِ حِسَابٍ

Katakanlah (wahai Muhammad, akan firmanKu ini, kepada orang-orang yang berakal sempurna itu): "Wahai hamba-hambaKu yang beriman! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu. (Ingatlah) orang-orang yang berbuat baik di dunia ini akan beroleh kebaikan (yang sebenar di akhirat). dan (ingatlah) bumi Allah ini luas (untuk berhijrah sekiranya kamu ditindas). Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira".

35.Surah Fāţir ayat 18

Dan (ketahuilah), seseorang pemikul tldak akan memikul dosa perbuatan orang lain; dan jika seseorang yang berat tanggungnya (dengan dosa), memanggil (orang lain) untuk menolong memikul sama bebanan itu, tidak akan dapat dipikul sedikitpun daripadanya, walaupun orang yang diminta pertolongannya itu dari kerabatnya sendiri. Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) hanyalah memberi peringatan kepada orang-orang yang takut (melanggar hukum-hukum) Tuhan semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab Tuhan, serta mereka mendirikan sembahyang. Dan sesiapa yang membersihkan dirinya (dari segala yang dilarang) maka sesungguhnya ia melakukan pembersihan itu untuk kebaikan dirinya sendiri dan (ingatlah), kepada Allah jualah tempat kembali.

44.Surah Ad-Dukhān ayat 3

Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat; (Kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab).

51.Surah Adh-Dhāriyāt ayat 55

Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman.

52.Surah Aţ-Ţūr ayat 29

Maka hendaklah engkau (wahai Muhammad) tetap tekun memberi peringatan (dengan ajaran-ajaran Al-Quran yang diturunkan kepadamu, dan janganlah dihiraukan golongan yang ingkar), kerana engkau dengan nikmat Tuhanmu (yang dilimpahkanNya kepadamu itu) bukanlah seorang pawang dan bukan pula seorang gila.

PERINGATAN KEPADA BAI’AH (JANJI SETIA TENTANG HAKIKAT TAUHID) KITA KEPADA ALLAH SEJAK DARI AWAL KEJADIAN

APAKAH SEBENAR-BENARNYA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN HAKIKAT TAUHID?

Hakikat tauhid ialah penyaksian dan pengakuan samada kepada perbuatan, nama, sifat atau zat Allah iaitu LAA ILAHA ILLALLAH.

55.Surah Ar-Raĥmān ayat 26

Segala yang ada di muka bumi itu binasa

55.Surah Ar-Raĥmān ayat 27

Dan akan kekallah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan:

34.Surah Saba' ayat 27

Katakanlah lagi:

"Tunjukkanlah kepadaku sifat-sifat ketuhanan yang ada pada makhluk-makhluk yang kamu hubungkan dengan Allah sebagai sekutu-sekutuNya. (Sedang merasakan sifat ketuhanan sebagai sifat diri sendiri dan sebagai sifat makhlok selain dari Allah)

Tidak ada pada sesuatu makhluk pun sifat-sifat itu,

bahkan yang mempunyai sifat-sifat ketuhanan ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".

Penyaksian dan pengakuan kepada Allah ini telahpun berlaku sejak daripada awal kejadian setiap seorang. Ini telah dijelaskan oleh Allah dudalam firmannya

7.Surah Al-'A`rāf ayat 172

Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak:

"Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini".

7.Surah Al-'A`rāf ayat 173

Atau supaya kamu tidak mengatakan:" Sesungguhnya ibu bapa kamilah yang melakukan syirik dahulu sedang kami ialah keturunan (mereka) yang datang kemudian daripada mereka. Oleh itu, patutkah Engkau (wahai Tuhan kami) hendak membinasakan kami disebabkan perbuatan orang-orang yang sesat itu?"

7.Surah Al-'A`rāf ayat 174

Dan demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu (supaya nyata segala kebenaran), dan supaya mereka kembali (kepada kebenaran).

7.Surah Al-'A`rāf ayat 175

Dan bacakanlah kepada mereka (wahai Muhammad), khabar berita seorang yang kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) Kami. kemudian ia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu ia diikuti oleh Syaitan (dengan godaannya), maka menjadilah dari orang-orang yang sesat.

7.Surah Al-'A`rāf ayat 176

Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. Tetapi ia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya: ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika engkau membiarkannya: ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir.

7.Surah Al-'A`rāf ayat 177

Amatlah buruknya bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, dan mereka pula berlaku zalim kepada diri merela sendiri.

7.Surah Al-'A`rāf ayat 178

Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah (dengan sebab persediaannya) maka dia lah yang beroleh petunjuk; dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah (dengan sebab keingkarannya) maka merekalah orang-orang yang rugi.

7.Surah Al-'A`rāf ayat 179

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.

7.Surah Al-'A`rāf ayat 180

Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah orang-orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-namaNya. Mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan.

7.Surah Al-'A`rāf ayat 181

وَمِمَّنْ خَلَقْنَا أُمَّةٌ يَهْدُونَ بِالْحَقِّ وَبِهِ يَعْدِلُونَ

Dan di antara orang-orang yang Kami ciptakan itu, ada satu umat yang memberi petunjuk dengan kebenaran, dan dengannya mereka menjalankan keadilan.

Apakah persediaan yang telah dilakukan untuk mendapat petunjuk daripada Allah?

Persediaan yang perlu dilakukan untuk mendapat petunjuk daripada Allah ialah dengan melakukan jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad tauhid

Firman Allah berkaitan dan tentang CARILAH YANG BOLEH MENYAMPAIKAN KEPADANYA..

5.Surah Al-Mā'idah ayat 35

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan carilah yang boleh menyampaikan kepadaNya, dan berjuanglah pada jalan Allah supaya kamu beroleh kejayaan.

78.Surah An-Naba' ayat 39

Itulah keterangan-keterangan mengenai hari yang sungguh tetap berlakunya; maka sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya, dapatlah ia mengambil jalan dan cara kembali kepada Tuhannya !

72.Surah Al-Jinn ayat 11

Dan bahawa sesungguhnya (memang maklum) ada di antara kita golongan yang baik keadaannya, dan ada di antara kita yang lain dari itu; kita masing-masing adalah menurut jalan dan cara yang berlainan.

PELBAGAI JALAN DAN CARA UNTUK MENETAPKAN PEGANGAN ATAU IKTIQAD TAUHID...

17.Surah Al-'Isrā' ayat 41

Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat; dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.

17.Surah Al-'Isrā' ayat 89

Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan berulang-ulang kepada manusia, di dalam Al-Quran ini, dengan berbagai-bagai contoh perbandingan (yang mendatangkan iktibar); dalam pada itu, kebanyakan manusia tidak mahu menerima selain dari kekufuran.

Atau melakukan JALAN UNTUK MENGENAL TUHANMU...

IKTIBAR PENGAJARAN DARI FIRMAN ALLAH TENTANG JALAN DAN CARA UNTUK MENGENAL ALLAH BUKAN TENTANG MENGENAL ALLAH

79.Surah An-Nāzi`āt ayat 15

Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal Nabi Musa?

79.Surah An-Nāzi`āt ayat 16

Ketika ia diseru oleh Tuhannya di "Wadi Tuwa" yang suci; -

79.Surah An-Nāzi`āt ayat 17

(Lalu diperintahkan kepadanya): "Pergilah kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas (dalam kekufuran dan kezalimannya);

79.Surah An-Nāzi`āt ayat 18

"Serta katakanlah kepadanya: `Adakah engkau suka hendak mensucikan dirimu (dari kekufuran)?

79.Surah An-Nāzi`āt ayat 19

Dan mahukah, aku tunjuk kepadamu jalan mengenal Tuhanmu, supaya engkau merasa takut (melanggar perintahNya)?

Nabi Musa menyeru kepada firaun " DAN MAHUKAH AKU TUNJUKKAN KEPADAMU JALAN MENGENAL TUHANMU"

Apa yang telah difirmankan ialah Jalan mengenal Tuhanmu bukan mengenal tuhanmu

Untuk Mengenal Allah setiap seorang itu mesti melalui jalan untuk mengenal Tuhanmu (ALLAH)

Salah satu daripada berbagai jalan dan cara untuk kembali menetapkan iktiqad (hakikat) tauhid ialah dengan "BERTAUBAT DARIPADA MELAKUKAN SEBARANG PERBUATAN SYIRIK" SEPERTI FIRMAN ALLAH

2.Surah Al-Baqarah ayat 54

Dan (kenangkanlah) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya:

"Wahai kaumku! Sesungguhnya kamu telah menganiaya diri kamu sendiri dengan sebab kamu menyembah patung anak lembu itu,

maka bertaubatlah kamu kepada Allah yang menjadikan kamu;

iaitu "BUNUHLAH DIRI KAMU".

Yang demikian itu lebih baik bagi kamu di sisi Allah yang menjadikan kamu, supaya Allah menerima taubat kamu itu. Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani".

Kaum nabi musa telah melakukan syirik dengan menyembah patong anak lembu. Perbuatan menyembah patung anak lembu adalah merupakan satu contoh dari perbuatan syirik..

Didalam firman ini Allah telah menerangkan bahawa Nabi Musa telah memerintahkan kepada kaumnya supaya bertaubat daripada melakukan perbuatan syirik tersebut melalui perintah “BUNUHLAH DIRI KAMU”

MELAKSANAKAN PERINTAH ALLAH “BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI” ADALAH MERUPAKAN “TAUBAT NASUHA” SEPERTI YANG TELAH ALLAH FITMANKAN DIDALAM

66.Surah At-Taĥrīm ayat 6

Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.

66.Surah At-Taĥrīm ayat 7

Malaikat itu akan berkata kepada orang-orang yang dimasukkan ke dalam neraka): "Hai orang-orang yang kufur ingkar! Janganlah kamu menyatakan uzur (dengan meminta ampun) pada hari ini, (kerana masanya telah terlambat). Kamu hanyalah dibalas dengan balasan apa yang kamu telah kerjakan".

66.Surah At-Taĥrīm ayat 8

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan "Taubat Nasuha", mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita): "Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu".

Maksud daripada perintah Allah "BUNUHLAH DIRI KAMU" ialah melaksanakan perintah Allah yang terkandung didalam Al-Quran, yang apabila dilakukan perintah tersebut akan menghilangkan keberadaan atau keakuan diri sendiri.

Salah satu daripada perintah Allah yang apabila dilaksanakan akan menghilangkan keberadaan atau keakuan diri sendiri ialah dengan melaksanakan apa yang tersurat dan yang tersirat didalam firman Allah

73.Surah Al-Muzzammil ayat 8

Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.

Yang cara untuk dilakukannya pula boleh diambil dari apa yang tersurat dan apa yang tersirat daripada sabda Nabi Muhammad saw

Saidina Ali Rodziallah hu'an hu Bertanya kepada Rasulullah bagaimana aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut.

- Pejamkan mata mu,

- Tongkat kan lidah mu ke langit2,

- sebutlah nama Allah sebanyak2nya

Berlakunya hilang keberadaan atau keakuan kepada diri kita sendiri disebabkan sedang berlakunya penyaksian dan pengakuan samada kepada perbuatan, nama, sifat atau zat Allah hasil daripada seseorang itu sedang melaksanakan apa yang tersurat dan yang tersirat didalam firman Allah dan sabda Rasulullah saw seperti didalam hadis diatas

** PESANAN

SETIAP SEORANG MESTI MENGETAHUI BAGAIMANA HENDAK MELAKSANAKAN PERINTAH ALLAH DAN PERINTAH RASULULLAH SAW SEPERTIMANA YANG TELAH DIKEHENDAKI OLEH ALLAH

SELAIN DARIPADA SEDANG MELAKSANAKAN PERINTAH ALLAH “BERTAUBAT DENGAN TAUBAT NASUHA” DENGAN MELAKUKAN PERINTAH ALLAH “BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI”

SEDANG MELAKSANAKAN PERINTAH ALLAH

73.Surah Al-Muzzammil ayat 8

Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.

Yang cara untuk dilakukannya pula boleh diambil dari apa yang tersurat dan apa yang tersirat daripada sabda Nabi Muhammad saw

Saidina Ali Rodziallah hu'an hu Bertanya kepada Rasulullah bagaimana aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut.

- Pejamkan mata mu,

- Tongkat kan lidah mu ke langit2,

- sebutlah nama Allah sebanyak2nya

JUGA MERUPAKAN SATU KAEDAH UNTUK INGAT KEPADA ALLAH SEPERTI YANG TERKANDUNG DIDALAM FIRMANNYA

2.Surah Al-Baqarah ayat 198

Tidaklah menjadi salah, kamu mencari limpah kurnia dari Tuhan kamu (dengan meneruskan perniagaan ketika mengerjakan Haji). Kemudian apabila kamu bertolak turun dari padang Arafah (menuju ke Muzdalifah) maka sebutlah nama Allah (dengan doa,"talbiah" dan tasbih) di tempat Masy'ar Al-Haraam (di Muzdalifah),

DAN INGATLAH KEPADA ALLAH DENGAN MENYEBUTNYA SEBAGAIMANA IA TELAH MEMBERIKAN PETUNJUK HIDAYAH KEPADAMU;

dan sesungguhnya kamu sebelum itu adalah dari golongan orang-orang yang salah jalan ibadatnya.

Didalam firman ini Allah telah menegaskan sebelum daripada kita melaksanakan perintah Allah

"DAN INGATLAH KEPADA ALLAH DENGAN MENYEBUTNYA SEBAGAIMANA IA TELAH MEMBERIKAN PETUNJUK HIDAYAH KEPADAMU;"

SESUNGGUHNYA KAMU ADALAH DARI GOLONGAN ORANG-ORANG YANG SALAH JALAN IBADATNYA

DENGAN MENGINGATI ALLAH AKAN MENTENTERAMKAN HATI MANUSIA

FIRMAN ALLAH

13.Surah Ar-Ra`d ayat 28

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.

FIRMAN ALLAH, KEPADA ORANG YANG MEMPUNYAI JIWA YANG TENANG (IAITU IAITU ORANG YANG TELAH INGAT KEPADA ALLAH), KEMBALILAH KEPADA TUHANMU DENGAN KEADAAN ENGKAU BERPUAS HATI...

89.Surah Al-Fajr ayat 27

(Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): "Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! -

Didalam ayat ini Allah telah menerangkan bahawa orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata "Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya!

Maksud kepada "orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang" ialah orang yang telah dijelaskan oleh Allah seperti didalam firmanNya pada Surah Ar-Ra`d ayat 28

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.

Dengan secara tidak langsung menerangkan kepada kita bahawa dengan mengingati Allah akan menjadikan seseorang itu "tenang tenteram hatinya" yang juga membawa maksud kepada seorang yang beriman dan beramal soleh.

Seterusnya Allah telah menyeru kepada orang yang "TENANG TENTERAM HATINYA" iaitu "ORANG YANG TELAH INGAT KEPADA ALLAH"

89.Surah Al-Fajr ayat 28

"Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) !

89.Surah Al-Fajr ayat 29

"Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia -

89.Surah Al-Fajr ayat 30

"Dan masuklah ke dalam SyurgaKu!"

PENJELASAN YANG MENERANGKAN BAHAWA ALLAH TIDAK AKAN TERTERANGKAN DENGAN APA CARA SEKALIPUN

18.Surah Al-Kahf ayat 109

Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan".

18.Surah Al-Kahf ayat 110

Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya".

Allah tidak boleh nak diterangkan dengan kata-kata dan apa cara sekalipun..

BARANG SIAPA YANG PERCAYA DAN BERHARAP AKAN PERTEMUAN DENGAN TUHANNYA, HENDAKLAH IA MENGERJAKAN AMAL YANG SOLEH DAN JANGANLAH IA MEMPERSEKUTUKAN SESIAPAPUN DALAM IBADATNYA KEPADA TUHANNYA.....

JANJI YANG TELAH DIJANJIKAN KEPADA ORANG YANG TELAH BERTAUBAT DENGAN “TAUBAT NASUHA” IAITU BERTAUBAT DARIADA MELAKUKAN SEBARANG PERBUATAN SYIRIK DENGAN MELAKSANAKAN PERINTAH ALLAH “BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI”

Firman Allah

4.Surah An-Nisā' ayat 66

Dan sesungguhnya kalau Kami wajibkan kepada mereka (dengan perintah)

"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"

NESCAYA MEREKA TIDAK AKAN MELAKUKANNYA, KECUALI SEDIKIT DARIPADA MEREKA

Dan sesungguhnya kalau mereka amalkan nasihat pengajaran yang telah diberikan kepada mereka, tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih meneguhkan (iman mereka).

4.Surah An-Nisā' ayat 67

Dan (setelah mereka melakukan seperti yang dikehendaki oleh Allah), tentulah Kami akan berikan kepada mereka - dari sisi Kami - pahala balasan yang amat besar;

4.Surah An-Nisā' ayat 68

DAN TENTULAH KAMI PIMPIN MEREKA KE JALAN YANG LURUS.

JALAN LURUS YANG DIMAKSUDKAN IALAH

Firman Allah

15.Surah Al-Ĥijr ayat 39

Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,

15.Surah Al-Ĥijr ayat 40

"Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik".

15.Surah Al-Ĥijr ayat 41

Allah berfirman: "INILAH SATU JALAN YANG LURUS, YANG TETAP AKU MEMELIHARANYA"

JANJI YANG TELAH DIJANJIKAN OLEH ALLAH KEPADA ORANG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH

10.Surah Yūnus ayat 9

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Tuhan mereka akan memimpin mereka dengan sebab iman mereka yang sempurna itu. (Mereka masuk ke taman yang) sungai-sungainya mengalir di bawah tempat kediaman mereka di dalam Syurga yang penuh nikmat.

22.Surah Al-Ĥaj ayat 23

Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam Syurga yang mengalir padanya beberapa sungai; mereka dihiaskan di situ dengan gelang-gelang emas dan mutiara, dan pakaian mereka di situ dari sutera.

22.Surah Al-Ĥaj ayat 24

Dan mereka diberi petunjuk kepada mengucapkan kata-kata yang baik, serta diberi petunjuk ke jalan Allah Yang Amat Terpuji.

Inilah apa yang telah dijanjikan oleh Allah dan sudah pasti Allah tidak akan mengubah janjiNya

30.Surah Ar-Rūm ayat 6

Demikian dijanjikan Allah. Allah tidak pernah mengubah janjiNya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

10.Surah Yūnus ayat 44

Sesungguhnya Allah tidak menganiaya manusia sedikitpun, akan tetapi manusia jualah yang menganiaya diri mereka sendiri.

PERSOALAN YANG TELAH DIKEMUKAKAN OLEH ALLAH DIDALAM FIRMANNYA

2.Surah Al-Baqarah ayat 80

Dan mereka berkata: "Kami tidak sekali-kali akan disentuh oleh api neraka kecuali beberapa hari yang tertentu". Katakanlah (wahai Muhammad):

"Adakah kamu sudah mendapat janji dari Allah supaya (dengan itu) Allah tidak akan menyalahi janjiNya, atau hanya kamu mengatakan atas nama Allah sesuatu yang tidak kamu mengetahuinya?"

SUDAHKAH KITA MELAKUKAN SEPERTIMANA YANG TELAH DIJANJIKAN OLEH ALLAH SUPAYA ALLAH MEMBERIKAN SEPERTIMANA YANG TELAH DIJANJIKAN TERSEBUT?...

Jika seseorang yang tidak melakukan sepertimana yang telah dijanjikan oleh Allah, apa yang sebenarnya yang sedang berlaku ialah sepertimana yang telah difirmankan oleh Allah didalam Surah Al-Baqarah (atat 80) dia akan dan sedang "mengatakan atas nama Allah sesuatu yang tidak dia mengetahuinya?"

Apa yang telah dan diperkatakan berkaitan dengan Allah adalah sedang mereka-reka perkara dusta terhadap Allah ini telah berlaku sepertimana yang telah Allah firmankan

Surah Al-Ankabut ayat 68

68. Dan tidaklah ada yang lebih zalim daripada orang yang mereka-reka perkara-perkara yang dusta terhadap Allah, atau mendustakan kebenaran setelah kebenaran itu disampaikan kepadanya. Bukankah (telah diketahui bahawa) dalam neraka Jahannam disediakan tempat tinggal bagi orang-orang yang kafir?

Melakukan apa yang tersurat dan yang tersirat seperti didalam firman Allah dan sabda Rasulullah saw ini juga akan menjadikan segala apa yang dilakukan adalah sebagai ibadat, terhasillah seperti firman Allah

21.Surah Al-'Anbyā' ayat 25

Dan Kami tidak mengutus sebelummu (wahai Muhammad) seseorang Rasul pun melainkan Kami wahyukan kepadanya: "Bahawa sesungguhnya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Aku; oleh itu, beribadatlah kamu kepadaKu".

39.Surah Az-Zumar ayat 66

"(Janganlah menyembah yang lain dari Allah) bahkan (apabila beribadat) maka hendaklah engkau menyembah Allah semata-mata, dan hendaklah engkau menjadi dari orang-orang yang bersyukur".

51.Surah Adh-Dhāriyāt ayat 56

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.

98.Surah Al-Bayyinah ayat 5

Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah Ugama yang benar.

BAGI SESIAPA YANG TIDAK PERNAH MELAKUKAN KAEDAH SEPERTIMANA PERINTAH ALLAH DAN RASUL INI, MEREKA TIDAK AKAN TAHU AKAN BERLAKUNYA PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN KEPADA ALLAH DAN PENYAKSIAN DAN PENGAKUAN KEPADA ALLAH YANG MENGENAL ALLAH DIKETIKA SESEORANG SEDANG MELAKUKAN PERINTAH TERSEBUT

JADI JANGAN MEMBANTAH TENTANG PERKARA YANG TIDAK DIKETAHUI

3.Surah 'Āli `Imrān ayat 66

Ingatlah! Kamu ini orang-orang (bodoh), kamu telah memajukan bantahan tentang perkara yang kamu tidak ada pengetahuan mengenainya, maka mengapa kamu membuat bantahan tentang perkara yang tidak ada pada kamu sedikit pengetahuan pun bersabit dengannya? Dan (ingatlah), Allah mengetahui (hakikat yang sebenarnya) sedang kamu tidak mengetahuinya.

22.Surah Al-Ĥaj ayat 8

Dan ada di antara manusia yang membantah dalam perkara-perkara yang berhubung dengan Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan, dan tidak berdasarkan sebarang keterangan, dan tidak juga berdasarkan mana-mana Kitab Allah yang menerangi kebenaran;

22.Surah Al-Ĥaj ayat 9

Ia membantah sambil memalingkan sebelah badannya dengan sombong angkuh sehingga menghalang dirinya dan orang lain dari jalan ugama Allah; ia akan beroleh kehinaan di dunia, dan Kami akan merasakannya azab yang membakar pada hari kiamat kelak;

APA YANG DIBICARAKAN DISINI ADALAH PERINTAH YANG TELAH DIPERINTAHKAN OLEH ALLAH DAN RASULNYA, JANGAN MENYALAHKAN PERINTAH ALLAH DAN RASUL INI

Allah telah menerangkan didalam firmanNya

17.Surah Al-'Isrā' ayat 38

Tiap-tiap satu perintah itu, menyalahinya adalah kejahatan yang dibenci di sisi Tuhanmu.

17.Surah Al-'Isrā' ayat 39

Perintah yang demikian itu ialah sebahagian dari hikmat yang telah diwahyukan kepadamu (wahai Muhammad) oleh Tuhanmu. Dan (ingatlah) janganlah engkau jadikan bersama-sama Allah sesuatu yang lain yang disembah, kerana akibatnya engkau akan dicampakkan ke dalam neraka Jahannam dengan keadaan tercela dan tersingkir (dari rahmat Allah)

© 2026 Umat Islam Sekarang Ibarat Buih. Hak Cipta Terpelihara.

Navigasi kembali ke perpustakaan

← Kembali ke Perpustakaan

AI_IKTIQAD_TAUHID_BUTTON

AI IKTIQAD TAUHID BUTTON START

🤖 BUKA AI IKTIQAD & TAUHID

Jika diminta, log masuk atau daftar ChatGPT dahulu. Selepas log masuk, projek AI Iktiqad & Tauhid akan dibuka.

AI IKTIQAD TAUHID BUTTON END

/AI_IKTIQAD_TAUHID_BUTTON

PT-UNIFORM-FOOTER-START

PERPUSTAKAAN TAUHID

Sumber AI: ChatGPT  •  Penyusun Perpustakaan: Adnan Al-Yani

PT-UNIFORM-FOOTER-END

↑ Kembali ke Indeks Tajuk